Showing posts with label SAUDI ARABIA. Show all posts
Showing posts with label SAUDI ARABIA. Show all posts

Tuesday, 5 December 2023

UMRAH 2.0 - ANUGERAH TERINDAH..

Dari ziarah Abu Dhabi-Dubai..ke misi sebenar..umrah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya,kami ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas peluang dan nikmat yang diberikanNya sehingga kami dapat menjejakkan kaki sekali lagi di bumi Haramain ini.

Last kami datang menunaikan umrah adalah pada tahun 2014,hampir sedekad yang lalu...bersama kesemua anak yang masih bersekolah.

Bermiqat di Bir Ali..2014

Kunjungan untuk umrah kali ini pastinya berbeza kerana berlaku pada fasa pasca pandemik Covid 19.Tentulah ada banyak peraturan baru yang tidak ada semasa kami datang mengerjakan haji pada tahun 2019 (sebelum PKP).

Lebih istimewa lagi,jemputan ke tanah suci kali ini berlaku ketika pembantaian Rejim Zionis ke atas warga Palestine.Kami sebenarnya telah menempah pakej umrah seawal bulan May 2023 lagi..beberapa bulan sebelum tercetusnya Ledakan Al Aqsa pada 7 Oktober,2023.Kami anggap ini panggilan dari Allah..untuk kami hadir ke tanah penuh barakah bagi mendoakan rakyat Palestine yang ditindas.

Tidak perlu bercerita panjang.Kami kongsikan beberapa gambar /momen di sana bagi memberi inspirasi pada yang belum sampai serta mengubat kerinduan mereka yang pernah berkunjung ke sana.

Semoga bermanafaat..

MADINAH AL MUNAWWARAH (2 - 6 NOVEMBER,2023)

Kami menginap di Hotel Valy Al Madina,10 minit berjalan kaki dari Masjid Nabawi

Di bawah kubah hijau,terletaknya makam Nabi Muhammad SAW,Saidina Abu Bakar As Siddiq & Saidina Umar Al Khatab.

Maka,berilah salam kepada Rasulullah dengan penuh adab

Payung masjid ikonik...yang tidak ada duanya di mana-mana..


Raudhah - taman syurga di dunia - ruang di dalam Masjid Nabawi di antara mimbar dan makam (dahulunya rumah) Rasulullah.


Ketenangan yang pasti menggamit rasa rindu untuk kembali


Mengimarahkan rumah Allah

Perkuburan Baqi'- menurut sejarah, terdapat lebih 10,000 sahabat disemadikan di sini.

Kelebihan mereka yang meninggal dunia di Madinah...
akan diberi syafaat oleh Rasulullah di akhirat kelak

Tiada tumbuh-tumbuhan,tiada binaan.Hanya batu-batuan yang melata.

Batu-batu dijadikan nisan tanpa nama..semua kubur sama

MAKKAH AL MUKARRAMAH (6 - 12 NOVEMBER,2023)

Pemandangan lazim ketika perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram..beratus-ratus merpati.Jangan disakiti / dikacau,jika anda masih dalam ihram.

"Melihat kaabah adalah ibadah,melihat wajah kedua ibu bapa adalah ibadah & melihat kitab Allah (Al Quran) adalah ibadah"

Selesai menunaikan umrah yang pertama..

Lautan manusia...the city that never sleeps...

Melunaskan amanah keluarga- Infaq Makanan (Sabil) atas nama arwah abah..


10 November,2023...selepas solat Jumaat ,hujan dan angin kuat sehingga tingkap kedai pecah..

Perpustakaan Masjidil Haram..naik melalui gate 79 (King Fadh Gate) ke tingkat 2.

