Selesai touring kat Chowmahalla Palace & shopping di Charminar,kami naik Uber (kereta) ke Bawarchi Restaurant di RTC X road.Jaraknya cuma 8 km,tapi perjalanan ambik masa 30 minit jugak - peak hours,traffic heavy sebab lunch time agaknya.
Uber driver over friendly and talkative..manage to converse in 'broken' English.
![]() |
| Ok je,asalkan dua-dua pihak paham..he he. |
After 20 minutes,driver kata dia kena stop untuk isi minyak kereta.He said..4 numbers..out of car!!Rupa-rupanya dia suruh kami bertiga keluar kereta..termasuk dia jadi 4 number 😆😆
Dia nak isi CNG (compressed natural gas).CNG ni cheaper alternative to petrol and diesel.Rules kat India,kalau isi CNG,kena off engine & semua orang kena keluar kereta..
Bawarchi Biryani
Kalau nak gi Bawarchi..pastikan gi kat kedai yang original,di RTC X road.Kalau kita type,memang akan keluar banyak kedai nama Bawarchi..
![]() |
| Diorang dah warning..yang lain tu fake |
![]() |
| Kat seberang jalan tu,Bawarchi untuk take away...tak tau ori atau pelesu |
Ramai sangat orang queue untuk masuk..pelayan akan carikan seat yang kosong & arahkan kita dok kat seat tu.
Nasib baik orang kedai tu dulukan kami..tak taula diorang prioritise sebab kami foreigner..atau sebab kami tak ramai.
![]() |
| Ada 2-3 ruang makan |
Kami order single mutton biryani & single plain biryani.Nama je single..tapi 3 orang boleh makan.Tak dapat bayangkan kalau order full biryani macam mana..nampak most families order full biryani.
![]() |
| Ramai yang masih beratur kat belakang tu |
Kami order jugak mutton curry & chicken 65.Kalau kat India,korang kena makan mutton puas- puas.Selain dari harganya yang jauh lagi murah..diorang ni memang pandai masak kambing,lembut dan tak hamis langsung!
Frankly speaking,Bawarchi biryani ni sedap dooh..kalau nak compare dengan Shadab Biryani,kami lebih prefer Bawarchi.Tapi,tak bermakna Shadab tak syedap..kesedapan keduanya fall into different category.Emm..payah nak explain!
![]() |
| Mutton biryani,mutton curry & chicken 65 |
![]() |
| Banyak awards kedai ni |
Lepas makan,kami balik hotel untuk rehat..biryani yang tak habis kami mintak diorang tapau..
![]() |
| Exclusive betul packing dia...boleh bawak balik Malaysia kalau camni |
Inorbit Mall
Kalau malam sebelumnya kami ke GVK One Mall..malam ni kami keluar ke Inorbit Mall.Inorbit Mall ni dalam 9 km dari hotel.Mall ni terletak kat Madhapur (Mindspace),dekat dengan IT/Hitech City.
On the way ke Inorbit Mall..kami lalu kat kawasan Jubilee Hill...wah,sebijik macam kat Bukit Bintang.Ni kawasan elit,posh yang sinonim dengan Tollywood (industri filem Telugu).Haiya..kalau tau,awal-awal lagi dah book hotel kat sini..ha ha.
Sebelum sampai Inorbit Mall,kami melewati cable bridge yang merentasi Sungai Durgam Cheruvu..contrast betul new city dengan old city Hyderabad ni..
Inorbit Mall ni lebih besar dan lebih ramai orang berbanding GVK One Mall.GVK Mall tu lebih untuk shopping barang-barang premium,high end brand.Inorbit Mall caters to all categories of life.
![]() |
| Security checking sebelum masuk mall |
Boleh tahan jugak hasil dapatan shopping kat sini..
Kami cuma makan ringan kat food court..sebab kat hotel,masih ada Bawarchi Biryani yang kami tapau lunch tadi.
![]() |
| 1 egg puff,chai & 3 keping Osmana biscuits ni cuma ₹68 (RM2.95) |
Lepas settled semua,kami pulang ke hotel...dinner dalam bilik.End of the day..esok dah nak balik Malaysia.



















No comments:
Post a Comment