Alhamdulillah masuk hari kedua di Hyderabad.
Empayar Islam di Hyderabad
Sekadar intro,penduduk Islam di Hyderabad pada hari ini adalah sekitar 30-35% (populasi Hyderabad 11.6 juta) - bukan majoriti,dan memang sejak zaman pemerintahan Islam di Hyderabad,umat Islam bukan majoriti.
Pemerintahan Empayar Islam di Hyderabad berlangsung kira-kira 430 tahun bermula dengan
♚Kesultanan Qutb Shahi - 169 tahun (1518-1687)
Warisan - Golkonda Fort,Charminar & Mecca Masjid
Warisan - Golkonda Fort,Charminar & Mecca Masjid
♚Empayar Mughal - 37 tahun (1687-1724)
♚Dinasti Nizam (Asaf Jahi) - 224 tahun (1724-1948)
Warisan - Chowmahalla Palace,Falaknuma Palace
♚Dinasti Nizam (Asaf Jahi) - 224 tahun (1724-1948)
Warisan - Chowmahalla Palace,Falaknuma Palace
Nizam terakhir digulingkan oleh Kerajaan India (di bawah Perdana Menteri Jawaharlal Nehru) melalui tindakan ketenteraan yang dikenali sebagai Operation Polo pada September,1948.
(1947- India merdeka,tetapi Hyderabad tidak menyertai India dan mahu kekal berdaulat.September,1948,Nizam menyerah diri dan Hyderabad rasmi masuk bawah India)
(1947- India merdeka,tetapi Hyderabad tidak menyertai India dan mahu kekal berdaulat.September,1948,Nizam menyerah diri dan Hyderabad rasmi masuk bawah India)
Hari pertama kami menjejaki Kesultanan Qutb Shahi melalui kunjungan ke Golkonda Fort,Charminar dan Mecca Masjid.
Hari ni,kita nak belajar tentang Dinasti Nizam,pemerintahan paling lama selama 224 tahun melalui kunjungan ke Chowmahalla Palace.
Chowmahalla Palace
Selepas breakfast,kami book Uber (kereta) ke Chowmahal Palace..kami sampai awal sedikit.Istana buka pukul 10 pagi...so,sementara menanti..di luar pagar istana..
![]() |
| Penjual capal baru nak bentang tikar |
![]() |
| Jumpa seller jual bawang.₹100 (RM4.30) untuk 4 kilo!!Murah giler Import bawang Malaysia sebahagian besar datang dari India..no wonder |
Bayar tiket dulu...ralat sebab kamera tak boleh bawak masuk.Hanya kamera handphone saja yang dibenarkan.
![]() |
| Foreigner RM22,ok sangat. |
Chow = empat (bahasa Parsi),Mahalla = halaman.Chowmahalla bermaksud 4 halaman kompleks istana.
4 istana utama di Chowmahalla Palace adalah
⛫ Khilwat Mubarak ,⛫ Maktab Mahal, ⛫ Tahniyat Mahal, ⛫ Aftab/ Afzal Mahal
![]() |
| Tahniyat Mahal-Dulu-dulu di sinilah majlis penghormatan penerimaan tetamu di raja diadakan |
Ketika kami melewati laluan (balkoni) di Tahniyat Mahal,tiba-tiba kami ditarik oleh sekumpulan pekerja kedai untuk sesi fotografi.Tak sempat nak cakap apa-apa,diorang terus sarungkan costume zaman Nizam!Abah cuba berdiplomatik dan janji 👌 akan datang semula ke situ selepas tamat lawatan..staff tu kata,after tour you won't be looking as fresh as now.Looks like they didn't buy it.😝
![]() |
| Harga gambar cuma ₹100 (RM4.35) / keping (costume & fotografi included).Murah betul.. |
![]() |
| Pintu masuk utama palace.Dulu kerabat diraja,pegawai istana & rombongan rasmi masuk ikut pintu ni |
![]() |
| Central courtyard garden |
![]() |
| Kat belakang tu Khilwat Mubarak, |
Jom masuk ke dalam Khilwat Mubarak..
![]() |
| Di sini lah tempat Nizam mengadakan upacara rasmi,pertabalan & upacara negara.. |
![]() |
| Chandeliers (buatan German) digantung rendah supaya cahaya melimpah ke paras manusia |
![]() |
| Salasilah keturunan Nizam Hyderabad..dari Khalifah Abu Bakar? |
Terjemahan tulisan pada board..
Nenek moyang Dinasti Asaf Jahi berasal dari kaum Quraish,iaitu satu kabilah Arab dari Samarkhand di Kerajaan Bukhara,Asia Tengah.Asal usul dinasti ini dapat dikesan kembali kepada Khalifah Abu Bakar Siddiq,khalifah pertama dalam Islam.
Wallahu 'alam
Nawab Mir Barkat Ali Khan Mukarram Jah Bahadur adalah nizam Hyderabad terakhir yang diiktiraf secara rasmi.
![]() |
| Beliau yang menukar istana Chowmahalla menjadi muzium |
Pada tahun-tahun terakhir kehidupannya,beliau hidup sebagai rakyat biasa di Australia dan Turki.
Meninggal dunia pada tahun 2023 (3 tahun lepas) pada usia 90 tahun.
Beliau dimakamkan di Mecca Masjid,tempat persemadian nenek moyangnya.
![]() |
| ⛫ Afzal Mahal |
![]() |
| ⛫ Aftab Mahal - ruang kediaman & kegunaan peribadi keluarga diraja Sekarang jadi galeri pameran artifak & kenderaan diraja |
![]() |
| Lawatan sambil belajar student kolej |
Lepas palace tour,kami decide nak repeat Charminar.Nak cari ole-ole sikit.Lagi pon belum pukul 12 lagi..semua restoren belum bukak untuk lunch.
Kami naik auto depan Chowmahalla Palace..actually kalau jalan kaki hanya 600 meter je.Sebab Charminar & palace dalam kawasan yang sama iaitu Old City.
![]() |
| ₹50 (RM2.17) / ride je |
Charminar
Dah mula sesak..
![]() |
| Bole chudiyan bole kangana 𝅘𝅥𝅱𝅘𝅥𝅯 |
![]() |
| Jewelleries |
![]() |
| Souvenirs mur-mur kat sini |
Kami baru tau India adalah pengeluar minyak atar (minyak wangi tanpa alkohol) terbesar di dunia,diikuti oleh Arab Saudi,Oman & UAE.
Pengeluar utama minyak atar India adalah Kannauj & Hyderabad (Charminar).
![]() |
| Bau floral semulajadi dari bunga mawar,melur & kewra (minyak pati yang disuling dari bunga jantan pandan wangi) |
![]() |
| Ke Nimrah Bakery lagi..top up cookies |
Selesai 'shopping',perut pun dah berkeroncong..jam pun hampir pukul 1 tengahari...biryani time...again!!
Jom gi Bawarchi Biryani!!🍛🍛




























No comments:
Post a Comment