Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Tuesday, 21 March 2023

TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA YANG KAMI REKEMEN (AS LOCALS)!

Dining Masa PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2


Sebelum tu korang kena baca dulu part 1 - Tempat Makan Best di Melaka,Tak Viral Tapi Sedap!

Disebabkan views yang amat baik untuk previous related post,kita sambung part 2.Tq for support 💗💗

As usual - disclaimer,tempat-tempat ni ikut citarasa kami ya,masing-masing ada tastebuds berbeza.Ni suggestion dari kami yang dah menetap di Melaka hampir suku abad..

NASI AYAM APOLLO


Ni gerai je..kat Taman Cheng Perdana.Tapi,kedai ni sangatlah underrated & only known to locals.

Uniknya ayamnya dibakar dalam 'apollo' ni

Jadi,nasi ayam ni considered healthy (but delicious) meal




Selain dari tu,ada rojak,laksa,tauhu begedil & masakan goreng-goreng.

Bukak every weekdays 10 pagi sampai 6 petang.
Sayangnya,gerai ni tutup hari Sabtu & Ahad daaa..tu agaknya tourists kurang tau kedai ni.

MALAQAT BARKAT ROTI JOHN

Kedai ni kat Pantai Puteri,Tg Kling,tak jauh dari Qasrina Chalet.

Kami ni oldschool..memang suka roti john yang simple & legend ni..tak minat  sangat roti john versi modern yang melimpah ruah dengan cheese & mayonaise tu.


Tapi jangan risau..kalau nak yang cheesy meleleh tu..tetap ada..kalau tak silap namanya Roti John Jebat Derhaka..memang derhaka betholl!

Ayam golek as pendamping roti john..memang terbaiklah.


Kedai ni pon ada jual masakan goreng-goreng dan set asam pedas.


BREAD AND OLIVE

Gambar ihsan Google

Ni kedai masakan Arab,cooked by Arabians..portion besar & kalau nak dibandingkan dengan kedai masakan Arab yang lain,saya rasa harga dia lebih reasonable.

Kedai kat tepi lebuhraya AMJ (but not very visible)..dekat-dekat Hospital Melaka & Masjid Al Azhim..so,regular customer biasanya staff Hospital Melaka (masa lunch) & jemaah Masjid Al Azhim (after solat Isya')

Nasi ayam Mandy
Nasi lamb haneeth


Arabian tea with mint


PERHENTIAN KUIH KAMPONG

Yang ni actually cawangan yang kat Ujong Pasir tu..kedai yang sama.Kedai asal masih wujud.
Perhentian Kuih Kampong ni memang tak asing lagi bagi mereka yang berkunjung ke Melaka.

Yang baru ni terletak kat Semabok,tepi Lebuh AMJ...bertentangan dengan Petronas & KFC Semabok. 
Cuma parking limited sebab tepi jalan highway.

Asam pedas - sedap



Ada macam-macam kuih tradisional Melayu.Selain dari tu,ada nasi ayam,nasi set asam pedas,kari nyonya dan lain -lain.

HOMEMADE KUIH BAKAR MELAKA

Gambar ihsan Google

Ni betul-betul sebelah Perhentian Kuih Kampong.

Boleh buat buah tangan dari Melaka..kuih bakar sedap & tak terlalu manis

Sebelum ni kami selau beli kat HQ dia kat Kg Seri Jeram,Alor Gajah...tapi sejak dia buka cawangan di Semabok,lagi mudahlah sebab lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja.

Ni HQ dia kat Kg Seri Jeram..stall je kan?Tapi jangan nak walk in kat sini,
takkan dapat merasa kuih kalau tak pre-order!

1 lagi cawangannya kat Pulau Sebang,Alor Gajah.

BABY CAKOI

Ok,yang ni kira pencuci mulut lah..atau snack.

Ada 15 pieces sekotak / RM6.Dia kasi 1 sos cili & 1 sos pandan FOC.
Kalau nak sos coklat- kena add RM2


Tapau je..ada limited kerusi untuk dine in

Cakoi biasa je..tapi saiznya comel,rangup di luar tapi lembut kat dalam.

Kedai ni terletak kat Taman Lagenda.Taman Lagenda ni opposite AEON Melaka Bandaraya Melaka.Taman Lagenda ni bukan taman perumahan.. kat sini banyak shoplots

ROTI2U

Kedai ni,speciality nya adalah roti bezlama (roti dengan resepi asalnya dari Turki).Ada 2 jenis roti bezlama - plain atau cheese.

Ikut resepi asal,roti ni dimakan dengan kuah menemen (telur,tomato,capsicum dan rempah ratus yang dimasak dengan olive oil).Tapi kami selalunya makan dengan rendang daging atau kari ayam- sesuai dengan tekak orang kita..hu hu

3 keping roti/hidangan & kari ayam

Lasagna pon sedap

Kedai ni kat Pulau Melaka...otw nak ke arah Masid Selat (masjid terapung).

RAHMAT SUP

Mengakhiri list - kedai yang sejengkal dengan rumah kitorang.Kedai kampung je..tapi penangannya luar biasa.Kedai kat Rumah Awam 2 Pulau Gadong,sebelah dengan Tadika JAIM Klebang


Kalau dulu kedai ni adalah port lepak orang-orang kampung Klebang.Tapi lately banyak pulak kereta plate luar yang singgah

Speciality - tentulah sup dia ; ada sup ayam,sup daging,sup tulang,perut & kambing.Biasanya makan dengan roti potong..boleh gak makan dengan nasi.

Gambar ihsan Google

Ada juga makanan goreng-goreng - kue tiau & mihun goreng sedap tapi 'pemurah' dengan tauge & timun!Kalau tak suka,please customize..mintak kurangkan atau takyah add.

Otak-otak pun best

Satay pun sangat sedap - RM1/cucuk

Oklah..tu je 8 dalam senarai kedai makan kali ni..selamat datang ke Melaka & menjamu selera (suka nau korang dengan Melaka eh?ha ha..)



 

Tuesday, 14 March 2023

MOHAMMAD CHOW - RESTOREN TERSOROK DEKAT UIA GOMBAK


Salam semua!

Hari ni nak share 1 restoren yang dah masuk carta favourite kami setiap kali hantar anak balik belajar.Restoren ni mungkin dah dikenali ..tapi bagi yang datang dari luar KL or Selangor,mungkinlah ada yang belum pernah tau..

Nama restoren - Mohammad Chow - chinese muslim,terletak di tepi Karak Highway atas Bukit Guling Ayam!

Dia ada cawangan kat Ampang & Damansara Perdana jugak

Tak lama lagi,budak-budak SPM akan abis exam & maybe ada yang bercita-cita nak melanjutkan pelajaran ke UIA Gombak?Hopefully,perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk parents yang pertama kali menghantar anak ke U ni..& lepas pendaftaran tak tau nak makan kat mana..restoren ni memang sesuai lah sebab lokasinya cuma 3 km dari UIA.

Kami jumpa restoren ni pon secara tak sengaja...

Landmark untuk ke sini adalah Petronas or Shell Lingkaran Karak..perasan tak nak dekat-dekat masuk UIA Gombak tu..kat sebelah kiri ada 2 petrol station ni?

Macam kami yang datang dari selatan,lepas Plaza Tol Sentul..dalam 7 km kita akan jumpa pintu gerbang ni.

Pintu Gerbang Kuala Lumpur

Tak jauh selepas pintu gerbang..akan nampak Shell-->McDonals-->Petronas -->Starbucks sederet!Ha..macam-macam kan pilihan kalau lapar..memang kawasan ni considered as kawasan 'Rawat & Rehat' yang selesa dan sering jadi tumpuan.

Selain dari fast food..ada banyak gerai-gerai makanan di kiri kanan..

Pada hari kejadian (terjumpa restoren)..kami rasa lapar nak makan nasi & not keen for fast food..pastu ternampak signage Mohammad Chow

Nampak tak sayup-sayup signage Mohammad Chow?

Kami redah je naik ke lereng bukit..follow je signage..masa tu dah senja..agak seram & tak confident sangat ada ke restoren kat atas bukit yang cerun ni?

Tapi memang ada!

Konsep open air

Pada saya,makanan kat sini sangat reasonable harganya,food portion ..dan yang penting sedap!

