Showing posts with label CUTI2 PKPP. Show all posts
Showing posts with label CUTI2 PKPP. Show all posts

Sunday, 26 September 2021

CUTI-CUTI PPN FASA 2- OUR VERY FIRST STATECATION!

Sunset view from room

Salam...helloooo??lama betul tak update blog.

Rasa macam dah naik kematu dok rumah..term bersilih ganti..dari PKP ke PKPB ke PKPP,pas tu ke PPN...fasa 1,2,3 dan 4...tapi feelings tetap sama,norma tak berubah..kes Covid naik turun dan naik lagi..Ntahlah.

Melaka dah beralih ke PPN fasa 2 sejak 4 September..dah boleh merentas daerah..yahooooo!..emm apa lah yang best tu?Melaka pun ada 3 daerah je pon. Dah tak boleh catch up dah dengan SOP..apa yang boleh,apa yang tak boleh.Yang pasti tak boleh-boleh ...adalah merentas negeri!

Kali ni kami dapat berkumpul lagi 6 beranak di rumah sebab kid # 1 & kid # 2 pulang untuk cuti semester.Atas alasan itulah keduanya dapat merentas negeri dan balik kampung.Nak harapkan kami pergi visit diorang,memang tak dapatla.Mantan PM TSMY umumkan antara kemudahan penerima vaksin lengkap 2 dos adalah- parents dibenarkan merentas daerah / negeri untuk visit anak bawah 18 tahun.Bawah 18 tahun memang dok umah lah..berPdPR!Anak-anak atas 18 tahun yg study jauh-jauh kat IPT..

Sempena Hari Malaysia & minggu cuti sekolah kid # 4,kami ajaklah anak-anak gi dok hotel.Syarat,hotel yang ada kelonggaran untuk dine in dan mandi swimming pool..barulah ada kelainannya (walau pun tetaplah kena ikut SOP).

So,kami booklah DoubleTree by Hilton,Melaka...sepelaung je dari rumah.

DoubleTree by Hilton ni terletak dalam bangunan sama dengan Elements Mall.Mall ni memang dah lama sendu,sebelum  PKP lagi,maybe sebab kedudukan yang tersorok dan tiada nearby attractions (within walking distance).Jadi,masa kami gi,memang mall ditutup dah..tak dapatlah nak bershopping or tengok wayang  (Cinema allowed to operate starting 4th September,2021)

Layan gambar-gambar je lah

Masa  check in






Kami book 2 tripple rooms with interconnecting doors.Sampai sana diorang upgrade ke  bilik yang besar sikit dan lebih selesa.Alhamdulillah




Petang tu,bermandi-manda kat swimming pool.Ikut SOP,dibenarkan 15 orang sahaja dalam kolam pada satu-satu masa.







Iron Man in action..he he

Happy memasing..

Lepak dalam bilik..enjoy our time together.


Malamnya kita dine Ikan Bakar kat kat Kompleks Nelayan,Muara Sg Duyong.Lama tak makan ikan bakar..restoren ni baru benarkan dine ini sehari sebelumnya.

Back to hotel

Mengintai dari tirai kamar

Menjelang maghrib

Esok pagi breakfast di hotel.No buffet..we were seated & waiter yang datang ke meja ambil order.Walau pon banyak kelemahan cara sebegini,pasrah sajalah dengan norma baru.

Repeat swimming lagi..

Dah lah tu...jom naik! 

& bermalas-malasan kat bilik...

Lunch kat bilik,order McD delivery,sebelum check out

Alhamdulillah.Walau dekat,walau sekejap...yang penting kebersamaan di bawah bumbung lain (bukan rumah)...dapatlah beralih angin jap.

Hari lain...minggu yang sama,kita keluar dine in kat Mohd Chan by The Garden,yang terletak bersebelahan Taman Seribu Bunga,Air Keroh





Things that we used to take for granted dulu (makan-makan kat luar),now dah jadi benda yang sangat rare and precious!


Salted egg prawns

Siakap 3 rasa

Sotong goreng nestum

Apa-apa pun,syukur kepada Allah kerana masih memelihara dan melindungi kami sekeluarga dari wabak Corona ini.Alhamdulillah..

Monday, 29 March 2021

MELAKAN VISIT MELAKA - GIRLS' DAY OUT - PART 2

Sambungan dari Part 1

Melaka River


Jumpa lagi..masih dalam Melaka..masih berPKPP.

Oleh kerana cuti persekolahan anak bongsu baru saja bermula & hanya ada seminggu sebelum dia balik ke asrama,jadi jomlah kita jalan-jalan Melaka..huk huk.

Kebetulan si kakak memang tengah cuti semester.So,jalan-jalan bertiga je lah..mama & 2 doters!

We started our day,dengan breakfast

Breakfast di Barakah Cafe,Tengkera

Tak jauh dari rumah kami.Warung ni memang penuh masa weekends...susah nak dapat tempat duduk kalau datang.Terletak di tepi jalan,bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Tengkera.Ada pelbagai menu untuk sarapan.Tapi,yang viral & wajib try...roti canai meleleh!

Roti canai yang digulung...intinya telur dadar & hirisan ayam goreng berempah.
Ada versi biasa,cheese atau double cheese



The Shore

Tak pernah masuk The Shore Shopping Mall selama ni...sebab rasa macam takde keperluan nak membeli-belah kat sini.Ni 1st time masuk...tujuan cuma nak 'window shopping' je.

Banyak kedai-kedai dalam ni yang dah tutup...impact dari pandemik Covid 19.

Lengang...


 

 

Tempat makan yang ada dalam ni..KFC,Subway,Seoul Garden & Food Station (food court)

Attractions dalam ni - The Shore Sky Tower ,The Oceanarium (Aquaria versi Melaka),Toy Museum & 3 D Interactive Park.Toy Museum & Interactive Park are temporarily closed now.

The Oceanarium & Sky Tower masih beroperasi- tapi dengan diskaun sempena Kempen Melakan Visit Melaka - masih kurang sambutan kerana harga tiket masih tinggi

Sungai Melaka - depan The Shore

Jom tinjau kejap...macam mana view Sungai Melaka dari sini...

Jeti Kg Morten


 

 



Selepas tu,kami drive ke arah Jonker Street...nak cuci mata..ada mural cantik kat sini

My Kiehl's Heritage Mural

The largest mural in Melaka to date is done by Fritilldea for Kiehl,the cosmetic brand.



 

 



 

 



Bersebelahan dengan Kiehl's mural..adalah persisiran Sg Melaka

Jom tengok view Sg Melaka,dari angle sini pulak.Boleh nampak another mural paintings accross the river.


 

 






 


 


 

 


Lokasi ini sebenarnya tempat mendaratnya Laksamana Cheng Ho di Melaka pada 1405



Ok..tak banyak cerita kali ni,,,hanya gambar-gambar kenangan semasa cuti-cuti PKPP.Nanti bila merentas negeri dibenarkan,memang kami tak kan datang tempat-tempat ni kerana sememangnya akan sesak dengan tourists dari negeri-negeri lain.

Emmm...bila lah pandemik akan berakhir??
Inshaa Allah..semoga pulih seperti sediakala.Aminnnn..