Salam semua..bersua kembali.Seperti biasa,entry last untuk setiap trip adalah itinerary!Bak kata omputeh..save the best for last..
Bagi yang follow kesemua entries kami on Swiss trip..dari intro ke post hari terakhir,kami nak share semula kronologi sehinggalah mission to Swiss ni accomplished.
PEMILIHAN DESTINASI TRAVEL
Ada beberapa options..mula-mula kami ingat nak travel ke...
i-Korea (bawak anak bongsu yang tak berkesempatan join winter trip last Februari,2024 )..nak experience Korea in autumn pulak.Tapi,bila anak ketiga menarik diri,kami batalkan plan sebab kalau si bongsu travel dengan mama abah je ke Korea...macam kureng vibe Kpop-annya..ha ha.
ii- Hyderabad ..yang ni salah satu dari wishlist mama abah.Tapi,anak bongsu tak keen sebab dia dah gi India June,2023.
Tiket ke Swiss,dibeli on impulse..bila intai-intai,kami nampak price nya agak reasonable.Kiranya,we didn't plan or choose Swiss...Swiss chose us!Eh,boleh gitu??
TIMING
Seperti biasa,kami akan hanya pergi bercuti bila anak cuti (in our case- cuti semester IPT).Yang untungnya,kami dah takde anak sekolah.Jadi,tak perlu nak bersesak-sesak berjalan waktu cuti sekolah...biasanya destinasi dalam atau luar negara memang akan crowded dalam tempoh tu.
Setakat ni,dari anak kecik-kecik lagi...kami masih belum lagi 'mencutikan' anak semata-mata nak berjalan.Alhamdulillah.
2 orang anak kami dah kerja..2 orang lagi masih study.Dah lama kami travel tak cukup korum..last trip berenam adalah Ireland pada tahun 2018.
Autumn in November..
Winter in November too?
Unfortunately,it turned out that November is not a favourable month to travel to Switzerland.November adalah bulan peralihan dari musim autumn ke winter..kebanyakan tourists attraction ditutup..ada yang stop operating during winter..ada yang dalam persediaan untuk winter holiday...dan jadual operasi ni berubah-ubah.
Mount Titlis closes from 20th Oct tapi reopen on 17th Nov
Grindelwald First - closes from 27th Oct
Rhine Falls boat tour- closes from 4th Nov
Kandersteg Mountain Coster - closes from 27th Oct
Oeschinensee Boat Rental - closes from 11th-22nd Nov
Chillon Castle - closes from 19th Oct
Aduish...acaner tuh??
But it turn out to be blessing in disguise...Flight ticket ..Sewa kereta...and Air BnB semua harga yang boleh katakan murah berbanding dengan summer and spring. Emirate and Etihad boleh dapat sekitar RM2700....
TRAVEL AGENT ATAU DIY?
Waktu kami mula mula start travel 2011(kira lambat dah),kami ikut travel agent during our first two trips iaitu ke Beijing dan Turkiye. Selepas tu most of our trip kami buat DIY atau pon menggunakan perkhidmatan supir (seperti di Indonesia dan Chiang Mai).
Most pakej ke Switzerland yang ditawarkan oleh travel agent rata-rata di antara 9-15K/pax - bergantung kepada jumlah hari dan itinerary.Takde salahnya kalau anda ada rezeki lebih dan tak nak pening kepala buat DIY..cuma saya nasihatkan baca betul-betul itinerary serta syarat dan terma.Kadang-kadang ada banyak aktiviti berbayar yang tak dimasukkan...Swiss ni dahlah pricey,bukan macam Indonesia,Thailand atau Vietnam...kang sampai sana kena fork out a hefty amount for excursion...kacau jadinya.Dan tengok jugak samada full board meals included,atau half board je.Makanan kat Swiss sangat mahal..kebab takeaway paling murah dalam RM60.Tu baru sorang..sekali makan.
Bawak makanan dari Malaysia - tips jimat cermat
Untuk trip kali ni kami DIY jugak...so that we can choose and prioritize where to go and what to do..sesuai dengan kemampuan ekonomi kami.
For us,the excitement began as soon as we bought the flight ticket,way before we board the plane.Wouldn't you agree with us..that half of the fun is PLANNING for a trip itself?
TRANSPORTATION
Cerita sikit pasal train..
