Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Tuesday, 26 August 2025

PORT DICKSON - UNTUK KESEKIAN KALINYA

Gegurl's trip 💕

Ni adalah posting Port Dickson kami yang ke 7!!😄

Punyalah regular visitor ke PD..maklumlah,sepelaung je dari Melaka..

Balik je dari Langkawi ...bulan berikutnya kami ke PD pulak.Boleh dikatakan ni adalah girls' trip - mama & anak2 pompuan.Abah datang join malam kejap sebab ada urusan lain.

Let's go!

16th August 2025

Perjalanan bermula dari Melaka - 3 beranak..pas tu pick up kid #2 kat rumah sewa di Senawang.

Kami decide untuk lunch kat Senawang dulu..banyak restoren & cafe-cafe best kat Senawang.

First stop - Lunch at Kak Ngah Little Cafe

Kami dah lapar sebab tak breakfast.Lapar - so nak makan heavy tapi nak tempat beraircond So kid # 2  suggest KNLC ni..

Alhamdulillah,price berbaloi sebab portion besar.Dan lagi best sebab kakak yang belanja 😋..

Alas perut dengan hazelnut tart sebelum main meals sampai


Chicken Chop

Smoked duck spaghetti carbonara

Nasi goreng daging

Tukang bayau!

Check in to Tasik Villa International Resort

Kali ni kita try stay kat TVIR.Kami akan try accomodation yang berbeza setiap kali datang ke PD.So,boleh lah refer semua post PD kami untuk cadangan penginapan.

Yang penting kena ada swimming pool..ha ha..dan bilik yang sesuai untuk anak-anak kami yang dah besar panjang.

Kereta dapat parking kat porch betul-betul depan bilik

Kami pilih Family Villa - rumah teres 2 tingkat with private pool.Family villa ni 2 tingkat.

Tingkat bawah - ruang tamu dengan TV,toilet (no shower),kitchenette - ada microwave,fridge dan sink (pinggan mangkuk takde) dan pool.Tingkat atas 2 bedrooms dan shared bathroom.

Tiada partition di antara 2 bilik tidur.

Petangnya..mandi pool je.Pool dia agak dalam jugak,jadi kanak-kanak kalau mandi kena supervised by adults. 

Pool viewed dari tangga

Dari tangga bilik kami..boleh nampak 'jiran sebelah' mandi pool.So,kami pun pakailah tudung..

Dinner di Rezeky Tomyum 3

Sebelum maghrib,abah sampai ke TVIR..pas maghrib kami keluar cari makan.

Awalnya,kami plan nak try Embok Village Steamboat & Seafood.

Ramai sangat umat..tak jadilah
Waiting time - nak dapat meja & tunggu makanan disediakan dalam 1 - 1 1/2 jam

So,kami cari alternatif lain..makan di Rezeky Tomyum 3 (kedai ni on the way,tepi jalan je).Kami pernah singgah makan kat sini few years ago masa datang PD.

Kalau tak silap,ada 7 Rezeky Tomyum ni kat PD


Udang butter

Daging black pepper

Sotong goreng tepung

Tomyum campur

Alhamdulillah..

Balik dari dinner,kita sambut birthday si bongsu di villa.Birthday nya pada 17 Ogos,the following day..



Selamat tinggal alam belasan..

17th August,2025

Pagi esoknya breakfast kat bilik je..kami tak ambik pakej breakfast.

Check out & headed home

Kami cuma bermalas-malasan kat villa...borak-borak dan nonton Neflix (internet ok..tapi asyik kena relog in berkali-kali)

Pukul 12,kita check out..

Kat PD ni memang banyak kedai-kedai makan tengahari yang sedap-sedap.Cumanya,sekarang cuaca panas betul..

So,kami try google tempat makan yang beraircond...tapi yang ada nasik!

Lunch di Dinda & Sons

Thanks a lot to tiktok..pencarian tempat-tempat sangat mudah & visual sangat membantu.Kedai ni bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Dinda & Sons - nice and cosy ambience and lots of seatings.Waiting time pun tak lama.

Kami order set nasi + asam pedas dan set nasi + masak lemak daging salai,and add on telur dadar & nasi putih extra.


Walaupon cafe,masakannya rasa authentic kampung..yummy!

Alhamdulillah..kenyang perut senang hati.

Sebelum pulang ke Melaka,kami singgah di Zus Coffee di PD Waterfront.


Ada indoor & outdoor seatings

Coffee nya macam Zus biasalah..yang win nya view lah,sebab overlooking the sea.Kami dah siap-siap order untuk pick up jer.Sebab dah tau betapa susahnya nak dapat parking kat PD waterfront tu.

Expectedly,memang sangat ramai orang kat Zus Coffee tu..

Okey..tu je lah,short trip ke PD..episod lepak-lepak dalam hotel je 😆😆





Thursday, 9 January 2025

RELAXING AT DE VALDA'S CHALET,PORT DICKSON



Salam semua..

