Sunset view from room |
Salam...helloooo??lama betul tak update blog.
Rasa macam dah naik kematu dok rumah..term bersilih ganti..dari PKP ke PKPB ke PKPP,pas tu ke PPN...fasa 1,2,3 dan 4...tapi feelings tetap sama,norma tak berubah..kes Covid naik turun dan naik lagi..Ntahlah.
Melaka dah beralih ke PPN fasa 2 sejak 4 September..dah boleh merentas daerah..yahooooo!..emm apa lah yang best tu?Melaka pun ada 3 daerah je pon. Dah tak boleh catch up dah dengan SOP..apa yang boleh,apa yang tak boleh.Yang pasti tak boleh-boleh ...adalah merentas negeri!
Kali ni kami dapat berkumpul lagi 6 beranak di rumah sebab kid # 1 & kid # 2 pulang untuk cuti semester.Atas alasan itulah keduanya dapat merentas negeri dan balik kampung.Nak harapkan kami pergi visit diorang,memang tak dapatla.Mantan PM TSMY umumkan antara kemudahan penerima vaksin lengkap 2 dos adalah- parents dibenarkan merentas daerah / negeri untuk visit anak bawah 18 tahun.Bawah 18 tahun memang dok umah lah..berPdPR!Anak-anak atas 18 tahun yg study jauh-jauh kat IPT..
Sempena Hari Malaysia & minggu cuti sekolah kid # 4,kami ajaklah anak-anak gi dok hotel.Syarat,hotel yang ada kelonggaran untuk dine in dan mandi swimming pool..barulah ada kelainannya (walau pun tetaplah kena ikut SOP).
So,kami booklah DoubleTree by Hilton,Melaka...sepelaung je dari rumah.
DoubleTree by Hilton ni terletak dalam bangunan sama dengan Elements Mall.Mall ni memang dah lama sendu,sebelum PKP lagi,maybe sebab kedudukan yang tersorok dan tiada nearby attractions (within walking distance).Jadi,masa kami gi,memang mall ditutup dah..tak dapatlah nak bershopping or tengok wayang (Cinema allowed to operate starting 4th September,2021)
Layan gambar-gambar je lah
Masa check in
Kami book 2 tripple rooms with interconnecting doors.Sampai sana diorang upgrade ke bilik yang besar sikit dan lebih selesa.Alhamdulillah
Petang tu,bermandi-manda kat swimming pool.Ikut SOP,dibenarkan 15 orang sahaja dalam kolam pada satu-satu masa.
Iron Man in action..he he |
Happy memasing.. |
Lepak dalam bilik..enjoy our time together.
Malamnya kita dine Ikan Bakar kat kat Kompleks Nelayan,Muara Sg Duyong.Lama tak makan ikan bakar..restoren ni baru benarkan dine ini sehari sebelumnya.
Back to hotel
Mengintai dari tirai kamar |
Menjelang maghrib |
Esok pagi breakfast di hotel.No buffet..we were seated & waiter yang datang ke meja ambil order.Walau pon banyak kelemahan cara sebegini,pasrah sajalah dengan norma baru.
Repeat swimming lagi..
Dah lah tu...jom naik! |
& bermalas-malasan kat bilik...
Lunch kat bilik,order McD delivery,sebelum check out
Alhamdulillah.Walau dekat,walau sekejap...yang penting kebersamaan di bawah bumbung lain (bukan rumah)...dapatlah beralih angin jap.
Hari lain...minggu yang sama,kita keluar dine in kat Mohd Chan by The Garden,yang terletak bersebelahan Taman Seribu Bunga,Air Keroh
|
Things that we used to take for granted dulu (makan-makan kat luar),now dah jadi benda yang sangat rare and precious!
Salted egg prawns |
Siakap 3 rasa |
Sotong goreng nestum |
Apa-apa pun,syukur kepada Allah kerana masih memelihara dan melindungi kami sekeluarga dari wabak Corona ini.Alhamdulillah..