Most people especially locals would say that not taking train in Switzerland is a big mistake!Satu kerugian besar..kalau naik train,boleh tengok pemandangan Swiss yang cantik macam dalam kalender tu..
Kami naik train ni ke Gornergrat...train jugak kan?
Kalau nak naik train kat Swiss,anda disarankan guna 'travel pass' supaya lebih jimat. But it all depends on may factors, Cth brapa orang dan musim apa.Ada macam-macam travel pass - Swiss Travel Pass (STP -most popular),Swiss Half Fare Card,Swiss Travel Pass Flex,Berner-Oberland Pass to name few.Boleh check kat sini.
Untuk STP tu,anda akan dapat unlimited travel by bus,train and boats..free or 50% discounted mountain excursions.Boleh pilih yang 3,4,6,8 atau 15 hari
Contohlah kalau ada ambik STP 6 hari - harganya approximately 379 CHF / adult (2nd class).379 CHF tu dalam RM1800+...untuk sorang.So,boleh congak..
We chose to drive
Sankt Niklaus area sebelum sampai Tasch
Equally scenic view while driving...don't u think so?
Disebabkan kebanyakan mountain excursions tak beroperasi semasa tempoh pengembaraan kami,jadi kami decide nak drive je..Kalau tanya mana lebih murah,naik train atau kereta?We would say driving is cheaper...taklah murah sangat,sebab kena consider kos sewa kereta,petrol dan parking fee jugak.Some accomodation provide free parking,some do not.Parking kat city lebih mahal (dan susah nak dapat). It depends also dgn jenis kereta yang anda sewa...kalau MPV(VW Caddy) harganya dua kali ganda Sedan(eg VW Golf). We were lucky dpt free upgrade to MPV.
Kalau berkereta,masa lebih flexible..tak terikat dengan jadual train. Nak berhenti mana mana boleh esp we as a Muslim.
Kalau naik train.....kena mengheret beg besar from one train station to another.. atau bila perlu berpindah-pindah penginapan.Kalau peak season sometimes kena berdiri..dan luggage places limited.
Sesetengah hotel atau hostel yang murah terletak kat bukit-bukit yang agak tinggi..dan takde lift.Ni yang malas nih..beg pulak berat dengan winter attires/gears.
Kalau drive,lebih senang sebab beg-beg dalam boot kereta jer.
Kat atas tu price untuk 3 orang (2 adults dan sorang adolescent Umur 19). Kalau ambil STP total 1135 CHF untuk 8 hari.
Utk kereta 617 CHF (termasuk premium insurance)...cuma kereta kena add parking dalam 70 CHF and petrol 129 CHF=816 CHF total.
So ada difference 1135-816=329 CHF =RM1645 (penjimatan)
Cabaran bawak kereta di Swiss
i- Cabaran utama ialah..ni first time driving on the right side of the road (driver sits on the left side of the car)...and overtaking on the left.🚖🚗
Memang cuak dan seram sikit masa mula-mula bawak kereta.Hampir masuk salah lorong...Yang susah nak adapt tu,bila nak keluar simpang..At the beginning kekadang lupa nak check kereta yang datang dari sebelah kiri..dan masa nak masuk round about,kena masuk kanan,bukan kiri!
Nasib baik lah ada 2 co-pilots yang sentiasa dalam mode untuk alert kan driver! But semuanya akan jadi ok lepas 30-40mins drive.Yang penting ikut rules, ikut speed limit.
ii- Traffic rules are strictly enforced in Switzerland.Stick to road rules especially the speed limits.Jarang sekali dengar orang yang drive kat Switzerland..tak dapat 'surat cinta' (saman) bila balik Malaysia.Samannya bukan kaleng-kaleng.Ada calculator pengiraan terlebih speed ni..every extra km counts!
Alhamdulillah,kami tak dapat saman...
iii- Driving lane kecik,tak selebar kat Malaysia.
Kalau bawak kat alpine driveway,memang seriau.Yang driver takut bergesel dengan kereta lane sebelah..yang front seat passenger takut bergesel dengan tembok atau lereng-lereng bukit..
Kalau kat city pulak,laluan basikal / motor sama lebar dengan laluan kereta..dan tak semestinya kat sebelah tepi jalan.Ada kami jumpa laluan basikal terletak kat tengah-tengah di antara lane kiri dan kanan kereta.
Check out this video...the challenging drive from Miltaltunnel to Staghohten....jangan hilang fokus!
