Tuesday, 2 September 2025

48 HOURS IN MAINLAND PENANG - EDISI JJCM

Walimatul urus merangkap reunion

Alhamdulillah,kami kembali lagi ke Penang.Sejak anak sulong grad di Penang pada tahun 2022..dah takde la kami berkunjung ke sini.Maybe ada sekali dua untuk menziarah kawan-kawan.

Kali ni kami datang bagi memenuhi undangan sahabat univ di Manipal,India atas perkahwinan anak perempuan beliau.Bapa pengantin yang juga sahabat kami telah berpulang ke Ilahi setahun yang lalu.


Sempat breakfast sebelum terbang

Kami fly dari KLIA 1 ke Penang Airport dengan Malaysia Airlines pada jam 8.30 pagi.

DAY 1

9.30 AM - Landed at Penang Airport.Kami sewa kereta Axia jer.Oklah..untuk kami berdua.Kereta ni petrol tinggal 1 bar je,so kami pun pusing-pusing untuk cari stesen petrol terdekat dulu untuk isi minyak.

10.15 AM - Breakfast di Mentari Pagi by Sofea

Kedai ni terletak di Jalan Mahkamah,Bayan Lepas.Agak tersorok di belakang deretan gerai-gerai makanan.


Speciality - Lontong Saloma

Sedap..harga & portion ngam..

Memandangkan wedding diadakan di Seberang Jaya,maka kami book hotel di Butterworth.Tak pernah lagi stay kat mainland Penang,selama ni kalau jalan-jalan ke Penang,memang menginap di pulau je.

Kami ingat nak lunch (immediately after late breakfast 😆) kat Restoren Kapitan (1 of wishlist ni),..tapi tak jadilah.Sebab bila call hotel,diorang bagi check in 2 jam awal iaitu pada jam 1 tengahari.

So,kami gerak ke Butterworth.

Merentasi Jambatan Pulau Pinang,traffic slow sebab ada accident di depan

1230 PM - Lunch di Restoren Ferry Berasap,Butterworth.Restoren ni hanya 1.4 km dari hotel kami.

Ada parking free khas untuk pelanggan Ferry Berasap.

Rambang mata

Daging salai masak lemak,cencaru bakar,terung sambal & telor mata kicap

Restoren open air dengan konsep lauk-lauk dihidangkan di stall-stall berasingan.Pelanggan akan bawak troli bertingkat dan pilih lauk-lauk (dalam pinggan / mangkuk) sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran.

0130 PM - Check in ke De Garden Hotel,Butterworth.Ok sangat hotel ni,walaupon 3⭐jer,bilik sangat selesa dan fasiliti tip top.Cuma RM300 untuk 2 malam..


Our humble room

0630 PM - Sunset & dinner at Pantai Bersih,Bagan Ajam



Okla pantai ni,not bad..tak de lah bersih sangat,tapi tak jugak kotor,masih terjaga.Cuma boleh diperindahkan lagi kalau ada inisiatif Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Ada public parking area dan banyak gerai-gerai jualan.Kedai-kedai makan pun banyak di sepanjang pantai.

Kami stop kat salah satu restoren untuk dinner. 

View tu yang mahal,rasa makanan so-so
Tapi,alhamdulillah

0900 PM -  Visit member kat Bertam Lakehomes.1000 PM - balik hotel & rest

DAY 2

0800 AM Breakfast di Kedai OMH (a.k.a Kedai Omar)

Kedai legend ni dibuka oleh 2 adik-beradik (Omar Maydin Pitchay & Hamid - OMH) pada tahun 1954 (way back before merdeka).

Killer menu kat sini adalah roti benggali dan daging cincang.

First time jumpa ais disusun di luar gelas untuk 'cooling effect'!

Kami order roti canai & daging cincang.
Memang padu daging cincang dia..

We guess ramai locals yang membesar bersama-sama kedai ni kan?

1230 - 0300 PM - Kenduri kahwin di Bizmilla SP Arena

Lama kami melepak kat dewan kahwin ni.Tetamu bersilih ganti,tapi kami tetap setia kat meja menunggu kawan-kawan datang.Ni kira macam reunion geng-geng Manipal,India.


0530 PM - Minum petang di Mee Udang Aziz Mee Pakngah,Sungai Dua

Alhamdulillah,ada rezeki untuk datang ke Lembah Makanan Sg Dua yang famous dengan mee udang (another wishlist)


0600  PM - Beli oleh-oleh di Jeruk Madu Pak Ali

Kami ke cawangan di Seberang Jaya.Beli 2-3 paket untuk kudapan sendiri jer.

0830 PM - Malamnya,sekali lagi kami ke rumah kawan di Bertam Lakehomes untuk second reunion.Amat besar maknanya bila dapat berkumpul dengan kawan-kawan di usia sebegini.Usaha dan ikhtiarkanlah kerana kita pun tidak tahu berapa lama lagi hayat kita di dunia fana ini.

DAY 3

Kami check out jam 6.30 pagi.Flight AA dari Penang ke KLIA2 adalah pada jam 9.30 pagi.

Sempat breakfast light - roti bakar di Restoren Nasi Kandar Pelita,airport.

Demikian saja #triplakibini kedua tahun ini..Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment