Showing posts with label GOTEMBA. Show all posts
Showing posts with label GOTEMBA. Show all posts

Thursday, 25 December 2025

JAPAN DAY 4 - CHUREITO,KAWAGUCHI AND KIMONO DREAMS

Lake Saiko

Chureito Pagoda

Alhamdulillah,masuk hari kedua di Gotemba.

Pagi ni cuaca agak sejuk,5℃...and cloudy.So,we didn't expect untuk nampak Mount Fuji hari ni.Tak pe lah..sebab semalam dah puas 'berkeliling' Mt Fuji.

Hari ni kami plan untuk visit beberapa spot around Kawaguchiko (Lake Kawaguchi).Tasik Kawaguchi adalah 1 dari 5 tasik Fuji di wilayah Yamanashi dengan pemandangan Mount Fuji.

Chureito Pagoda

Chureito Pagoda adalah kuil 5 tingkat di Arakurayama Sengen Park.Ia dibina sebagai monumen bagi memperingati penduduk Fujiyoshida yang gugur dalam perang,termasuk World War 2.

Seperti biasa,setelah browsing internet - kami cuba navigate ke public parking lot (free) berdekatan Chureito Pagoda.Tapi,selepas tawaf beberapa kali..kami gave up,sebab memang tak ada parking free pun kat situ.

Betullah..dulu memang ada parking free

Banyak orang perseorangan yang buat lot parking berbayar (dekat rumah diorang)..range dalam 1000-1500 ¥ per entry.

Warga emas yang jaga parking ni,gigih diorang mencari rezeki

Walaupun parking berbayar,masuk Chureito Pagoda free je..



Kami cuma ambik gambar kat bawah..cuaca agak sejuk,dah macam early winter rasanya.

Cuma abah sorang yang mendaki tangga ke mercu..dan jumpa pagoda.

Disebabkan kaki mama dan anak bongsu masih belum pulih sangat,kami stay kat bawah je.Lagi pon masa ni dah start hujan gerimis.

Tak nampak sangat Mount Fuji kat belakang tu..dilitupi kabus

Kawaguchiko Funatsu Hama Parking

Ni salah satu spot untuk enjoy Lake Kawaguchi,lagi satu parking kat sini free.

Bagi yang berkereta,boleh refer sini untuk free parking lots around Fujikawaguchiko.

Kat sini,ada jeti untuk "Appare" (sightseeing boat in Lake Kawakuchi).Dia punya fare 1000¥ untuk dewasa dan 500¥ untuk kanak-kanak.Kitorang tak naik..



Roast sweet potato from nearby Lawson

Oike Park

Crowded,walaupun hujan

Next,kami stop kat Oike Park.Oike Park ni cantik..dengan flower garden,ada paddle boating dengan angsa-angsa kat tasik tu.Biasanya,orang akan berpiknik, cycling atau strolling around.

Malangnya,masa kami sampai hujan dah mula lebat.Kami berlindung kat gift shop sampai hujan reda.


Parking area luas dan free.

Oishi Park

Park ni lebih luas dan lebih banyak bunga-bunga.Cantik betul.


Ada free parking area opposite Oishi Park.



Anak-anak buat hal sendiri

Masjid Fujikawaguchiko

Dari Oishi Park,kami berjalan je ke arah masjid. Alhamdulillah,dapat juga menziarah masjid di Kawaguchiko ni.Kami solat jama' taqdim Zohor-Asar.

Ada kemudahan toilet,shower dan tempat wudhu' yang berasingan untuk lelaki dan wanita.

Agak besar ruang solat.Ruang lelaki dan wanita dipisahkan oleh almari kabinet yang rendah.Apa-apa pun,syukur alhamdulillah.

Kat ruang depan masjid ada halal cafe.Tapi kami tak lunch kat sini memandangkan ramai betul orang.Kerusi dan meja penuh..dan ramai beratur untuk take away.

Lake Saiko

Usai solat,kami plan nak lunch kat kedai nenek yang viral tu.So,kami set kan map untuk ke Tasik Saiko.

Sampai kat sana,kedai nenek pulak tutup!Adoi..frustnya tak dapat jumpa Fujimori (orang kaya Fuji) dan makan chicken karaage dan grilled seafood dia.

Bersebelahan dengan kedai nenek,ada kedai yang menjual beef yakiniku,Japanese curry dan udon.Kedai ni pulak hanya menerima pelanggan yang dah buat reservation.No walk in customer sebab makanan tak cukup,owner bagi tau.Patutlah nampak ada 2-3 bas kat tempat parking tadi.

Gerai kayu je..

Mestilah,travel agent yang bawak dah siap-siap reserve untuk rombongan diorang.Memang takde rezeki untuk kami nampaknya.

Parking area luas & free

Iyashi-no-Sato

Masih lagi di Lake Saiko.Walaupun kami dah lapar,kami decide untuk ke Iyashi-no-Sato iaitu sebuah perkampungan Jepun (dengan background Mt Fuji) yang dibina semula (rumah-rumah asal telah musnah akibat tanah runtuh pada tahun 1966).250 meter dari kedai nenek..jadi,kami jalan kaki je sana.

Kat sini,kita boleh tengok rumah-rumah beratap jerami yang dijadikan open air muzium dan galeri kraftangan.

Entrance fee 500¥/pax (adult)

Kami nak cuba nasib menyewa kimono..so,kami terus naik ke kedai no 12.

Kedai kimono

Owner kedai kata,dia dah full (rombongan travel agent yang datang dah buat reservation melalui website - walk in tak dibenarkan).Tapi,mama cuba approach tour leader (travel agent),perempuan Melayu dan mintak tolong dia pujuk auntie tu selitkan lagi 3 orang (mama & girls).Agent tu memang pandai cakap Jepun.Akhirnya,auntie tu setuju..dengan syarat kami bayar cash (2000¥/pax) dan perlu tunggu semua customer dia selesai.

Menunggu giliran

Kali ni abah tak nak pakai baju samurai..masa kat Korea dulu,memang kena paksa 😆.






Sebaik saja kami pulangkan kimono,auntie tu terus tutup kedai dia..haa,last customer lah kami.

Ok,selesai..jom balik

Late lunch at Gotemba India..again!

Dari Lake Saiko,kami singgah kat Masjid Kawaguchiko tadi..untuk makan.Tapi,pas tu kami decide tak jadi lah sebab rata-rata yang beratur kata diorang menunggu lebih 40 minit,baru dapat order.

So,kami plan drive ke Bandar Gotemba dan repeat makan kat Gotemba India.

Kali ni,kami pesan garlic naan dan cheese naan.Dan mutton & chicken masala jugak.

Cheese naan..meleleh

Pakoda - repeat

Daiso / Uniqlo / AEON Gotemba

On the way balik ke airbnb,kami singgah dulu ke tempat-tempat ni.Ada beberapa outlets Daiso,Uniqlo dan AEON di Gotemba ni rupa-rupanya.Selepas tu,kami balik ke airbnb,badan dah penat.

AEON Gotemba

Esok,kami akan check out dan bergerak ke Yokohama pulak.Nantikan cerita seterusnya..










 

Sunday, 21 December 2025

JAPAN DAY 3 - CHASING MOUNT FUJI


Alhamdulillah,pagi ni akan bermula road trip di Jepun.Kami akan explore Gotemba- Hakone - Yokohama-Narita dengan kereta.

Mama dan abah jalan kaki untuk pick up kereta kat HQ di Sumida City.Dekat je,less than 15 mins walking.Boleh baca di episod sebelum ni pasal urusan booking kereta dan pengalaman driving di Jepun. 

Kereta kami Honda Stepwagon (yang hitam tu)

Salah satu check list kalau datang ke Jepun adalah untuk melihat Mount  Fuji,ni benda wajib lah especially for the first timers.Unfortunately,Mount Fuji is only visible around 80-100 days in a year.Selebihnya,ia akan tersorok di balik awan dan tak kan kelihatan langsung.Alhamdulillah,kami direzekikan dapat melihat Mount Fuji ketika trip kali ini.

So,route hari ni adalah Sumida City → Gotemba (airbnb) via Tomei Expressway

Stop kejap kat AYUZAWA PARKING AREA  (macam R&R la)


Dari sini,boleh juga nampak Mount Fuji.Tapi sini bukan spot rasmi untuk view Mount Fuji sebab gunung terlalu jauh dan angle tak ideal.Kalau nampak,kira bonus..rezeki!

Jom layan video pendek suasana di R&R ni..