Ramai yang review serving lambat,tapi dari pengalaman kami,waiting time still acceptable..boleh layan lagu-lagu rock kapak dulu sambil menunggu makanan.

Boleh order sup kosong as kuah- yg ni tak tulis dalam menu (kalau tak nak order tomyumla - langkah berjimat sebab kami tak ramai).1st visit diorang caj RM1..tapi kali ni dapat FOC

Ni yang kami order..tak banyak sangat sebab bertiga.

Lemon chicken & sweet & sour fish fillet 

At our previous visit,kami order..

Salted egg sotong goreng tepung & lemon chicken

Kami nampak rider Foodpanda pon sampai ke atas bukit ni..student UIA boleh jugak order food delivery dari Restoren Mohammad Chow ni.

Sekian,review tak berbayar dari kami..semoga bermanfaat 😊😉..

Friday, 30 December 2022

26th Anniversary Celebration at Cafe Chef Wan,The Shore,Melaka

To grow old together..here & there after,insya Allah

Akhirnya sampai jua ke penghujung 2022.Alhamdulillah di atas semua yang telah Allah hadirkan sepanjang tahun ni..baik nikmat & kegembiraan..atau kesukaran,kedukaan..semuanya UJIAN dariNya.Wallahu alam..

Tanggal 28 Disember tahun ni,genap usia perkahwinan kami yang ke 26!Dah lebih suku abad dah - alhamdulillah.

So,malam anniversary kami celebrate dengan anak bongsu..try makan kat De.Wan 1958 by Chef Wan - yang selalu kita panggil Cafe Chef Wan lah.Ya,memang ada branch Cafe Chef Wan kat Melaka..baru dibuka tahun ni pada 22.2.2022

Rezeki si bongsu..dia je yg available kat rumah..cuti sekolah hujung tahun



Cafe ni terletak kat ground floor The Shore.Last kami datang The Shore pada March 2021 ,masa tu Melaka dalam fasa PKPP...kosong & senyap sunyi mall..hari ni meriah dengan crowds & Xmas celebration. Senang je nak spot cafe ni..u won't miss it!





Deco dalam cafe ni memang match dengan Chef Wan punya personality yang jovial & ceria - very eye-catching & vibrant interior deco!

Staff was very friendly & greeted us warmly.Waitress was also helpful and aided us in choosing the menu (maklumlah first timer - ordering meal at high end restaurant is definitely not our forte!)



Photographer for The Day,tq

Wajiblah ambik gamba dengan owner


So,mula-mula waitress tu point out to at least 10 menus..yang ni..yang tu..yang ni...yang tu..takde,yang lain semua ada!Ha ha...ingatkan dia nak suggest menu2 yang ada.Banyak jugak menu yang takde...antaranya cucur udang & mee rebus Che Ani (antara yang recommended by diners)

Kalau tengok review..ramai komplen pasal order lambat.Tapi,pengalaman kami...serving agak cepat jugak.Thumbs up!

Kami order a la carte je - Lamb Kerutub for me,wife order lamb kuzi pie & our daughter order seafood Cantonese kuey teow

Lamb Kerutub - served dengan nasi bukhari,lamb sangatlah tender & juicy.Lamb agak besar portionnya,boleh kongsi..nasi meant for single pax (tapi boleh lah kongsi-kongsi kasi ghaso..hu hu)





Lamb kuzie pie - nampak comel je pie ni.Musykil jugak- cukup ke?Kenyang ke makan sebijik pie ni?Alhamdulillah..the pie was very buttery & flaky.Sangat mengenyangkan.Lamb kuzie dia strongly flavoured & memang kena lah dengan tekak Melayu.




Seafood Cantonese kuey teow - appearance wise maybe macam tak berapa mengancam.Tapi bila rasa,emmm sedap!Seafood eggy gravy dengan udang segar,scallops dan fillet  ikan kerapu - memang another level la




Tu je lah 3 menu yang kami order..kah kah.Walaupun agak pricey (maklumlah food by celebrity chef),portions besar dan boleh share.

It's okey to splurge on fancy dinner sekali sekala kan?


After all,an expertly prepared meal at restaurant is one of life's great pleasure & blessings!Syukur alhamdulillah