Showing posts with label UMRAH 2014. Show all posts
Showing posts with label UMRAH 2014. Show all posts

Monday, 14 September 2015

UMRAH 2014-Spiritual Journey of a Lifetime Part 2

Memasuki Kota Mekah dengan perasaan teruja dan bersyukur yang amat sangat...


Menginap di Hotel Al Nada Al Khalil


700 km dari Baitul Haram.Alhamdulillah,kami diberi kekuatan untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram.





Dari hotel ke Baitullah...banyak burung merpati..

Si bongsu yang gagah melangkah...

Sekitar Kaabah

Masjidil Haram ialah masjid yang keempat dibina oleh umat Islam di dunia ini selepas Masjid Quba, Masjid Nabawi dan Masjid Qiblatain.



”Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia (ialah) Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam” (Surah Al Imran ayat 96)



Gigih bersolat seorang diri,tanpa ditemani mama & kakak2 yg mendapat cuti pelepasan

Selesai saei....bermula di Safa , jarak perjalanan antara safa dan marwah 420m.
 


Firman Allah: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada keduanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)


Jabal Thur

5-6 km dari Masjidil Haram, Jabal Thur menjadi tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar berlindung dari orang-orang kafir yang cuba membunuh Baginda ketika Baginda dalam perjalanan untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah.


Surah At Taubah (09) : Ayat 40 : 
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”



Jabal Rahmah

Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan

1. Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.

2.Nabi Ibrahim, menerima perintah untuk menyembelih anak nya Nabi Ismail apabila beliau bermimpi tiga malam berturut turut agar melaksanakan perintah Allah ini.

3.Khutbah Wada' (Khutbah Terakhir) mengambil tempat, di mana di katakan RasulAllah telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada umat islam sambil duduk di atas pelana untanya.




Perkuburan Maala

Menempatkan kubur isteri Nabi Muhammad SAW, Saidatina Khatijah R.A serta anaknya Qasim. Kubur Ma'ala juga menjadi tempat jemaah-jemaah haji yang meninggal dunia dikebumikan




Rasulullah tidak melakukan solat jenazah terhadap jenazah isterinya itu kerana pada saat itu perintah untuk solat jenazah belum disyariatkan
Namun baginda sendiri turun ke dalam makam untuk menguruskan persemadian terakhir Khadijah
Baginda juga menimbunkan tanah pada makam Khadijah

Gua Hira'di Jabal Nur

Mendaki Gua Hira' setinggi 2500 kaki pada pukul 1 pagi.Walau pun tiada lampu atau cahaya bulan,suasana terang.Inilah keajaiban Jabal Nur (Bukit Cahaya)

Check point terakhir. sebelum sampai ke Gua Hira


Di belakan sana tu lah gua Hira...


Naik dalam 1 jam lebih.Turun dalam 45 mins.

Masjid Jaranah

Kampung Ja'aranah,kira-kira 24 km dari Masjidil Haram adalah miqat Rasulullah setiap kali Baginda pulang dari berdakwah di Taif.





Perpustakaan Mekah

Perpustakaan ini telah diakui oleh ramai ahli sejarah bahawa ia merupakan rumah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Namun fakta ini telah dinafikan oleh Kerajaan Saudi dengan menyatakan tiada bukti jelas ia merupakan rumah Nabi.

 Mungkin untuk mengelak tempat tersebut dijadikan tempat ibadah atau pemujaan melampaui dari hanya sekadar sebuah rumah, dengan alasan untuk mengambil berkat dan sebagainya.



Masjid Tana'im

 Miqat di Tan’aim iaitu Masjid Saidatina Aishah ...




Tawaf widha'
(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)
Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".

Setelah selesai menunaikan tawaf wida',kami check out dari hotel...dan dengan perasaan sayu meninggalkan tanah suci.Kami berdoa agar diberi kesempatan untuk menginjakkan kaki ke sini lagi.Inshaa Allah..

~bythewife~









UMRAH 2014-Spiritual Journey of a Lifetime Part 1

Assalam

Impian kami sekeluarga ke tanah suci untuk menunaikan umrah tertunai dengan izin Allah s.w.t pada 15-24 Dec,2014 (24 Safar-2 Rabiul Awal 1436)

Tahun 2014 adalah tahun mencabar bagi kami sekeluarga especially anak-anak kerana..3 anak-anak kami melalui peperiksaan yang besar iaitu SPM,PT3 (batch perintis) & UPSR (yang tertunda beberapa kali kerana soalan bocor...Subhanallah).

Setelah melalui jerih perih tersebut,kami berhasrat membawa anak-anak ke satu percutian yang sangat bermakna...menjadi dhuyufur Rahman (tetamu Allah).Alhamdulillah,perjalanan kami dipermudahkan Allah.

Pemergian kami melalui pakej Andalusia melalui penerbangan Air Asia-X (RM5190 /pax.).

Coming next is overview di sana..

Masjid Nabawi




"Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)




Perkuburan Baqi'

Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien




 Rasulullah saw pernah bersabda,“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.




Penginapan di Mubarak Silver Hotel,Madinah

1.6 km dari Masjid Nabawi (20 mins berjalan kaki)



Sekitar Kota Madinah




"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah.



Ladang Kurma Andalusia




 Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”.



Masjid Quba'

Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama dibina oleh baginda nabi s.a.w ketikamana baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah



Barangsiapa yang keluar (daripada rumahnya) sehinggalah sampai ke masjid ini iaitu masjid  Quba’ lalu bersolat di dalamnya maka pahalanya seperti pahala umrah (berkatanya Az-Zahbi)





Bukit Uhud




Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)




Miqat di Dzul Hulaifah (masjid Bir Ali)

 Oleh kerana kami bergerak dari Madinah, maka miqat kami ialah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali.
Bir Ali ni terletak lebih kurang 9km dari kota Madinah.





Dalam perjalanan Madinah Munawwarah ke Mekah Mukarramah

Jarak antara Madinah ke Makkah adalah lebih kurang 424km. Jauh, memang jauh. Perjalanan lebih kurang 6-7 jam




لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ





Alhamdulillah..selamat memasuki Kota Mekah

Tunggu entry Part 2...


~bythewife~