Wednesday 20 December 2017

ITINERARY BANDUNG-LEMBANG 6 HARI 5 MALAM


Assalamualaikum

Entri ni dibuat khas untuk rakan-rakan kami yang request itinerary ke Bandung.Kami bukanlah Bandung expert..lagi pon inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke Bandung.

Itinerary ni adalah tailor made untuk kami yang kaki jalan...dan bukan kaki shopping sangat (shopping sikit-sikit tu ada...tipulah kalau tak shopping langsung).

Trip ni berdasarkan mostly dari pembacaan blog-blog seberang.Kami minta jasa baik supir aturkan berdasarkan jarak dan location setiap attraction.Sesuai untuk family with bigger kids (not for family with babies or toddlers...tapi terpulang,boleh cuba)

Bandung is best explored during weekdays...not weekends.Sebab 1.harga tiket setiap attraction lebih murah berbanding weeekend 2.less crowded & kurang macet (weekend ramai warga Jakarta turun ke Bandung) 

Ok,ini itinerary kami 6 hari 5 malam.Boleh ubah ikut sesedap rasa..he he

Day 1 sini & sini



 Ketibaan
 Menuju ke Lembang
 Farm House
 Floating Market
 Lunch di d' Seuhah Da Lada (dah kenyang makan di Floating Market)
 check in Lembang Asri Resort
 Dusun Bambu
 Dinner di Kampung Daun

Day 2 sini & sini


 The Lodge Maribaya
 Air terjun Maribaya
 Lunch di Kangen Lembur Cikole ( KLC)
 Grafika Cikole
 Kebun Bunga Begonia
 Kedai Kain Sulam/telekung Pesona
 Sari Ater Hot Spring (hujan lebat)
 Dinner di hotel (anak-anak kepenatan)

Day 3 sini


 Tebing Keraton (ditutup untuk renovation)
 Hutan Djuanda/Guha dago 
 Curug Cimahi
 Lunch nasi padang di Restoran Sederhana 
 Masjid Agung /Alun-alun Bandung Jalan Asia-Africa Jalan Braga 
 Shopping kerepek ,dodol
 Patah balik ke Lembang Asri Resort
 Dinner di Sapulidi (restoren tengah sawah)

Day 4 sini


 Check out hotel
 Shoping Pasar Baru
 Lunch Kedai Kemangi
 Toko Tiga barangan Jeans
 factory outlet area jalan riau & Jalan Dago
 check in Hotel Scarlet Dago Pakar
 Dinner di Stonecafe (mahal & budak2 muak makan nasi)
 Tapau McDonalds & dinner di hotel

Day 5 sini


 Kawah putih 
 Photostop at perkebunan teh Ciwidey
 Glamping lake side(tasik patenggang) & lunch
 Ranca Upas (anak tak sihat)
 Lunch Saung Andir (dah kenyang makan di glamping)
 Cibaduyut Street (tak minat)
 Shopping telekung / batik di M Collections
 Dinner di Rumah Makan Belacan (Restoran Simpang Raya-masakan padang)

Day 6 sini


 Check out hotel
 Beli oleh oleh (Kedai kartika sari, Brownies Amanda) 
 Rumah mode 
 Paris van java Mall-lepak-lepak & tengok wayang
 Cihampelas Street (anak demam)
 Sent to airport
 Late lunch di airport 
 Departure

Semoga bemanfaat.Wassalam

BANDUNG-LAST DAY-AMANDA ->PARIS VAN JAVA


Salam...trip ke Bandung sampai juga ke penghujung.Hari ni...last day kami di sini..
Overall,memang kami enjoy kerana dapat menikmati percutian anti-mainstream di Bandung.Maksudnya,dapat pergi ke off-the-beaten tracks di sini,bukan sekadar tempat-tempat yang selalu ada dalam itinerary.

Walau bagai mana pun,perancangan Allah yang menentukan segalanya.Seorang demi seorang anak-anak kami dijangkiti food poisoning,ntah mana silapnya..Jadi,di penghujung percutian masing-masing macam dah takde mood dan tak berdaya..

Last day ni..we tried to accomodate everyone's need according to the best.Ya lah,orang tak sihat..

Layan gambar saje...

Hari ni breakfast nasi goreng pula...okla rasanya

Bergambar kenangan dengan manager Scarlet Dago Pakar (3 dari kanan) dan Pocen si supir (paling kanan)
Singgah membeli ole-ole di Amanda Bakery.Kartika tak pergi..





Tenkiu anak-anak kerana bersabar..
Pas tu singgah di Paris Van Java untuk berehat...sebab ada aircond..Dah takde kudrat (dan ongkos jugak) untuk jalan-jalan dan bershopping.
A mall with a mixture  indoor & outdoor theme


Budak-budak request nak tengok wayang sambil berehat-rehat dalam panggung.Ok,setttt..

All three levels ada panggung...maybe more...sebab kami tak explore all the floors

Beli tiket tengok movie Geostorm.
Jom tengok Geostorm..

Tiket datang dengan pakej makanan lah pulak.Bukan setakat soft drinks and popcorn.Masuk dengan french fries dan popcorn chicken.Siap dengan sos tu..dan delivered to us ke dalam panggung!

Popcorn medium size...bapak besar!Kami order 2..tak abis..sedekah kat geng-geng budak sekolah kat situ

Panggung wayang yang sangat spacious...Dengar cerita ada panggung yang siap ada katil lagi..

Habis nonton,2 of the girls muntah sebanyak-banyaknya.Aduiiii

Tandas yang hipster...eh,kebelet tu hapa?
Selesai wayang,kami terus ke airport...makan dan solat..sebelum terbang ke tanah air.

Last soldiers down...rebah di pangkuan mama!

Selamat tinggal Bandung...ada rezeki datang kembali..

Sunday 17 December 2017

BANDUNG-DAY 5-KAWAH PUTIH->GLAMPING LAKESIDE RANCABALI CIWIDEY


Bersambung dari Day 4

Titanic Bandung

Agak tersiksa nak menghabiskan catatan pengembaraan di Bandung.Mood dah ke laut bila sampai ke penghujung cerita percutian..Tapi,cuba gagahkan diri demi tatapan di masa hadapan nanti..

Pagi ni kami bersiap awal...kerana destinasi hari ni ialah ke Ciwidey... untuk visit Kawah Putih dan Titanic Bandung....Kawah Putih ni terletak kira-kira 50km ke selatan dari kota Bandung.Dan,seperti biasa...kita tak dapat nak duga ETA (estimated time of arrivalnya) disebabkan kemacetan..

6.50 AM-Breakfast sent to our room.Malam sebelumnya diorang dah tanya nak nasi goreng atau roti (2 options saje)..Makan di shared dining area




9.20 AM -KAWAH PUTIH

Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa 2 jam dari hotel.Jalannya baik,cuma ada tempat-tempat yang jalannya sempit dan berliku-liku.Dah nak sampai ke arah Ciwidey..boleh rasa angin semakin sejuk dan dingin...

Waktu operasi     0700 pagi-5.00 petang
Tiket                   Rp 20,000/pax -local Rp 50,000/pax -mancanegara /foreigner       
Kereta                 Rp 50,000 
     
Boleh tahan mahal jugak harganya kan?Sebab kami ni kena darab 5 setiap attraction...but it's really worth the money.Lets have a look..

Dah sampai...
Seikhlas hati..

This talented musician greeted you first

Jom masuk...

Going downhill to see the crater
Belum ramai orang lagi...
Menjual pasir belerang untuk tujuan perubatan...Wallahualam..
Whitish turquoise...amazing!
Happy bangat..
Gue udah sampe sini!
Very challenging to capture solo pose!



Agak-agak dalam sejam lebih juga kami di sana..destinasi seterusnya nak tengok Titanic Bandung!Oopps...sebelum tu singgah dulu kat tepi jalan untuk photostop.

11.20 AM-PERKEBUNAN TEH CIWIDEY

Sangat cantik perkebunan teh Ciwidey ni...kemas dan tersusun nampaknya...







Mana nak beli teh diorang ni?...siapa tau...sila share info..

11.35-GLAMPING LAKESIDE RANCABALI

Highlight of visit of the day!!!
Kawasan glamping (glamour camping) di tepi tasik Rancabali...

Waktu operasi     0700 pagi-9.00 malam
Tiket                   Rp 20,000/pax        
Kereta                 Rp 5,000 

Ok..harga yang kat atas tu..cuma untuk masuk kat Resto Phinisi (restoren berbetuk kapal ala-ala Titanic) yang dibina di atas bukit ya...bukan untuk masuk ke area glamping tu.
Titanic dah terdampar atas bukit..
Jambatan gantung menuju ke kapal

Excited giler...fefeeling atas kapal titanic..he he..






Resto tu singkatan restoren ...phinisi tu sejenis kapal..Resto Phinisi ni bersebelahan dengan area glamping tasik Rancabali,tapi entrance dan tiket masuknya berbeda sih!

Belakang tu...Situ (Danau) Patenggang

Dari deck ni ...boleh view kawasan glamping
Glamping Lakeside Rancabali

Kami decide lunch di sini...feeling-feeling makan atas bahtera kayak orang kaya..ha ha ha!Tapi,makanannya masih dikira affordable dibandingkan tempat dia..




12.50 PM-selesai lunch.Hujan dah mula turun sejak kami start makan tadi.So,rancangan ke Ranca Upas untuk bermain-main dengan rusa terpaksa dibatalkan.

Kami menghala pulang ke Bandung.Kid # 2 (tak makan breakfast & lunch) mula terasa pening dan mual dalam perjalanan pulang.Kami singgah di Restoren Saung Andir (plan asal nak lunch kat sini)...dan dia muntah sebanyak-banyaknya...Kesiannya hai si anak..

Terpaksa lupakan plan nak bershopping barangan kulit di Cibaduyut (none of us are fans of leather things...sebenarnya).

Selepas solat jama' zohor dan asar di sebuah masjid di tepi jalan, sempat pulak bershopping sikit di butik M Collections..top up cenderahati untuk sanak sedara ...dan kami sendiri.

Trip hari ni diakhiri dengan santapan malam di Restoren Simpang Raya...masakan padang.



Malam terakhir di Bandung...esok nak balik dah...menghitung hari...detik demi detik...