Cuti sekolah Mac 2015..kami ke Cameron Highland.Saje lah nak bawak budak-budak berjalan tempat sejuk sikit.As usual,kami ni late planner…konon nak jalan dalam negara je.Tak yah book awal-awal.Sangkaan meleset…semua hotel di Cameron Highland dah penuh.Apa taknya?Cuti sekolah 14 Mac…11 Mac baru berkira-kira nak jalan ke mana..
Kami ke sana semalam saja.Last-last dapat book bilik di
Marina Chalet & Homestay di Kampung Taman Sedia.Bila dah ada pengalaman
bermalam di sana,barulah baca reviews pengunjung-pengunjung.Ada yang puji..tak
kurang yang keji.So,honestly…how do we rate MCH ni?Bagi kami ada yang
pahit…tapi banyak manisnya..
Sekitar chalet.. |
Si kecik ni sibuk berselfie.. |
Chalet dalam taman... |
Masing-masing... |
Aktiviti-aktiviti sepanjang di Cameron Highlands…sebagai
memori di kemudian hari..he he
Jalan-jalan di Kg
Taman Sedia
Satu-satunya perkampungan Melayu di Cameron
Highlands…strategic..dekat dengan surau …ada 6 pengusaha kebun strawberi di
kampong ni..so boleh jalan kaki je ke kebun-kebun tersebut.Bukan sekadar
kebun…kebanyakannya,menjual kudapan berasaskan strawberi..
Strawberry -based kudapan |
Ramai beratur nak order.. |
Bestnya scones ni.Tak caya? |
Kan?? Sedap.. |
Slow Scenic Drive Around Town
Wind down the car windows, open up
the sunroof and drive slowly along the winding road towards this place. So cool!
Boh Tea Plantation,Sg
Palas
5-10 mins drive dari main road Cameron Highlands.Jalan naik
ke Boh Plantation menyelusuri lereng bukit…is single lane…very steep and
dangerous…agak seram memandangkan Mr husband kena honk all the way up.Then,half
way up..we found out BTP ni tutup every Monday.Frust juga..jadi kami hanya
dapat snap2 pics di tepi-tepi bukit saja..
Parit Waterfalls
Sebelum masuk Kg Sedia ,ada 1 simpang masuk ke Parit
Waterfalls ni….ada signboard Hutan Lipur Parit Falls,Cameron Highlands.Ada 2
jeram kat sini…Jangan mandi…sebab kotor..penuh dengan sampah sarap!The name
suits it best!(sob..sob..sob)
Dalam gambar macam cantik jer... |
Jambatan gantung..boleh mulakan jungle walk dari sini…tembus
ke Hotel Pines Century (kami tak cuba…ngeh ngeh!)
Fasiliti banyak..tapi tak ramai pengunjung...sebab kebersihan air terjun tak dijaga.. |
Pasar Malam
Brinchang
Memang crowded sangat .Nak cari tempat parking kereta pon
payah.Tapi,memang menyeronokkan…sebab macam-macam ada kat sini.Rambang mata
dibuatnya..especially bab makanan
Goreng-goreng tepung.. |
Jangan terpedaya...tepung je lebih..huk huk |
Agro-Technology
Park Mardi
Lawatan ke Agro-Technology Park Mardi pada hari esoknya.Tempat ni tak masuk pon dalam itinerary lawatan
ke Cameron.Tapi sebab taman ni beroperasi seawal 8 pagi lagi,jadi kami ke sini
dulu
Luas park ni….42 hektar..
At entrance ..
|
Mat & Minah-minah bunga... |
Happy 2 dara...di tepi kolam ikan |
Bharat Tea Plantation,Tanah Rata
On the way back …singgah di sini.The views over this
plantation were breathtaking!Amazing scenes and scents
Lata Iskandar
Singgah di waterfall yang cantik
ni…on the way balik dari Cameron.Terletak di Central Perak…di antara Cameron
Highlands dan Tapah. Ada toilet dan kemudahan mandi, wakaf berkelah dan kedai
makan (4-5 buah).Kawasan pun bersih..
Walau pun percutian pendek
je..tapi berbaloi..untuk sesekali lari dari kesibukan hidup..dan beralih angin
(lebih sejokkk).Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment