Sunday 23 January 2022

DAY 4 - RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE ,TERENGGANU

Dari Umbut Bayu,kami bergerak menuju ke destinasi road trip iaitu Kuala Terengganu.

Tak jauh pun dari Dungun,pemanduan dalam 1 jam lebih je.

On the way,kami stopped by beberapa kedai makan..sampai terjumpa satu kedai makan kat Pantai Kelulut,Marang.Actually Pantai Kelulut ni sangat sesuai as R&R bagi pengunjung KT yang datang dari arah Kemaman / Dungun.Pantai Kelulut ni sangat cantik,pantainya putih bersih..tapi tak boleh mandi ya sebab ombak besar.

Sepanjang kiri kanan jalan,ada banyak restoren dan  gerai-gerai makanan.Dan banyak jugak gerai yang menjual keropok lekor,keropok keping dan makanan-makanan laut kering seperti sotong dan ikan kering.

Ni kedai kami lunch hari ni.

Nama kedai - Keropok Lekor 008 Kelulut

Nasi kukus ayam berempah

Ikan celup tepung & sotong goreng tepung - fresh & digoreng panas2 bila oder

Pencuci mulut

Happy tummy

Hati berbunga-bunga bila nampak mercu tanda ni...


Raia Hotel & Convention Centre 

Di Kuala Terengganu,kami menginap di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu (dahulunya dikenali sebagai Hotel Tabung Haji).Hotel ni terletak dekat Sultan Mahmud Airport (dalam 680m).Dari hotel ke city centre dalam 11 km.Kalau ada transport,tak de masalah.




Banyak je kedai-kedai makan berdekatan,cuma not within walking distance.

Nearby attractions - Pasar Payang (5.7 km),Chinatown (5.8 km),Masjid Kristal (6.1 km) & Masjid Sultan Zainal Abidin (6.1 km)

Our room..

4 single beds

Okla,quite spacious



Hotel ni ada indoor & outdoor swimming pools.Paling best ada pool untuk muslimah.Dulu kan ni Hotel TH,,sebab tu lah ada kolam mandi patuh syariah..

 




Menjelang petang,kami hang out kat area berdekatan Draw Bridge to take few shots.Tak sah la datang KT tak de gambar jambatan angkat kan?

Cari angle baik dulu





On the way pulang ke hotel,kami ternampak satu restoren seafood - D' Tunggal (4.8 km dari hotel).Nampak meriah jer..let's try


Our verdict - ruang makan yang luas & banyak meja ,sangat ramai orang (cuti sekolah hujung tahun kan?) banyak meja dah ada reservation.Tunggu lamaaaa (dalam 40 minit) baru dapat pesanan

Alhamdulillah,makanan sedap.Price - at higher end sikit.

Tiada aktiviti selepas dinner...balik hotel dan tido...we had one more night at KT.

Selamat malam.. 

Sunday 16 January 2022

DAY 3 - COZY BEACHFRONT COTTAGE IN DUNGUN

.

Dari Kijal,kami ke destinasi seterusnya..iaitu Dungun.Tak jauh pun ...1 jam lebih je perjalanan.

Cuaca terang...so far tak hujan

Kami singgah di tepi pantai berdekatan sebelum check in - beli keropok lekor kat gerai kat situ.Cantik betul view..



Kali ni kami menginap di Umbut Bayu,rumah kecil yang cute comey  betul-betul berhadapan dengan private beach.Cottage ni sebenarnya cuma 450 meter dari Pantai Tanjung Jara dan 6 km dari Rantau Abang,yang femes dengan penyu telo..


Halaman yang sangat luas..boleh main kejar-kejar..atau pun nak piknik pon boleh.


Apa yang bestnya,cottage ni cuma ada 3 unit je,so bagus kalau sewa semuanya untuk family



Direct seaview...best!

Hotel ni scores 8.4 di Agoda dan Booking.com.Cute je design rumah ni..warna putih,siap ada balkoni kecik untuk santai-santai sambil minum petang.







This is one of the best places for a do-nothing vacation.

Petang-petang boleh main air kat pantai depan tu..kami tak mandi lah,musim tengkujuh kan?Ombak besar..




Peluang ni tak saya sia-siakan untuk membidik foto waktu senja di pantai






Menjelang maghrib,saya pulang ke penginapan..


Letih tapi puas..

Best kan breakfast sambil ditemani angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa..



Ada sink & tempat berbbq jugak



Malamnya kami makan kat salah satu warung berhampiran iaitu Warung Lempeng Nyior.Kami order nasi goreng..oklah,not bad..speciality dia memang lempeng kelapa cicah kuah kari.Jadi kena la try kan?


Pagi esoknya breakfast di tempat yang sama.


Nasi dagang ikan aye..menu wajib!


Seterusnya..kami check out jam 12 tengahari & bergerak ke Kuala Terengganu.