Now,kami share itinerary kami sepanjang 8 hari di Swiss.
Experience car on train via Lötschberg railway tunnel to Goppenstein-Visp-Tasch.
Kereta naik keretapi
Take cogwheel train from Zermatt to Gornergrat.Enjoy Matterhorn- the world's most photographed mountain that once featured on Toblerone chocolate packaging.
Stop at Gruyères - home to the finest Swiss cheese (of the same name) and chocolate.
Gruyères
Montreux - sightseeing at Geneva Lake promenade,spot Freddie Mercury statue,visit a museum dedicated to legendary British rock grup,Queens at Queens - The Studio Experience,photostop in front of Chillon Castle
Finally...the revelation..kos untuk trip kami adalah around 7K++.all in/pax.💃 termasuk cost Flight and Mountain excursion ke Matterhorn.(Normal price CHF114/pax).
Remember,travel isn't all about reaching the destination..it's equally about enjoying the journey.Don't rush the trip...jangan ghairah nak tick all-must-go places sampai tiada balance antara rest and sightseeing.
Sandarkan pada kenangan...Swiss 2024💖
Takde itinerary yang perfect.It's true that well planned itinerary will provide structure,but do leave room for spontaneity and relaxation..Akhir kalam,you can still visit Switzerland on a budget and not break bank in the process.Semoga memberi inspirasi dan motivasi bagi semua yang bercita-cita untuk menjejaki Switzerland,insya Allah...
Alhamdulillah...semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk kita semua. Ameen ya Robbal Alameen.
Zurich Hauptbahnhof (Zurich Central Train Station)
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga ke entri terakhir untuk trip ke Switzerland ni.
17th NOVEMBER,2024
Semalam hari yang mengujakan di Montreux...sebab dapat 'jumpa' Freddie Mercury.Pagi ni kami akan check out dari apartment di Tafers ni dan bergerak ke Zurich.Esok kami akan fly back to Malaysia.Cukuplah 8 hari kat sini..kalau lagi lama, lagi banyak pulak Swiss franc yang keluar..hu hu.
Pagi seperti biasa,breakfast - maggie goreng & roti bakar.Masa ni memang dah rindu nasi lemak,roti canai,puri,tosai etc etc..
Bekal lunch hari ni
Nasi putih,telur dadar & ikan sambal.Generous portion sebab dah nak balik.
Cuaca pagi ni sejuk..0℃.
Balkoni apartment di Tafers..bye!
Hari ni kami akan pergi ke Rhine Falls,salah satu destinasi wajib bagi sape-sape yang datang ke Swiss.Jarak Rhine Falls dari Tafers adalah sejauh 195 km dan mengambil masa 2 jam 30 minit.Bagi mengisi kekosongan slot,kami decide (last minute plan) untuk singgah di Baden.
BADEN
The iconic Stadtturm (city tower)
Jam 10.20 pagi kami sampai ke Baden.Kami park kereta berhadapan dengan Baden Train Station - 1.50 CHF untuk 2 jam.Kami jumpa sorang perempuan local & tanyakan arah Old City Baden.
Baden ni bandar yang bersejarah- 2000 tahun dulu terkenal dengan luxurious Roman bath..masih ada peninggalan Roman bath which is well preserved,tapi kami tak sempat explore.
Cantik bandarnya
Tak sempat nak study pasal bandar ni..sebab adhoc plan.
RHINE FALLS
Dalam 12.20 tengahari kami sampai ke Rhine Falls..parking 7 CHF (5 CHF untuk first 1 hour).Kami tak pasti ada tempat parking yang lebih murah dari ni atau tak..
Rhine Falls ni adalah the most powerful waterfall in Europe.
Free entrance..cuma kalau nak naik boat je yang kena bayar.
Sayangnya ketika trip kami ke Swiss,boat trip merentasi air terjun Rhine tidak beroperasi.Bermula 4 November,2024 sehingga 28 March,2025 operasi direhatkan sempena Winter Break.
Kena turun tangga & hiked down sikit..
Sebelum jumpa platform ni..
Ada train lalu betul-betul sebelah platform ni
Kat Swiss,diorang tak de pun nak put up signage in English supaya tourist faham.Teringat pulak insiden tourists negara China yang taubat tak nak datang Malaysia lagi sebab tak banyak signage Bahasa Chinakat Malaysia.Halah halah..
