 |
| Nanping Pedestrian Street |
 |
| Green Lake Park |
Day 6
Alhamdulillah,akhirnya sampai ke post terakhir perjalanan kami di Yunnan.Kalau ada kesempatan,kita wrap up dengan itinerary.
Semalam kami tiba di Kunming pada sebelah petang,tak banyak dapat buat..cuma gi explore Shuncheng Street untuk dinner dan beli sikit-sikit.
Untuk itinerary di Kunming,kami skip tour ke Stone Forest (famous icon in Kunming,tapak warisan dunia Unesco) sebab perjalanan mengambil masa 1- 1.5 jam sehala...perlu spend banyak masa untuk perjalanan pegi balik n lawatan sedangkan esok kami dah nak balik ke Malaysia.
Ada jugak consider untuk visit Western Hills dan Dianchi Lake (tasik terbesar di Yunnan)..tapi kami dah pegi Erhai Lake di Dali.
Rasanya,cukup dah nature tu..kita nak tour city..makan-makan dan shopping sikit kat Kunming.
Let's have a look apa yang ada kat Green Lake Park..jaraknya cuma 4.5 km dari hotel,naik Didi cuma 10-15 minit saja.

Green Lake Park (Cuihu Park)
Free entrance.
 |
| A perfect spot to enjoy Kunming beautiful scenary and local atmosphere without spending a cent |

 |
Blooming lotus and beautiful swan in the lake
|
Banyak spot OOTD

 |
Nak sewa traditional costumes pun ada
|
 |
Kalau nak naik boat,kena tunggu sejam lagi..pagi-pagi belum bukak
|
 |
| Pokok pun ada drip (cecair nutrien) sendiri |
Ada few groups of elderly people tengah perform Line Dance kat taman ni.
Selepas spend 1 jam lebih di park,kami decide nak ke Nanping Pedestrian Street..tempat yang famous dengan halal local food dan affordable shopping places.
Nanping Pedestria n Street
Kami naik Didi ke sini,dekat je.Driver drop kan kami kat satu kawasan yang agak famous rasanya..kat sini ada 5 patung gangsa yang menggambarkan kehidupan harian dan budaya masyarakat Kunming pada suatu masa dulu..
 |
Patung photographer dengan kamera lama..
|
 |
| Budak perempuan main teng teng (hopscotch) |
Sementara mama dan anak-anak berfoto-foto,abah dah masuk kedai...
 |
Abah dengan 'tangkapan pertama'
|
Next misi mencari roti daging yang viral dan sedap kat Kunming tu..Landmarknya,Hotel Four Points.
 |
| Dari jauh dah nampak Hotel Four Points ni..tapi kat depan hotel kosong je..takde kedai langsung |
Rupanya kena tawaf sampai ke belakang bangunan tu..kedainya kat depan hotel's another entrance.
 |
| Alhamdulillah jumpa,masa tu baru pukul 10 lebih..queue masih belum panjang |
Sementara mama beratur nak beli roti daging,anak-anak...
 |
| Tak jemu-jemu eh? |
Lepas tu kami berjalan ke arah deretan kedai-kedai..
 |
| Kat tengah-tengah ada banyak kiosk yang menjual makanan..makanan halal pun banyak |
Sambil tu kita keluar masuk kedai...cari kot-kot ada yang berkenan.
 |
| Nampak sama kan?Tapi bukan diaaa..😉 |
Taobao Street
Kami belum rasa lapar lagi,sebab baru je makan roti daging...so,kami jalan terus ke arah Zhenhyifang Shopping Centre.Kat sana,bahagian basement shopping centre...dikenali dengan nama Taobao Street.
Barang-barang kat sini sama macam yang kita tengok kat Taobao app...atau Lazada,Shopee,Shein & Temu.
Lupa nak ambik gambar kat sini..selesai shopping,masa untuk lunch..
 |
| Hasil dapatan dari Taobao Street |
So,balik semula ke area kiosk-kiosk makanan tadi..
 |
| Semua ada logo Qingzhen |
Anak-anak dah jemu nak makan nasi goreng & beef noodle..
 |
So,kita lunch burger & wrap pulak
|
 |
Tempat duduk & canopy..selesa
|
Selepas kenyang makan,kami berjalan nak cari Didi...kami pass through 1 lorong ni..rupa-rupanya sini lagi happening!
 |
Kiri kanan ada restoren halal
|
Kami singgah kat stall ni...tergoda plak tengok macam-macam skewers.
Lepas tu,kami balik hotel naik Didi...rest & solat.
Petangnya,kami keluar lagi ke Shuncheng Street...nak tengok tengok shopping complex kat sini.
 |
Shuncheng Shopping Mall..besar betul
|
 |
| Dari Chajie Metro station sebelah hotel,terus turun sini & boleh masuk Shuncheng Mall |
.jpeg) |
High end mall,hanya mampu window shopping je
 |
Public seating area at concourse hall
Nampaknya takde apa yang mampu dibeli...kami ni shoppers level Nanping Pedestrian Street je lah.
So,kami turun ke Shuncheng Street..
Kali ni,kami singgah di BA Baker's Kitchen.Semalam dah nampak bakery ni..tapi tak beli apa-apa sebab dah kenyang dinner.
 |
Bakery ni popular among Malaysians particularly muslims
|
 |
Sedap egg tart & roti kopi
|
Lepas tu kami dinner kat Shuncheng Halal Street..restoren lain pulak.
 |
Yang ni ada menu Bahasa Melayu
|
Lepas dinner,kami balik hotel.Esok last day..
Day 7 (Last day)
Hari yang santai..flight kami malam,kami tanya hotel owner samada boleh delay check out sampai petang?Dia kata dia boleh allow sampai pukul 2..sempatlah kami jama' zohor-asar kat bilik.
Hari ni repeat Nanping Pedestrian Street.
Mama dan abah shopping...anak-anak nak jalan-jalan sendiri.
 |
Snacking squid skewers,takut kempunan
 |
Lepas tu kami ke The MixC Mall (bersebelahan hotel)
 |
| Besar betul mall ni |
Ingatkan nak lunch kat The MixC Mall ni..tapi takde restoren halal.Kedai-kedai pun semua high end.
Last-last kami gi balik kedai mula-mula masa sampai ke Kunming.
 |
| Lunch |
Antara yang kami frequently jumpa...kemudahan mencuci tangan di tempat awam.Yang impressed nya,sink sangat bersih,berfungsi dan not been vandalised.
Selepas kami check out tadi..kami dah letak luggage kat lobby hotel..diorang boleh simpankan luggage.
Kami book Didi 6 seaters untuk gi airport...nak bagi anak-anak merasa naik keta premium.Masa kat Guangzhou,memang hari-hari naik keta ni sebab ahli rombongan 6 orang.
Sampai airport...
Dah takde kemudahan surau di Kunming Airport..kami solat kat Baby Care room...selepas kaunter imegresen dekat gate 68.
Kami nasihatkan kaum Adam yang nak solat di situ,,hantarla kaum Hawa untuk survey dulu bilik tu,takut ada ibu-ibu yang tengah breastfeeding baby ke.Seeloknya,kaum lelaki ditemani oleh perempuan sewaktu solat.
Ada kemudahan sinki untuk berwudhu',pastikan lantai kering.Kami solat di play area..belakang tiang,atas foam playmat.Ada breastfeeding cubicles with curtains too.
Kami berlepas pulang pada jam 10 malam.Alhamdulillah trip ke Yunnan ini berjalan lancar..