Thursday, 26 February 2026

LAST DAY HYDERABAD- FROM SWEET KARACHI TAKEAWAYS TO SPICY PUNJAB BITES

Punjab Grill restaurant

Hari terakhir di bumi Hyderabad,kejap je masa berlalu..

Pagi-pagi sesudah solat subuh,abah jogging sekitar neighbourhood..saje lah nak tinjau kehidupan di pagi hari.

Bawang 5 kilo ₹100 (RM4.28) jer


Pagi ni kami breakfast buffet seperti biasa..cuma kami custom order tosai.

Pakora

Tiada aktiviti lawatan untuk hari ni..kiranya free & easy je lah.

Karachi Bakery & Cafe

Hari ni kami nak cuba pergi ke Karachi Bakery sebab ramai drivers (auto & kereta) yang bagi suggestion untuk pergi.Macam ni lah kalau kita DIY..walaupon kita dah research tempat-tempat yang routinely visited by tourists,kena cuba jugak apa yang locals rekemen.

Ada nampak beberapa Karachi Bakery berdekatan dengan Hotel Grand Continent Premier.

Silap pegi..ni Karachi Bakery je,takde tempat untuk dine it.Emm..reset map balik,panggil auto lain pulak.

Naik auto 'premium' kali ni,ada pintu penumpang & seat lebih lebar

Okey..yang ni nampak besar.

Yang kami tau Karachi tu nama bandar di Pakistan.Rupa-rupanya Karachi Bakery ni memang diasaskan oleh pelarian dari Karachi,Pakistan yang bernama Khanchand Ramnani.Beliau berpindah ke India selepas Partition 1947.
(Partition 1947 - peristiwa pembahagian British India pada tahun 1947 kepada 2 negara baru iaitu India dan Pakistan)

'Despite its name,Karachi Bakery is a Hyderabadi legacy - born from memories of a lost home,not a different country"



Ada macam-macam Karachi biscuits (fruit biscuits paling famous,selain pista & almond),kek dan manisan.Cuma biskuit tu tak boleh beli ikut pieces,kena beli pakai timbang (ala-ala Famous Amos)...ada berat minimum yang dibenarkan untuk setiap perisa.Baru plan nak beli mixed biscuits,nak try pelbagai perisa.

Borong oleh-oleh

Yang bestnya,most of the items dijual dalam gift packs - so,senang nak buat balik sebagai oleh-oleh.

Assorted chocolates

Selepas 'morning tea' di Karachi Bakery,kami gerak ke Inorbit Mall.

Lunch di Inorbit Mall

Kami pergi ke mall ni kali kedua..sebab pegi semalam,tak sempat nak explore sangat.Ada misi shopping yang belum complete lagi..ha ha.

Ruang lepak yang comfortable

2 of her favourite places in mall

Untuk lunch,kami nak cuba fine dining kat restaurant dalam Inorbit Mall ni.Our girl not very keen to try out another Indian cuisine..dia nak makan  a la carte kat food court je.

Food court

Tapi,kami berjaya convince kan dia Punjabi cuisine ni another variants..different taste yang rugi kalau tak rasa.

Jadi,kami pilih Punjab Grill Restaurant..

Kami order naan...anak tak nak biryani lagi,dah mabuk biryani agaknya!!

Garlic naan

Chicken Tikka

Mutton Laal Maans,Laal = merah,maan= daging

Asalnya Laal Maans adalah hidangan pemburu diraja Rajasthan,dimasak di padang pasir menggunakan cili tempatan (cili merah kering Mathania) dan daging buruan.



The atmosphere and the ambience were premium,..begitu juga harganya.😉It's ok to lavish significant portion of budget  on high end cuisine...sekali sekala.Dalam bill,ada itemised staff contribution (tips lah tu) yang kita boleh opt out (kami tak baca fine print kat bawah bill).

Selesai lunch,kami pulang untuk rehat sebelum balik ke Malaysia.

Kami request for late check out (kena top up another ₹2000) memandangkan flight pulang ke Malaysia pukul 11 malam.

Syukur kerana trip sempoi kali ni dipermudahkan Allah.Goodbye Hyderabad,goodbye India👋





No comments:

Post a Comment