Emmm..kalau tengok tajuk,memang macam tak de tempat lain ke nak bercuti..kan?😃😃😃
Kuantan tu dah macam rumah kedua dah bagi kami.Sejak PKPP ni..dalam masa 6 minggu,dah 4 kali kami turun ke Kuantan.
Pertama kali- anak # 2 masuk kolej balik
Kedua- anak # 3 daftar pre-U
Ketiga - bawak anak # 4 pergi jumpa anak #2 & # 3 sempena cuti sekolah
Keempat - saya berkursus kat sana.So,untuk kali keempat ni,hanya kami 4 beranak (bersama anak #2 & anak #3).Abang Long kat Penang & adik bongsu di asrama Melaka
Poh Paleh Weh!!!
Alief Aeman Homestay,Kg Padang Perdana
Malam pertama kami menginap di homestay ni,rumah teres setingkat di Kg Padang Perdana..nama je kampung,actually taman perumahan.
All 3 bedrooms ada aircond.
|
|
Rumah saiz sederhana,tapi deco sangat cantik
|
|
|
|
Top places nearby - Jaman Tory (7km),Airport (9.7km),East Coast Mall (9.7km),Kula Cakes (9.6km) & Sate Zul (11.2km).
Tapi banyak je kedai-kedai runcit & restoren-restoren berdekatan.
Rumah disewa untuk muslim je.#BMF
Restoren Mohd Chan,Indera Mahkota
Malamnya kami dinner kat restoren ni je.Nak ke Tg Lumpur ,16 km dari homestay..malas pulak.
Siakap 3 rasa |
Sotong butter |
LoTeng Cafe,Telok Cempedak
Memandangkan tempat penginapan seterusnya dekat dengan Telok Cempedak,so kami decide nak lunch kat LoTeng Cafe.Ikutkan reviews,cafe ni serve Asian & Western cuisine..and famous menu..cheese cake.
Operating hours 11 am - 1 am.Kami sampai pukul 11.40 pagi.Pekerja dia cakap pukul 12.30 baru boleh order,diorang tak ready lagi!Apaaaaaa?????
Kami order grilled chicken chop...tapi macam ayam goreng kunyit je,portion pun kecik...tak berpadanan dengan harga..nak ambik gambar pun malas.
Tapi,kenyang juga...alhamdulillah
Penamat lunch..toblerone cheese cake..sedaaaappp |
Selepas lunch...jalan-jalan kat pantai..
Selain monyet-monyet yang berkeliaran,banyak juga kucing-kucing kat sini
|
The Colony,Telok Cempedak
Pastu kami check in ke homely,cosy villa with only 8 rooms
Lepak-lepak & merehatkan minda..
Takde budak-budak kecik time ni
|
Dinner di Lila Wadi
Just opposite The Colony,ada open air restoren..Lila Wadi.
From what we read,Lila Wadi is very famous & always recommendable for its famous Kula cakes & western cuisines .Disebabkan dah makan Western masa lunch tadi,kami ingat nak makan goreng-goreng kat sini.
It turned out that...nasi goreng prawn,nasi goreng beef & nasi goreng lamb...semuanya rasa sama!Cuma ditambah prawn,beef & lamb as garnishing... semua nasi goreng tu dah premixed & pre cooked,kemudian dipanas kat microwave...haiyaaaa!Tak kick langsung..so much hype..overrated la tempat ni.
Menu penyelamat..Kula Cakes |
Menjelang malam..kami hantar anak-anak pulang ke kolej masing-masing..
Breakfast & morning walk di Taman Gelora.
Sebelum check out dari The Colony |
Oleh kerana restoren Nasi Minyak Eda Yasin tutup (Isnin),kami makan kat kedai bersebelahan yang agak sedap jugak.Few times makan roti canai kat sini,tak mengecewakan.
Roti telur & kari kambing |
Ke Taman Gelora...tak pakai sport shoes / attire..jadi kami jalan-jalan je sambil ambik angin pagi.Cantik dan bersih Taman Gelora ni..sesuai untuk jogging.
Lunch di Mabiq 2
Disebabkan anak-anak tak gemar makan patin tempoyak,maka amat jaranglah kami makan kat sini.Selalunya,kami cuma singgah untuk beli frozen pais patin tempoyak untuk stok di Melaka.Sangat-sangat rekemen frozen pais patin tempoyak ni..
Lunch abah & mama hari ni..
Pais patin tempoyak,gulai daging salai,ulam-ulam & sambal belacan |
Check in ke Zenith Hotel
Di sinilah saya berkursus untuk 3 hari 2 malam.
Minum petang di Jaman Tory
Mama gi jemput anak #2 untuk teman makan di JT sementara abah berkursus.
Signature dish..Juara Char Kuey Tiau (yg ada keropok & telur goreng tu) |
Sekian,tu saje kisah 5 hari 4 malam percutian di Kuantan..Sehingga jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment