Showing posts with label NEGERI SEMBILAN. Show all posts
Showing posts with label NEGERI SEMBILAN. Show all posts

Tuesday, 26 August 2025

PORT DICKSON - UNTUK KESEKIAN KALINYA

Gegurl's trip 💕

Ni adalah posting Port Dickson kami yang ke 7!!😄

Punyalah regular visitor ke PD..maklumlah,sepelaung je dari Melaka..

Balik je dari Langkawi ...bulan berikutnya kami ke PD pulak.Boleh dikatakan ni adalah girls' trip - mama & anak2 pompuan.Abah datang join malam kejap sebab ada urusan lain.

Let's go!

16th August 2025

Perjalanan bermula dari Melaka - 3 beranak..pas tu pick up kid #2 kat rumah sewa di Senawang.

Kami decide untuk lunch kat Senawang dulu..banyak restoren & cafe-cafe best kat Senawang.

First stop - Lunch at Kak Ngah Little Cafe

Kami dah lapar sebab tak breakfast.Lapar - so nak makan heavy tapi nak tempat beraircond So kid # 2  suggest KNLC ni..

Alhamdulillah,price berbaloi sebab portion besar.Dan lagi best sebab kakak yang belanja 😋..

Alas perut dengan hazelnut tart sebelum main meals sampai


Chicken Chop

Smoked duck spaghetti carbonara

Nasi goreng daging

Tukang bayau!

Check in to Tasik Villa International Resort

Kali ni kita try stay kat TVIR.Kami akan try accomodation yang berbeza setiap kali datang ke PD.So,boleh lah refer semua post PD kami untuk cadangan penginapan.

Yang penting kena ada swimming pool..ha ha..dan bilik yang sesuai untuk anak-anak kami yang dah besar panjang.

Kereta dapat parking kat porch betul-betul depan bilik

Kami pilih Family Villa - rumah teres 2 tingkat with private pool.Family villa ni 2 tingkat.

Tingkat bawah - ruang tamu dengan TV,toilet (no shower),kitchenette - ada microwave,fridge dan sink (pinggan mangkuk takde) dan pool.Tingkat atas 2 bedrooms dan shared bathroom.

Tiada partition di antara 2 bilik tidur.

Petangnya..mandi pool je.Pool dia agak dalam jugak,jadi kanak-kanak kalau mandi kena supervised by adults. 

Pool viewed dari tangga

Dari tangga bilik kami..boleh nampak 'jiran sebelah' mandi pool.So,kami pun pakailah tudung..

Dinner di Rezeky Tomyum 3

Sebelum maghrib,abah sampai ke TVIR..pas maghrib kami keluar cari makan.

Awalnya,kami plan nak try Embok Village Steamboat & Seafood.

Ramai sangat umat..tak jadilah
Waiting time - nak dapat meja & tunggu makanan disediakan dalam 1 - 1 1/2 jam

So,kami cari alternatif lain..makan di Rezeky Tomyum 3 (kedai ni on the way,tepi jalan je).Kami pernah singgah makan kat sini few years ago masa datang PD.

Kalau tak silap,ada 7 Rezeky Tomyum ni kat PD


Udang butter

Daging black pepper

Sotong goreng tepung

Tomyum campur

Alhamdulillah..

Balik dari dinner,kita sambut birthday si bongsu di villa.Birthday nya pada 17 Ogos,the following day..



Selamat tinggal alam belasan..

17th August,2025

Pagi esoknya breakfast kat bilik je..kami tak ambik pakej breakfast.

Check out & headed home

Kami cuma bermalas-malasan kat villa...borak-borak dan nonton Neflix (internet ok..tapi asyik kena relog in berkali-kali)

Pukul 12,kita check out..

Kat PD ni memang banyak kedai-kedai makan tengahari yang sedap-sedap.Cumanya,sekarang cuaca panas betul..

So,kami try google tempat makan yang beraircond...tapi yang ada nasik!

Lunch di Dinda & Sons

Thanks a lot to tiktok..pencarian tempat-tempat sangat mudah & visual sangat membantu.Kedai ni bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Dinda & Sons - nice and cosy ambience and lots of seatings.Waiting time pun tak lama.

Kami order set nasi + asam pedas dan set nasi + masak lemak daging salai,and add on telur dadar & nasi putih extra.


Walaupon cafe,masakannya rasa authentic kampung..yummy!

Alhamdulillah..kenyang perut senang hati.

Sebelum pulang ke Melaka,kami singgah di Zus Coffee di PD Waterfront.


Ada indoor & outdoor seatings

Coffee nya macam Zus biasalah..yang win nya view lah,sebab overlooking the sea.Kami dah siap-siap order untuk pick up jer.Sebab dah tau betapa susahnya nak dapat parking kat PD waterfront tu.

Expectedly,memang sangat ramai orang kat Zus Coffee tu..

Okey..tu je lah,short trip ke PD..episod lepak-lepak dalam hotel je 😆😆





Tuesday, 28 January 2025

ARAWANA RESORT,LENGGENG - PORT HEALING YANG TERSEMBUNYI



Dari Sugeh Hills Eco Resort,Janda Baik kita beralih ke penginapan kedua di Lenggeng,Negeri Sembilan.

Kenapa pilih Lenggeng?Dari Janda Baik kami singgah di Gombak untuk hantar anak #3 balik kolej.Jadi destinasi kedua kami perlu menghala ke arah selatan - supaya berdekatan dengan rumah kami di Melaka & rumah anak sulong di Muar. 

