Wednesday 18 December 2019

SUNSHINE LODGE - A HIDDEN GEM IN KUANTAN

Gambar dari booking.com
Salam

Sejak 3 tahun kebelakangan ni...we've been frequenting Kuantan a lot...let's say...once in every 2 months..to visit our daughter who studies in one of the IPTAs here..Emm..kira agak familiar lah  dengan jalan-jalan dan tempat-tempat di Kuantan ni.

Setiap kali kami ke Kuantan,kami cuba explore tempat-tempat penginapan yang baru..be it hotel,homestay or Airbnb.Saje nak cuba pengalaman yang berbeza..

Kali ni,kami cuba menginap kat Sunshine Lodge.Kami tak dapat nak agak location nya di mana exactly...address nya,Lorong Kubang Buaya,Taman Eastern.Kubang Buaya sounds like a remote area tapi.Taman Eastern?...adakah lodge ni terletak kat taman perumahan?

Due to many good reviews,we finally booked the place.

Sangat senang nak navigate to the place...the lodge is actually strategically located to many famous attractions in Kuantan.Our first impression...it doesn't look as big as in the pic (of course photos can be deceiving most of the times).Tapi,villa dengan hanya 9 bilik ni sebenarnya sangat exclusive dan homely.

Banyak ruang parking di depan lodge ni..park je ikut kotak-kotak parkir.Tapi,kawasan luar lodge (it's a double storey townhouse actually) tak berpagar dan tak berbumbung.Disebabkan kami pergi Kuantan musim monsun...agak troublesome jugak setiap kali nak keluar masuk kereta bila hujan lebat.

Takde lobby...urusan checking in/out dibuat kat opposite building yang berwarna biru.

Bangunan ni sebenarnya adalah Quality Guest House,a budget friendly accomodation owned by the same host of Sunshine Lodge
Sempat riki harga kat guest house ni...memang berbaloi..bilik untuk 4 orang hanya RM100,bilik untuk 3 orang RM75 jer...cuma,takde swimming pool lah ya?Walaupun tempat bajet...tapi biliknya baru dan cosy.Check out here
Jom tinjau keadaan dalam lodge.

Nak masuk hotel..bukak kasut & simpan dalm locker (ikut no bilik)

Bilik - ada strong Wifi

Our room..spacious..bawah RM200 je

Ada flat screened TV..tapi channel tak banyak

Attached bathroom - spacious..paling best...hot shower tu..air pancuran yang besar

Ni kawasan lepak-lepak..boleh makan-makan
Tu bilik kami berdepan dengan tangga

Paling best tentang lodge ni...biar pun kecik...ada swimming pool!
Pool for smaller children -pandangan dari atas



Pool dewasa...boleh nampak Quality Guest House (warna biru & hijau) dari sini

Jiran sebelah boleh skodeng ..so,behave & dress decently

Gigih mandi dalam hujan..nak wat macamana..dah percutian musim tengkujuh


Carpet..nampak macam rumput kan?

Tangga ke open air roof top


To sum up...this place memang berbaloi.Saya share tempat-tempat strategik yang berdekatan dengan Sunshine Lodge

i-    Pasaraya TMG Plus -  170m (kat simpang sebelum sampai lodge,jalan kaki je)
ii-   Mustaffa Cendol - 250 m (cendol lejen di Kuantan) - seberang jalan



Bersebelahan Cendol Mustaffa

iii-  Sate Zul - 500 m (bukak 5.30 petang, datang cepat kalau tak memang tak dapat seat..sate cepat betul sold out)
iv - Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tg Api - 1.3 km (tempat breakfast dengan menu Pantai Timur under one roof)
iv - Lila Wadi - 1.7 km - mostly Western menus,grills & steamboat  - open air restaurant (tapi berbumbung).Menu wajib cuba - mango cheese cake
v-  Sara Thai Kitchen - 2.2 km
vi - Mana-mana Cafe - 2.2 km (kalau nak merasa makan air tangan chef..kat tepi Sungai Kuantan).Kami selalu beli sambal hitam Pahang dari sini



vii - Ana Ikan Bakar Petai - 3.3 km
vii - Pantai Telok Chempedak - 3.4 km

Ok..tu jer setakat ni...amacam ?Boleh jadi duta Kuantan tak?He he..

(Ni bukan post berbayar..all pics (except yang ada muka kami)..credit to booking page

2 comments:

  1. Salam. Bilik di tingkat atas ke ? Sesuai tak untk warga emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap,banglo ni ada 3 tingkat.Takde lift...tangga kayu yang jarang-jarang (rujuk foto)..kalau hujan licin.Untuk wargaemas ,boleh request bilik ground floor.

      Delete