Wednesday 8 June 2022

PRE CONVO PHOTOSHOOT @ MELAKA - 28th May,2022

Salam..Syukur alhamdulillah,anak sulong kami telah berjaya menamatkan pengajian di IPTS di Dublin & Penang.Majlis graduasi telah ditentukan di Bayview Beach Resort,Batu Feringhi pada 5 Jun,2022,semasa cuti sekolah.

Disebabkan adik bongsu tak dapat hadir semasa majlis graduasi abang kerana ada program persediaan SPM,so kami decide untuk buat 1 sesi fotografi pra-konvo di Melaka.(supaya cukup korum)

Mula-mula ingat nak shoot kat Encore,tapi pak guard tak bagi masuk seperti sebelumnya.Maybe sebab  Encore masih beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk kanak-kanak 5-11 tahun.

Jadi,kita cari tempat yang authentic & exotic sikit...kat Jonker Street..😆😆😆 

Kami tak hire professional photographer .Gambar dari camera & fon masing-masing je.Kami abadikan di sini untuk memori kemudian hari.

Kedai usang di Jonker's Street


My Kiehl's Heritage,cantik mural kat sini





Sungai Melaka tak kurang cantiknya








Sambung di Penang minggu depannya..





1 comment: