Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts
Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts

Friday, 1 December 2023

PRE CONVO PHOTOSHOOT @ PERDANA BOTANICAL GARDEN,KUALA LUMPUR - 26th November,2023


Chop!...after entries edisi ziarah Abu Dhabi & Dubai...kita bagi laluan cerita konvo anak jap.Lepas tu,baru sambung cerita umrah,insya Allah..

Syukur alhamdulillah,anak kami yang nombor 2 dah tamat pengajian di sebuah IPTA.Baru je last year,anak sulong grad ..sekarang adiknya pulak.

Seperti mana tradisi family (yang kami baru mulakan)..jom lah kita buat pre convo photoshoot jugak,sama macam si abang.Bezanya,photoshoot abang kita buat di Jonket Street,Melaka,kali ni kita buat di Taman Perdana Botani (dulu-dulu kita panggil TamanTasik Perdana).

Pre convo photoshoot ni cuma kami 5 beranak je.Bang Bil & wife tak dapat cuti (maklumlah orang dah kerja..).Tapi nasib baik untuk majlis konvo keesokan harinya,mereka berdua dapat join.Alhamdulillah.

Kami datang ke KL 2 hari sebelum majlis graduasi...ambik kesempatan untuk cuti-cuti KL.Malam pertama kami stay kat airbnb di Bukit Bintang & malam kedua di Melawati.

Sampai di Taman Botani Perdana dalam pukul 9 pagi...dah ramai dah manusia.Maybe sebab hujung minggu,hari Ahad..ramai yang datang beriadah dan bersiar-siar.Ada company event jugak masa tu.

Selepas beberapa putaran,last-last dapat juga park kereta.

Mula-mula sang anak rasa segan dan janggal nak pakai robe graduasi kat dalam taman.Tapi,lepas tu ada jumpa 2 group yang ambik gamba sempena pre convo jugak..Lepas tu,rasa ok je.Lagi pon bukanlah perkara pelik sekarang ni.

Warming up..ambikla gamba kat air pancur ni dulu..




Kat kawasan taman ni paling besar cabarannya.Sebab ramai yang nak pose kat sini.Kena sabar tunggu giliran.







Bukan adik-adik je yang enjoy the moment..




Mama and abah pon happy and grateful..



Bukan senang nak shoot gambar berlima..sebab tripod lupa bawak.

Photobomb!
Setiap sudut dan ceruk cuba dimanfaatkan..

Nasib baik tak nampak beg sampah kat tepi


Tengah jalan pon on..




It was very relaxing and pleasant moment.Biasanya,pada hari graduasi,graduan akan sibuk dan susah nak capture gambar disebabkan overcrowding.Sebab tu kami shoot pre convo..vibe lebih tenang.

Esok,the big day...majlis graduasi.Looking forward..semoga dipermudahkan.



















































Sunday, 6 August 2023

QUIET STAY AT LIVELY BUKIT BINTANG,KL


City skyview from airbnb Bukit Bintang

Bersambung dari chapter sebelumnya.

Dari Genting Highland,kami bergerak ke KL untuk next staycation..Mula-mula memang ingatkan nak repeat dok kat Traders Hotel,tapi anak-anak kata takde apa nak buat kat KLCC tu..macam boring.Jadik,2 tempat yang kami consider untuk menginap-1 kat area Kg Baru & 1 lagi kat Bukit Bintang.Anak-anak opted for Bukit Bintang sebab lagi happening & banyak benda-benda & food yang viral lately,katanyalah!Walaupon,this is not our cup of tea..abah & mama follow je,sebab percutian ni actually reward untuk anak-anak.

Dalam sejam plus je drive dari Genting,kami dah sampai Bukit Bintang.

Kami decide untuk lepak-lepak kat LaLaport dulu memandangkan airbnb yang kami book tak bole check in lagi.Ni la 1st time sampai kat LaLaport (except kid # 3 yg dah pernah datang dengan kengkawan).

Yg bestnya,untuk tempoh antara 1st July sehingga 30 September tahun ni,parking kat LaLaport adalah free.Alhamdulillah,nasib kami baik.

Impressive mall ni..tak sangka dulunya tapak Penjara Pudu yang sangat legend.



BookXcess LaLaport - cantik & readers friendly

Tak sah datang LaLaport kalau tak naik ke Garden Rooftop

PNB118..2nd tallest building in the world after Burj Khalifa,Dubai

Kami menginap di airbnb (service apartment namely Tribeca) yang terletak di Jalan Imbi,Bukit Bintang.

Okla airbnb ni..sangat clean,fully equipped & cosy.Unit ni kat tingkat 18- city skyview.Ada 2 bilik tidur (2nd bedroom tu agak kecik - tapi nice kata nak-anak).



Master bedroom

All pics of airbnb..credit to host's page

Fast free wifi- 568 Mbps- ni wajib kalau bercuti dengan teenagers.Ada Neflix too..

Dapur -lengkap dengan fridge,hot plate,microwave,kettle,cooking utensils & cutleries.Ada washer & dryer.

Swimming pools at level 32 & 37.




As mentioned in previous post,masa ni kid #3 tak sihat,demam panas.Walaupon dia yang bagi idea untuk stay kat Bukit Bintang,nampaknya she couldn't enjoy it that much - jadi 2 beradik hanya berhibernasi di bilik the whole day.That's why percutian kali ni kita considered as quite stay.Emmm.

Satu je con kat airbnb ni..no free parking😏

Petangnya abah & mama jalan kaki,nak jenguk-jenguk apa yang ada kat area sini..dalam 10 mins jalan dah sampai Pavillion.

Memang betullah orang kata Bukit Bintang ni hub & heart of KL - sangat happening especially for shopping & entertainment.

Berkumpul depan McD sebelum busking start

Pelancong..

Banyak restoren dari Timur Tengah..

Di seberang jalan..penampakan orang beratur panjang depan Restoren Damascus yang viral tu.Kami tak pegi lah..tak sanggup menunggu...

Selang 2 belah dari Damascus..Kunafa Crisp yang viral jugak..pon ramai orang queue..nasib baik kami beli Kunafa Crisp kat sebelah jalan ni..takde orang sangat pon.

Yg belah sini aman..takyah beratur pon

Bermacam-macam Turkish delights ada selain kunafa

Malamnya kami dine in kat airbnb sebab anak tak sihat.

Dapat juga merasa Kunafa Crisp yang viral tu

Shawarma..memang authentic rasanya

Yemeni fried chicken..mengingatkan pada chicken bros di Mekah/Madinah

Pagi-pagi esoknya kami check out & pergi ke Kg Baru.

Hasrat nak makan Nasi Lemak Wanjo yang popular tu tak kesampaian sebab queue yang sangat panjang (maklumlah hari Ahad) ditambah pulak dengan anak yang tak sihat.

Lain kali lah Wanjo..

So,kami breakfast kat Kedai Kak Som- masakan pantai timur.Alhamdulillah.

Macam-macam lauk,rambang mata dibuatnya

Selesai makan..kami bergerak balik ke rumah.Tamatlah short getaway in Genting & KL.