بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Shadab Biryani
Dari Charminar,kami jalan kaki nak ke Shadab Hotel (=restaurant).Agak jauh sebenarnya,dalam 750 meter- 1 km.Auto tak boleh masuk ke central Charminar,so kena jalan keluar dulu.Menghampiri 650 meter,ada auto datang approach & offer ₹50 (RM2.17 jer) for a ride.Ok sangat ni..
Sampai di Shadab Hotel,belum pukul 12 tengahari lagi.Kat sini,most restoren akan serve lunch only after pukul 12.Takde istilah early lunch..atau brunch,macam kat Malaysia ya!
Macam kami ada bagi tau kat intro,kalau nakkan biryani yang klasik,'heritage'..Shadab biryani pilihan yang tepat!
![]() |
| Aromatic & perfectly spiced |
From the Nizam's royal kitchen to my table..
(Nizam = gelaran raja dari Dinasti Asaf Jahi di negeri Hyderabad suatu masa dulu).Shadab Biryani merupakan masakan elit zaman Nizam Hyderabad, menggunakan resepi beratus tahun dari dapur istana.
Dum biryani refers to teknik memasak secara perlahan dan tertutup rapat,supaya wap (dum) terperangkap dan menyatukan semua rasa.
Di India,biasanya sebelum makan main meal,diorang akan mulakan dengan starter menu seperti chicken tikka,seekh kebab,chicken tandoori dan semua yang kering-kering (goreng atau bakar).Kalau menu berkuah (gravy) barulah dikira sebagai lauk untuk main meal.
![]() |
| Fried prawns (starter menu) dalam pinggan pentagon dah hampir licin |
Minum air bergas selepas makan biryani adalah kebiasaan di India..
![]() |
| Indian version of Coke / Pepsi..taste stronger.Mengimbau memori zaman student abah,mama |
Kalau nak makan kat India,sebolehnya elakkan street food.Makanla kat restoren yang besar,maybe yang ada ruang air cond,lebih selesa (biasanya kat tingkat atas).Kat sini harga biryani di restoren 4 star boleh dapat dalam RM14- RM18 plus untuk 1 portion (2-3 orang makan)..Kat restoren biasa,biryani kambing boleh dapat dalam ₹150-160 (RM7-8)!Mana nak dapat macam tu kat Malaysia..
![]() |
| Sekadar berkongsi untuk bagi gambaran harga (₹100 = RM4.35) |
Lassi & faluda
We're not big fan of Lassi,to be honest.Untuk faluda - looking back we regret not trying it out..
![]() |
| Shadab Hotel faluda (gambar Google) |
Faluda ni dessert drink,kalau nak compare macam ABC lah kat Malaysia ni.Ada campuran susu sejuk,sirap ros,biji selasih,kadang-kadang top up dengan vanilla ice cream,jelly dan kacang.Bezanya instead of cendol (yang hijau tu),diorang guna mihun Faluda😱..cam mana lah rupa & rasa mihun tu kan?
Dengarnya ada gak kat Malaysia..kami je yang tak tau kot?
Mecca Masjid
Usai lunch,kami decide nak try solat kat Mecca Masjid.Mecca Masjid ni terletak kat Old City,300-400 meter je dari Charminar.Again,naik auto balik ke area Charminar..
Mengharungi kesesakan Charminar sekali lagi..
Kat pintu gerbang masjid pun ada pemeriksaan beg oleh security.
Backpack abah yang besar tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid...kena simpan kat locker.Rasa macam tak selamat pulak.Lagi pun masjid tengah dalam proses renovation.
Masjid berusia 400 tahun lebih..besar,boleh menampung 10000 jemaah.
![]() |
| Dikatakan batu-bata untuk membina masjid berasal dari tanah yang dibawa dari Mekah. Wallahu alam |
So,kami decide untuk balik solat di hotel saja.
GVK One Mall
Petang tu kami plan nak jalan-jalan dan dinner kat mall.Dah tido dan cukup rehat selepas balik dari Old City.GVK Mall ni kat Banjara Hills area yang sama dengan hotel kami,jaraknya 3 km sahaja.
![]() |
| Menunggu Uber depan Hotel Grand Continent Premier |
Sebenarnya pengalaman pegi mall di India..bagi first timers,mungkin agak memeranjatkan.Sebab mall dia jauh lebih modern dan besar.
Kami dah visit beberapa mall besar di Bangalore,kali ni nak cuba kat Hyderabad pula.
Perbezaan utama mall kat India..sebelum masuk mall,ada security screening..pemeriksaan beg,metal detector..sebijik macam kat airport.
![]() |
| Icon GVK mall - cylinder aquarium 10 feet tall |
GVK Mall ni banyak kedai-kedai dengan international brands.
Local Indian brand pun ada
![]() |
| Crossword -a well-known bookstore in India |
Untuk makan pulak..fast food macam KFC,McD,Subway,Starbuck memang halal certified..tapi kita boikot kan (istiqamah..insya Allah).
Anak nak makan kat food court.Food court kat GVK Mall ni besar giler.Kedai-kedai makan pun banyak yang halal certified..tapi kena rajin tanya lah.
![]() |
| Halal certificate |
![]() |
| Spicy garlic chicken |
Selesai dinner,kami balik ke hotel untuk rest & sleep...tunggu cerita next day pulak.























No comments:
Post a Comment