Signage in German..pandai-pandaila mengoogle-translate sendiri.
Lepas tu kami bergerak ke Schloss Laufen - a-1000-year old castle by Rhine Falls.(Schloss = castle)...sebelah je.Banyak kali dah jumpa Schloss kat Swiss ni..macam Schloss Schadau Hotel Restaurant pada hari kelima.
Castle di belakang
View air terjun melalui celah-celah tembok menara castle..
Dari tower tu turun ke level bawah dengan lif berkaca...kita tengok Rhine Falls dari angle sini pulak
Pastu naik semula ke tower atas..
Berhadapan Schloss Laufen Restaurant,dah ada decorations untuk Xmas
Oh ya,sebelum balik kami ada membeli sedikit cenderahati kat souvenir shop kat Rhine Falls ni.
Dalam 1.50 tengahari,kami bergerak ke penginapan kami yang terakhir di Swiss iaitu Ibis Budget Hotel,Zurich.
Singgah isi minyak dulu..full tank.
Dan beli kudapan terakhir..peneman setia sepanjang road trip
IBIS BUDGET HOTEL,ZURICH
Hotel ni takdelah murah sangat walau pun namanya bajet..relatively cheaper lah kot dari hotel-hotel lain di Zurich ni.
Yang bagusnya lokasi hotel ni yang sangat strategik.
Di depan hotel,ada tram yang boleh terus sampai ke Airport Zurich.Ambik je Glattbrugg,Unterriet tram dari depan hotel...cuma 2 stops (3 min ride) dah boleh sampai ke Zurich Airport.
Selesai solat & lunch,kami rehat jap.Biliknya agak sempit - ruang untuk solat cuma boleh sorang je at a time.Takpelah,esok dah nak balik..
Room for tripple.
Di depan lobby hotel,ada vending machine untuk snacks & beverages.Laundry (paid) pun ada
BAHNOFSTRASSE
Strasse means road or street in German.Banyak jumpa word ni kat Swiss.
Malamnya,kami pergi ke Bahnofstrasse,one of the most expensive streets in the world.Kami naik tram dari depan hotel.
Terkial-kial jugak masa nak beli tiket ni,nasib baiklah ada local yang sedia membantu.
Dalam tram..
Swiss government doesn't recognize the existence of Palestine as a state...but,here..🍉🍉
The ride mengambil masa dalam 30 minit.Kami turun ke last station,HB (Zurich Hauptbahnhof).
Last stop
Bahnofstrasse is right next to the station.It's only a 2-minute walk from the tram stop to the start of Bahnofstrasse.
5 star hotel di Zurich
Zurich Hauptbahnhof or Zurich Central Station is the largest train station in Switzerland and one of the busiest in Europe.It was ranked as the best European train station in 2023 and 2024.
Kami gi jengah train station ni..ambik feel tourists yang naik train kat Swiss..hu hu
Selesai jalan-jalan city,kami naik semula tram.
..dan balik ke hotel - rest and sleep
18th NOVEMBER,2024
Last day at Swiss..kami cuma lepak-lepak kat hotel.
Depan Ibis Hotel
Lepas check out,kami drive ke P3,Zurich Airport untuk pulangkan semula kereta ke Europecar.Mula-mula nak drop je kunci kereta dalam dropbox ni,sebab tengok takde orang dalam bilik Europcar.
Pastu baru lah datang staff dia..kami buat check up keliling kereta bersama-sama.
Ada sikit scratch kat tepi kereta..tapi takpe,nasib baiklah dah ambik premium insurance,0% liability.
Kat airport,browsing kedai-kedai and top up doorgifts yang patut.
Disebabkan kami tak sempat nak gi kilang coklat Lindt..kami singgah kat kedai dia dalam airport.
Pastu kami solat jama' Zohor-Asar dulu,kat tepi-tepi waiting area je..sebab takde prayer room yang khas after check in.
Kami fly ikut same route - Zurich - Dubai - KL
Alhamdulillah..selesai trip kami ke Swiss ni. Eventhough November is not a favourable month for tourists due to short daytime and unpredictable weather,we consider it succesful. Kami dapat both autumn and winter. This made us believe that Swiss on a budget is doable..dengan beberapa tips,travel hacks,syarat dan terma..hu hu.
Nanti,kami akan share itinerary cara kami..insya Allah.
"Auf Wiedersehen" (Goodbye /until we meet again) 👋👋