Semoga ada rezeki untuk bawa anak-anak yang lain pula.Aminnn

Ya Allah,jangan jadikan ini perpisahan terakhir kami.Jemputlah kami lagi Ya Rabb.Berikan kami rezeki kewangan,rezeki kesihatan serta rezeki kelapangan masa untuk kami berada di sini lagi.Juga berikan rezeki yang sama kepada adik-beradik,ipar duai,sanak saudara  serta rakan-rakan kami Ya Allah..agar mereka dapat sampai ke rumahMu ini dan merasai seperti apa yang kami rasai.Aminnn"

Semoga bertamu lagi di sini..Insya Allah























































Friday, 25 October 2019

CORETAN DHUYUFURRAHMAN (5 ZULKAEDAH - 21 ZULHIJJAH,1440H) - MEKAH - PASCA HAJI

King Fadh gate
Terlebih dahulu,ingin saya panjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas nikmat yang Allah swt berikan pada kami berdua.Alhamdulillah,kerja haji dah selesai..dan semoga kami semua mendapat haji yang mabrur.

Tinggal hanya 1 minggu lagi sahaja...sebelum kami melangkah meninggalkan tanah suci..dan kembali ke tanah air.

Sekadar gambar-gambar kenangan di kota Mekah,pasca haji..

Mengunjungi rumah Allah sekerap mungkin..ni view dari rooftop masjid.
 
View kaabah lebih jelas dari rooftop ni



 
Tawaf di rooftop





Feeding the poor - fi sabilillah










Met our old friends,Dr Khairul & Dr Rozaiyah,our colleagues during student days...30 years ago




Menyantuni pakcik & makcik yang sesat...mereka berdua ni masuk pintu lain & terpaksa keluar ke pintu lain (maybe sebab polis dah block jalan masuk tadi).

Kesian pakcik & makcik ni..berkaki ayam



Ok..ok...baru rasa ada kelapangan nak shopping sikit.Pada jemaah haji...memang digalakkan agar sabar dan tidak terlalu mengikut nafsu shopping sakan awal-awal.Ini kerana,harga barang akan menjunam teruk selepas haji...peniaga-peniaga akan menurunkan harga secara besar-besaran as most jemaah started to leave Mekah.



 
Abraj Hypermarket -our favourite shopping place!

Macam-macam barang ada kat sini
Prices reasonable

 
Choosing perfumed gel




Pas shopping..masuk masjid balik

Harap-harap jika ada rezeki kami ke sini lagi.. Al Haram Emergency Hospital ni dah dibuka.

 
Berhadapan dengan pintu no 100..3rd expansion
 
Ada escalator lagi


View Al Haram menjelang maghrib...soooo serene..





Jemaah Uzbekistan

Kami berpeluang mengunjungi third tallest building in the world...Mecca Royal Clock Tower (1972 feet)
 
Inside the clock

Precisely at this hour,min & secs











View Kaabah from tower deck

Solat maghrib di puncak 

Berpeluang berjumpa dengan jemaah haji tertua (101 tahun)  dari Malaysia,Abdul Gapak Mahmud,bekas nelayan dari Kudat.Dia stay kat hotel yg sama.

Masih gagah..tidak bertongkat / berkerusi roda

Kami try tawaf sunat menggunakan skuter sebanyak 2 kali..50 SAR/pax.













"Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al Wada' (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya"

Hukum tawaf menggunakan skuter / segway adalah HARUS.

Chicken Bros di Food Court,Kompleks Jabal Umar

Kedai ni bersebelahan Restoren Al Baik..Sekarang Al Baik di Mekah tak jual ayam,hanya nuggets


Genuine chicken Bros..nampak rempah kemerah-merahan di dalam & dagingnya sangat lembut


Seafood pizza...level sama dgn Chicken Bros



Hari terakhir di Arab Saudi...di Jeddah Airport.

Harga makanan di sini sangat reasonable



Akhirnya,kami tiba di bumi tercinta pada 22 Ogos,2019 setelah 46 hari berada di perantauan demi menunaikan Rukun Islam ke 5.Alhamdulillah



"Ya Allah,jangan jadikan ini perpisahan terakhir kami.Jemputlah kami lagi Ya Rabb.Berikan kami rezeki kewangan,rezeki kesihatan serta rezeki kelapangan masa untuk kami berada di sini lagi.Juga berikanlah rezeki yang sama kepada adik beradik,ipar duai,sanak saudara serta rakan-rakan kami Ya Allah....agar mereka dapat sampai ke rumahMu ini dan merasai seperti apa yang kami rasai.Aminnn"

Kami akan sentiasa merindui suasana ini.


Merinding!Lautan manusia di hadapan kaabah