Tuesday 25 February 2020

DAY 2 BALI - WISATA ALAM MAGIS - DARI PANTAI,AIR TERJUN...SAWAH PADI KE GUNUNG & DANAU..

Sunrise at Karang Beach

Sunset at Kedonganan Beach

Sunrise at Karang Beach

Hari kedua di Bali.Hari ni kami bangun awal..keluar hotel awal sebab nak tengok sunrise kat Pantai Karang.
Pantai Karang ni terletak di Sanur..sederet dengan Pantai Mertasari yang lebih famous tu.
Tapi,according to Munir (supir)..sunrise kat sini lebih happening..

Kami tiba awal..belum ramai pengunjung.Cuma ada beberapa Mat Salleh berjogging ,,, bawak anjing depa morning walk.


Pantai ni nampak bersih dari sampah sarap.Nampak beberapa pekerja sedang membersihkan kawasan pantai


View pantai berlatarbelakangkan Gunung Agung 
Laut tenang dan takde ombak besar.Pantai landai..sesuai untuk anak-anak mandi manda atau main pasir.



Ada banyak batu karang..sebab tu lah namanya Pantai Karang,rasanya.

Memang view sunrise di sini sangat magnificient.


Breakfast di McD,Kuta



The only place we dined out for breakfast in Bali.The rest of the days..breakfast sendiri dalam bilik hotel.
Munir bawak kami ke McD..maybe sebab nak mengelakkan dari makan di warung-warung jalanan..takut perut kita meragam pulak.


As I mentioned earlier in the intro..McDs in Bali are certified halal by Majlis Ulama' Indonesia..

Itinerari hari ni...sebelum solat Jumaat & lunch...nak gi visit Blangsinga Waterfalls...pas tu Tegallalang Rice Terrace...last..Gunung Batur.

Air Terjun Blangsinga & sawah padi Tegallalang tu terletak dalam Kabupaten Gianyar manakala Gunung Batur terletak dalam Kecamatan Kintamani,Kabupaten Bangli.

Jom amik tau sikit apa tu provinsi..kabupaten...& kecamatan?

PERINGKAT KAWASAN PENTADBIRAN INDONESIA
PERINGKAT KABUPATEN / KOTA
PERINGKAT KECAMATAN
PERINGKAT KELURAHAN /DESA
LAIN-LAIN

Kabupaten boleh disamaertikan dengan daerah dalam Bahasa Melayu.Kabupaten diketuai oleh bupati = ketua daerah / pegawai daerah / dato bandar

Kecamatan tu secara sinonimnya setaraf dengan mukim kalau kat Malaysia.Camat = ketua mukim.

Blangsinga Waterfalls



Ada 2 entry point ke Air Terjun Blangsinga ni..1 menuruni anak-anak tangga dalam 100 steps plus...satu lagi dari arah yang lebih tinggi (ntah berapa ratus..tapi cukup memenatkan..kata supir & penjaga pintu masuk).Ofcozlah kami ikut yang first tu..






Oleh kerana hujan lebat malam sebelumnya...air pagi tu keroh jer.Biasanya bening (jernih) amat ya pak!



Tegallalang Rice Terrace

Sawah padi ni memang famous dan antara tarikan yang wajib pegi kalau ke Bali...unik sebab ditanam secara bertingkat-tingkat.Perkampungan Tegallalang ni terletak dalam 20 min pemanduan ke Utara Ubud.Menurut info,masa kami gi gi,padi-padi tu dah dipotong pendek..kalau tak pemandangannya lebih awesome katanya..





Ololo comey!

Mount Batur Look Out point



Dari Tegallalang,kami bergerak ke Kintamani to visit Gunung Batur.Boleh nampak banyak restoren-restoren di sepanjang jalan..semuanya menyediakan kemudahan makan sambil menikmati keindahan gunung dan danau dari angle yang berbeza.Banyak sekali restoren-restoren yang dilabel halal,padahal pada masa yang sama ada section khas yg menghidangkan babi..sila berhati-hati.



Suasana di sini agak nyaman dan dingin...sebab kat kawasan pergunungan.


Gunung Batur ni adalah salah satu dari gunung berapi yang aktif.


Ramai peniaga di tepi-tepi jalan..Tak kurang dengan penjaja cenderahati akan mengekori kita..


Kalau tak interested nak beli,jangan gatal nak bertanya harga.Kalau tak jadi beli..memang kena maki nanti

Solat Jumaat

Saya dan Munir pergi menunaikan solat Jumaat..di salah sebuah masjid berhampiran.Wife dan anak-anak tunggu dalam kereta.




Things we normally take for granted....terasa besar nikmatnya...bila diberi kesempatan beribadah di tempat di mana Muslim adalah minoriti

Lunch di Restoren Kintamani

Perut pun dah lapar..hari ni kami lunch di Restoren Kintamani - hari ni makan style buffet.Most dish ala Thai & juga menu Western.Kira familiar dengan tekak lah.
Restoren ni mendapat pensijilan halal dari Majlis Ulama Indonesia. Alhamdulillah.


Ada surau berasingan untuk muslimin & muslimat




Alhamdulillah

Usai lunch,kita naik ke rooftop restoren untuk foto-fotoan




Mencicipi Durian Bali

On the way balik ke Kuta,kami dapati banyak sekali gerai-gerai menjual durian.Memang tengah musim durian pak...bilang si Munir.Walaupun masih kenyang lunch tadi,kita singgah jugak..konon nak 'jamah' sikit..he he

Harga ikut saiz buah..tak mainlah timbang-timbang



Takyah testimoni...tengok jer muka memasing!

Shopping beg rotan di Sukawati

Saya yang kekenyangan dan gumbira.dengan senang hati mengkabulkan wishlist wife dan anak-anak perempuan untuk bershopping beg rotan.



Beg-beg ni kami dapat dalam 65-75k/pc...Berbeza kalau di gift shops Kuta,harganya dalam 135-200k/pc.Kalau di airport dalam 300k!


Sunset di Pantai Kedonganan

Pagi tadi,saya shot sunrise kat Pantai Karang...petang ni..sunset kat Pantai Kedonganan pula.





Kepuasan...

Pantai ni merupakan pantai nelayan..agak sibuk juga menjelang senja..nelayan-nelayan pulang dari menangkap ikan.

Dinner di Tepi Pantai Jimbaran

Tak boleh tidak...kunjungan ke Bali dikatakan tak sempurna kalau tak experience dinner romantis di tepi pantai..

Buskers akan nyanyikan lagu mengikut negara asal tourists.Tapi,ni diorang nyanyi lagu kumpulan D'llyord (kump Indonesia tahun 70an)


Sorang 1 set

Tarian Lenggung - tarian Selamat Datang

Selepas dinner..kita balik ke hotel..pack sungguh aturcara hari ini.Alhamdulillah cuaca baik..walaupun forecast meramalkan mendung dan hujan di sebelah petang...

Syukur,alhamdulillah..