Sunday 30 July 2023

SHORT GETAWAY - GENTING HIGHLANDS

Kami baru balik dari Genting..bawak 2 anak jalan-jalan,kid #3 & #4.Ni adalah wishlist anak bongsu..dia nak gi Genting sebelum melangkah ke dunia baru..alam IPT.

Pada hari kejadian kami bertolak dari kampung di Semenyih.Pastu ambik 2 beradik ni kat kolej kakak kat Gombak..si adik gi teman kakak sebelum kakak sat for her final paper (exam).

Disebabkan masih awal pagi...Genting Skyworld themepark pun belum buka & airbnb yg kami book- boleh check in only after 3 pm..so,baiklah kami lajak sikit ke atas & breakfast dulu kat Lemang To'ki di Bentong.

Kami navigate ke Lemang To'ki 2- lebih dekat & lebih accessible sebab tepi jalan je...dan selalunya lebih aman dari Lemang To'ki yang satu lagi.



Alhamdulillah...rasa lemang,rendang & ayam bakar still as authentic as we remembered.

Lemang & rendang daging
Ayam bakar & air asam

Berhadapan dengan Lemang To'ki,diorang ada jual durian Musang King...kami 'menjamah' sikit..he he

Bila perut dah kenyang,barulah kami turun balik ke arah Genting Highlands.

Kami park kereta kat GHPO (Genting Highlands Premium Outlet ) & naik cable car dari Awana Skyway,bersebelahan dengan GHPO.

Okla cable car Genting ni..walaupon tak setinggi di Langkawi,still an enjoyable experience.

Dari GHPO menuju ke Awana Skyway

Beli ticket cablecar kat kiosk
Okey..gondola standard- lane C
Beratur nak naik cable car


Ramai betul manusia kat atas ni....ni belum cuti sekolah lagi..




Si kakak tak sihat & demam..jadi kami rasa tak berbaloi lah nak book 1 day ride di Genting Skyworld Outdoor Theme Park.Kami opted for Skytropolis Indoor Theme Park...masalahnya indoor game ni starts operating only after 2 pm.Jadi,kami terpaksa lah tunggu dia bukak.

Abah main game funfair je..ha ha

Hanya si bongsu yang naik ride..mama n abah tak naik,nanti vertigo..hu hu.


Airbnb @ Windmill Upon Hills

Pic-Credit to google

Dalam pukul 4 lebih,baru kami check in ke airbnb ni.

Airbnb ni terletak kat Genting Permai..jadi tak perlu lah nak drive berpusing-pusing naik ke theme park atas tu.Dari Windmills ni ke Awana Skyway hanya 4.2 km je...lebih senang...naik je cable car ke atas.

This unit is a 2 bedroom family suite.Ada 2 bilik air...1 living room extending to kitchen area (1 dining table..1 fridge,microwave,hotplate & 2 in 1 washing machine-dryer.Lengkap lah..

Living room

Master bedroom

Mountain view

Free wifi..laju.

Self checking in & checking out- super easy.Free parking space provided at residence parking.

Skydeck

Heated Swimming Pool at Level 41




Banyak kedai-kedai makan (halal) kat area ni.Antaranya Restoran Al Esfan,Makanan Enak Cina Muslim,Banana Leaf Curry House,Savor House Restaurant,Memang Meow Cafe..to name few.

Malamnya kami makan di Memang Meow Cafe


Mama ambik menu breakfast untuk dinner

Ikutkan reviews cafe ni memang cemerlang..rating pon 4.8/5.Tak dinafikan hospitality & service dia top notch..cuma makanan malam tu 'terlebih garam'.Mungkin nasib kami tak berapa baik daa..

Esoknya,selepas check out kami plan nak gi petik strawberry kat Genting Strawberry Leisure Farms.Tapi kami tak jadi masuk..sebab self plucking not available pada hari tersebut.Entrance fee RM15.

Bergambar kat luar je lah..

Pastu,salah sorang staff Happy Bee Farm (kedai sebelah) bagi tau..kalau nak beli strawberry boleh beli kat Mini Cameron on the way turun ke Genting Sempah.So,sampailah kami kat kedai ni..

Then we headed to KL for another 1 night stay...


No comments:

Post a Comment