Mula-mula kami bercadang nak cari tempat bersantai-santai kat Hulu Langat..sebab banyak yang best best.Tapi,pas tu kami terjumpa resort ni...walaupon tak viral (sebab baru setahun lebih beroperasi)..nampak macam best jer..nama tempat ni Arawana Resort.

Selepas check in,mama dan abah keluar ke pekan Lenggeng cari kudapan petang.Anak-anak dah singgah mengopi kat cafe di Eco Majestic,Semenyih otw ke Lenggeng.

Mama & abah singgah gerai untuk mengeteh..style kampung.

Kecik je gerainya,menu pun limited

Cekodok lembut cicah sambal bilis - sedap!

Kami menginap kat sini pada hari Isnin & Selasa - 1 malam je.Kitorang je yang stay kat resort masa ni..ha ha... mungkin sebab weekdays dan bukan cuti sekolah.

According to the owner Madam Ju,hari sebelumnya ada family day staff RHB- so all rooms fully occupied.Jom,kami bawak jalan-jalan kawasan sekitar resort.

Jalan masuk ke resort.Pintu pagar resort sentiasa ditutup untuk safety.

Owner bagi kami pegang remote control autogate - jadi senang untuk kami keluar masuk resort.


Banyak kawasan untuk lepak-lepak..semua green je.

Ada buaian

Gazebo

Rabbit & chicken farm pun ada..sesuai kalau bawak budak-budak.



Ada public swimming pool - shared by penginap-penginap resort.Tapi,ada beberapa bilik / rumah yang ada private pool

Sekitar kawasan pool..

Boleh mandi sampai pukul 10 malam...we had pool all for ourselves



Separate shower for man & woman

Jom tengok bilik yang kami book..

Mula-mula kami book Alamanda Connecting Room which can accomodate 4-8 pax (sesuai lah kot untuk kami berenam).

Alamanda Connecting Room

Beranda depan bilik Alamanda

Satu bilik ada 1 queen bed & satu lagi ada 2 single beds...dan 4 mattress FOC.

Kedua-dua bilik dihubungkan oleh satu ruang yang luas..

Di sebelah kiri ruang ada bath tub & shower room dan di sebelah kanan ada toilet & shower.

Kemudian rasa kesian pulak dengan 2 girls yang kena tidur atas tilam di lantai (sebab bilik takde karpet) dan ruang bilik taklah seluas yang kami sangka..

Jadi on the spot,abah bookla additional room berhadapan dengan Alamanda Connecting room..nama bilik ni - Vanda Premium Room...bilik untuk abah & mama lah.


Kami berjaya mengecek owner supaya kasi 'harga cincai' 😁 memandangkan hanya kami yang menginap di sini malam ni..so,owner kasi harga Rahmah RM200/night ✌...harga sebenar Vanda Premium Room di sini.

Queen bed & sofa bed

Bilik ni ada jacuzzi...maklumlah premium..

Laluan di antara Alamanda dan Vanda rooms...

Takde air kat water fountain ni

Bangunan dengan atap Minangkabau..tu lah bangunan dapur resort.

Meh tinjau keadaan common kitchen dia..luas dan lengkap


Kat bahagian luar dapur,ada kemudahan untuk barbecue..kali ni kami decide dinner kat luar je,sebab dah bertungkus lumus berbbq hari sebelumnya di Sugeh Resort.

Tempat bbq & masak pizza..bersih



Petangnya,acara swimming di kolam..


Suasana resort waktu senja menjelang maghrib.

Hill view from swimming pool area




Depan Alamanda connecting room

Selepas solat maghrib..kami keluar ke pekan Lenggeng untuk dinner.Kena drive sejauh 2 km baru sampai ke jalan utama...jalannya bertar baik,cuma agak gelap.Dari jalan luar,cuma 5 km ke pekan Lenggeng.

Pekan Lenggeng agak sunyi pada waktu malam..hanya ada 2 kedai tomyam.Pengalaman  kami makan di  salah satu kedai tomyam (nama dirahsiakan) - tidak begitu memuaskan.So,we just kept this to ourselves.

We think it's wiser to have bbq or cook at the resort.

Balik dari dinner,ada satu kejadian pulak.Lampu belakang kereta Estima couldn't turn off.Lama jugaklah abah dan anak-anak cuba untuk off kan lampu..tengok YouTube,tiktok..tanya ChatGPT,semua takde hasil...dah lah minyak kereta tinggal berapa bar je lagi.

Bila dah pukul 11 malam,kami decide untuk tido je lah..mana ada bengkel bukak malam-malam.Kalau ada pon,jauh dari resort.

Jam 3 pagi,abah dan mama bangun untuk panaskan engine kereta untuk beberapa minit.Takut jugak kalau lampu kereta menyala sepanjang malam,bateri kong..kereta tak boleh start pulak.

After Subuh,mama n abah drive ke stesen Petronas di Mantin - 13 km away ..untuk isi petrol.This is nearest petrol station dari resort.

Paginya kami breakfast kat kedai Nasi Lemak Ikan Sembilang,Lenggeng- tempat persinggahan favourite apabila balik kampung di Semenyih.


Lepas check out jam 12 tengahari,kami bergerak ke Seremban dan singgah kat Kedai Cendol Haji Shariff 

Selepas tu,kami berpecah menuju ke destinasi masing-masing - Melaka & Muar.Alhamdulillah,family trip kali ni dipermudahkan..walaupon ada sedikit hiccup,adatlah.

Semoga ada rezeki..diberi kesempatan masa dan kesihatan untuk kami berkumpul anak-beranak.Insya Allah..aminnn.


Pssttt..kalau berminat,boleh contact owner sini.