Chop!...after entries edisi ziarah Abu Dhabi & Dubai...kita bagi laluan cerita konvo anak jap.Lepas tu,baru sambung cerita umrah,insya Allah..
Syukur alhamdulillah,anak kami yang nombor 2 dah tamat pengajian di sebuah IPTA.Baru je last year,anak sulong grad ..sekarang adiknya pulak.
Seperti mana tradisi family (yang kami baru mulakan)..jom lah kita buat pre convo photoshoot jugak,sama macam si abang.Bezanya,photoshoot abang kita buat di Jonket Street,Melaka,kali ni kita buat di Taman Perdana Botani (dulu-dulu kita panggil TamanTasik Perdana).
Pre convo photoshoot ni cuma kami 5 beranak je.Bang Bil & wife tak dapat cuti (maklumlah orang dah kerja..).Tapi nasib baik untuk majlis konvo keesokan harinya,mereka berdua dapat join.Alhamdulillah.
Kami datang ke KL 2 hari sebelum majlis graduasi...ambik kesempatan untuk cuti-cuti KL.Malam pertama kami stay kat airbnb di Bukit Bintang & malam kedua di Melawati.
Sampai di Taman Botani Perdana dalam pukul 9 pagi...dah ramai dah manusia.Maybe sebab hujung minggu,hari Ahad..ramai yang datang beriadah dan bersiar-siar.Ada company event jugak masa tu.
Selepas beberapa putaran,last-last dapat juga park kereta.
Mula-mula sang anak rasa segan dan janggal nak pakai robe graduasi kat dalam taman.Tapi,lepas tu ada jumpa 2 group yang ambik gamba sempena pre convo jugak..Lepas tu,rasa ok je.Lagi pon bukanlah perkara pelik sekarang ni.
Warming up..ambikla gamba kat air pancur ni dulu..
Kat kawasan taman ni paling besar cabarannya.Sebab ramai yang nak pose kat sini.Kena sabar tunggu giliran.
Bukan adik-adik je yang enjoy the moment..
Mama and abah pon happy and grateful..
Bukan senang nak shoot gambar berlima..sebab tripod lupa bawak.
Photobomb! |
Setiap sudut dan ceruk cuba dimanfaatkan..
Nasib baik tak nampak beg sampah kat tepi |
Tengah jalan pon on..
It was very relaxing and pleasant moment.Biasanya,pada hari graduasi,graduan akan sibuk dan susah nak capture gambar disebabkan overcrowding.Sebab tu kami shoot pre convo..vibe lebih tenang.
Esok,the big day...majlis graduasi.Looking forward..semoga dipermudahkan.
Terbaik... Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah...Tahniah Meen....moga terus cemerlang dunia akhirat
ReplyDelete