Monday 23 December 2019

THE SWEETNESS OF DOING NOTHING AT CASA TITIK,CHERATING


Salam..ketika kunjungan kami ke Kuantan baru-baru ni untuk menjenguk anak,kami bawa dia join abah,mama & adik-adik....lari kejap ke Cherating untuk merehatkan minda.

Disebabkan Cherating ni dekat sangat dari Kuantan (30 km).....kira memang tempat paling ideal  for our family get-together this time.Due to majority good reviews,we picked this Spanish-inspired cosy little bed & breakfast accomodation ............namely Casa Titik.

So,layan gambar-gambar je lah...

Dari segi lokasi...memang strategik..sebab dari tepi jalan kita dah boleh nampak signage.Casa Titik ni tak la ke dalam sangat...belok masuk dari jalan besar,dah boleh nampak bangunannya yang serba putih.
Gambar ihsan Google

Pintu masuk utama -untuk check in


Tangga ikonik Casa Titik,bawah tangga ni ada meja untuk check in / out.Takde lobi khas



Villa ni ada 10 bilik saja...rasa macam ekslusif dan agak private.Memang sesuai kalau nak buat Family Day ke,book kesemua bilik kat villa ni.

Gambar ihsan Google


Kami book quadruplet room / family room...free breakfast for 4.....pas tu request for an extra matress (kami 5 beranak).Harga extra matress tu dah masuk additional breakfast.Ngamlah...The price for the room is very affordable.

Bilik kami kat tingkat atas
Gambar ihsan Google

Swimming pool ada 2 - 1 untuk dewasa & 1 untuk kanak-kanak...dan 1 jacuzzi.Comel jer swimming pools dia..nasib baik masa kami menginap,hanya our family yang guna pool dewasa tu.Ada 1 family with a toddler mandi kat pool budak.



Belakang Casa Titik,ada direct access to beach...Cantik pantainya,landai,bersih dan tenang.





Expansive sandy beach...landai..






Happy faces at beach.





Berhadapan pantai,ada ladang kuda ...& binatang-binatang lain juga(bukan milik Casa Titik).Ada sewaan untuk horse riding,tapi tak tanya pulak berapa bayarannya.




Bersebelahan dengan pool...ada open air dining area.Kat sini ada free flow of iced water,juices,coffee and tea..and bread butter & jams.Layan diri je

Breakfast kena pre-ordered.Masa mula-mula check in ,diorang dah suruh pilih...nak traditional Malay breakfast (nasi lemak,nasi goreng or mihun goreng) atau pun Western breakfast.Oklah rasa dia..portion pun agak banyak.





Malamnya kami  dinner di restoren berdekatan dengan  Casa Titik...tak ingat dah nama apa..Restoran yang selalu pengunjung pergi...adalah D Cherating Cafe (2 km) atau pun Intan Seafood Restaurant (7.4 km).. Masa previous trip to Cherating,kami dah try D'Cherating Cafe...the verdict?..ianya tidak menepati selera kami..

Quite pricey..

Minor hiccup during our stay

Ada insiden yang tak berapa best terjadi masa kami menginap.

Pada hari pertama,dalam jam 5.30 petang..,anak-anak turun kononnya nak mandi pool.Tapi tak dibenarkan...sebab kolam belum dibersihkan.Kami memang frust dan bertanya pada staff,mengapa tak dibersihkan awal-awal pada waktu pagi atau tengahari?They had the whole day to get it done ...before visitors started to check in.

Staff tu jawab..diorang tak expect ada orang nak mandi kolam musim tengkujuh ni?Well,obviously it didn't rain ALL day long.Worse still,the person in charge of cleaning the pool...baru nak gi kedai cari alatan pembersihan.Selepas 30 jam,kami naik ke bilik ..dan selepas 1 jam 30 minit...kerja-kerja pembersihan masih tak settled.Memang down mood hari pertama..


Tapi,esoknya...dapat jugak mandi.Alhamdulillah



Incident ni maybe jarang berlaku..sebab kami tak jumpa pun reviews yang sebegini dari penginap-penginap yang terdahulu.Maybe...nasib kami tak bertuah.Harap perkara ni tak kan terjadi kat orang lain.

Apa-apa pun..the stay at this villa was actually nice..





No comments:

Post a Comment