Nampakla Fuji walaupon ciput

Ada convenient store,tapi kami beli air kat mesin gedegang ni je

Smoking box untuk smokers

Tapi,yang bestnya..ni lah spot pertama kami lihat full autumn foliage- daun-daun kuning emas,merah dan hijau..cantik betul.


Disebabkan cuaca baik..so,kami decide ke Yamanakako untuk view Mount Fuji.Esoknya,baru ke Kawaguchiko pulak.

Yamanakako adalah tasik paling luas di Fuji Five Lakes.Pemandangan Fuji lebih lapang dan tenang,kurang sesak berbanding Kawaguchiko.

Dari Ayuzawa,masuk balik ke Tomei Expressway dan keluar di Gotemba Interchange (30 mins).Dari interchange,follow signboard ke Yamanakako..naik jalan gunung ke Yamanakako..adalah dalam 30 minit.Jalan ke Yamanakako agak sempit,tapi sebab layan view cantik maybe tak terasa.

Pitstop pertama..nampak Mount Fuji,jelas dan cantik.


Naik sikit lagi ke atas,jumpa ni..





View ni reminds us of Lindis Pass,New Zealand  semasa our trip ke sana 10 years ago.

YAMANAKAKO

Pastu,kami menuruni bukit..singgah jap kat sini.Masih di Yamanakako..tapi area lebih landai.

Ada tasik..angsa-angsa cantik,ada orang boating kat tasik.Ramai yang bersiar-siar atau cycling sekeliling tasik.






Selesai sight seeing,perut pun dah berkeroncong..kami decide untuk ke bandar Gotemba untuk solat dan late lunch.

LATE LUNCH AT GOTEMBA INDIA

Ni halal certified Indian restaurant in Gotemba.Actually,kat luar Tokyo,restoren halal tu ada..cuma mostly kebab-kebab or Indian restaurant.Susah nak jumpa halal Japanese cuisines.

Dari pembacaan kami di Google reviews (dan ChatGPT) ,ada dinyatakan prayer space available at Gotemba India.

Bila kami sampai,staff terus hampar sejadah di celah-celah meja makan untuk kami solat.Alhamdulillah,restoren bersih...masa tu tak ramai pengunjung,jadi kami solat dengan selesa.Pelanggan yang ada pun muslim,so kami tak rasa awkward.

Chicken briyani,mutton briyani & pakoda.Briyani tu besar portion,boleh share 2 orang

Selesai makan dan solat jama' takhir Zohor-Asar,kami ke GOTEMBA PREMIUM OUTLET.

Ramai betul orang di GPO ni,padahal hari Isnin.

Oh ya,lupa pulak hari ni cuti sebab semalam Labour Thanksgiving Day di Jepun..



Kami kat sini cuci-cuci mata je.most outlets jual pakaian winter.Tak relatable sangat untuk kami

Dah lewat senja masa ni..view Mount Fuji pun kelam je..

Masa nak keluar dari GPO,jammed teruk..dekat 20 minit jugakla kereta merangkak-rangkak keluar.

Kami sampai ke AIRBNB FUJIZAKURA dah malam.Satu kejadian malang berlaku,di mana anak bongsu kami terpelecok dalam longkang semasa membantu abah parking kereta (compound agak gelap).Kesian betul..1st day kaki mama cramp,now kaki anak pulak..

Bila masuk airbnb,kena check in kat tablet dulu..leceh sikit sebab kena attach gambar passport semua orang dan kena selfie berempat.Tapi,dah rules..ikut je lah.

Cantik airbnb nya..host ni penah keja kat Disneyland Hotel.

Bedroom with 2 single beds

Living space..malam bentang 2 tatami untuk tido kat ruang ni

Dapur

Malamnya sangat sejuk sampai mencengkam tulang.Mujur owner ada provide conventional heater.Malam tu..malang tak berbau,tanpa kami sedari blanket dah termasuk kat celah-celah heater dan burnt sikit. 

Heater & burnt blanket

Alhamdulillah,bila kami inform host keesokan harinya,dia kata tak perlu ganti blanket.Dia lebih concerned pasal our safety...samada kami injured atau tak.Host ada provide 1st aid kit kat rumah.

Kami share di sini sebagai reminder kepada kita semua agar sentiasa prioritise safety bila-bila masa dan di mana saja kita berada.

Alhamdulillah..it's been a long tiring day..jumpa esok!