Sekembali dari bercuti di Switzerland,minggu berikutnya kami bawa ketiga-tiga anak perempuan kami berehat minda & jasmani di Port Dickson,our regular weekend getaway spot.Kunjungan terakhir kami ke PD adalah pada tahun 2022 di  Eagle Ranch Resort,iaitu sejurus selepas berakhirnya pandemik Covid 19.

Kami bertolak 4 beranak dari Melaka - dengan kid # 3 & # 4...tak perlu keluar pagi-pagi sebab PD bukannya jauh sangat dari Melaka.On the way singgah dulu jemput kid # 2 di Ampangan.Alhamdulillah,dia free,tak kerja...so,boleh join percutian kali ni.Abang Long & wife tak dapat join,maybe next time lah.

Kali ni kami pilih untuk bersantai-santai kat De Valda's Chalet..nak kata chalet ni baru,tak jugak,sebab dah 4-5 tahun.

Kami book chalet ni sebelum trip ke Switzerland lagi.

Dah pukul 1 tengahari,so kita decide lunch dulu kat Restoren The Rimba kat Lavender Heights,Senawang.Restoren ni recommended by anak sulong kami.

Jom tengok apa ada..ramai betul orang datang ke restoren ni..kereta sampai berderet-deret parking kat bahu jalan.Tempat parking restoren ada,tapi dah penuh.

Banyak pilihan lauk pauk

Alhamdulillah,kenyang.

Kami sampai di chalet ni jam 2.40 petang.Check in pukul 3..tapi kata cleaner,dah boleh masuk sebab bilik dah ready.Kami tak sempat jumpa owner chalet ni,En Johari.

De Valda ni dekat Telok Kemang,bersebelahan dengan Marina Bay.

Akak cleaner  gantung kunci bilik kat pintu - so,masuk je.

Ada 3 chalet comel berbentuk ala-ala dome gitu - dipanggil Chalet Lumbung.

Chalet kami dan anak-anak sebelah-menyebelah

Setiap chalet ada 1 queen bed & 1 tilam lipat FOC.Semestinya ada aircond lah..TV Astro,mini bar,cerek letrik,water heater,towel,syampu & shower gel,sterika,hair dryer,sejadah and complimentary kopi & teh.Cuma takde free Wifi..hu hu.

Ada menu special,pizza- murah je.Tapi kami tak sempat try

Penginapan yang ni pulak dipanggil Rumah Lumbung family.Yang ni ada 2 unit- ground floor & upper floor.Bezanya ada 2 queen beds,Neflix dan ada bathtub.Dan ada BBQ area.

Kolam mandi betul-betul depan chalet.Kecik je - kolam kanak-kanak bersebelahan dengan kolam dewasa.Cuma perlu berhati-hati sikit sebab jubin lantai kolam ni ada batu-batu yang tajam,sakit jugak kalau pijak.

Ada rain shower untuk bilas badan selepas mandi kolam.

Ada outdoor pantry,lengkap dengan peralatan dapur.Ada air Coway untuk minum.Tapi,pintu kena selalu tutup sebab kadang-kadang ada monyet-monyet berkeliaran.Tapi,masa kami stay jumpa sekor je lah.

Malam kami pergi makan kat Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang,our usual spot jugak tu.Tak semeriah dulu..kedai-kedai pon banyak yang dah tutup.Maybe next time kena try kawasan makan yang bersebelahan,nampak lebih tersusun dan happening.

Malamnya,kami tido lena..ada penginap lain yang mandi waktu malam.Budak-budak lah tu...cepuk-cepuk main air.

Pagi esok,mama dan abah breakfast kat Kafe Kg Kaw - 5.7 km dari chalet..jalan menghala nak keluar ke highway.Cafe ni popular agaknya - ramai pengunjung yang dah sampai seawal 7.30 pagi,walaupon dibuka pada pukul 8 pagi.

Light breakfast - roti bakar & telur separuh masak
Ni mama punya
Terjebak nak try speciality diorang - roti gemuk & sambal sardin

Untuk anak-anak,kami tapau roti canai dari stall tepi jalan otw balik ke chalet.Diorang makan kat outdoor pantry.

Kami check out jam 12 tengahari

 & terus ke Restoren Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy yang terletak 300 meter dari chalet.Ni restoren favourite kami,setiap kali datang PD,wajib singgah di sini.

Tapi nampaknya restoren ni dah tak se-happening macam dulu,nampak macam dah scale down.Apa-apa pon,kami support and lunch kat situ.Kami doakan bisnes mereka bertambah baik dan maju seperti dulu-dulu.

Lepas drop kid # 2 kat Ampangan,kami bertolak pulang ke Melaka.Tamatlah percutian ringkas di PD.Alhamdulillah.