Selepas lunch & shopping di Day to Day...kami kembali ke hotel untuk solat jama' zohor-asar & refresh ourselves quickly.Kami kena get ready for next adventure - Desert Safari.
Our driver was a Pakistani guy who lived in Dubai for 20 years.
Kami tak sempat buat research pasal Desert Safari ni..so tak tau nak expect apa.Rupa-rupanya memang ni aktiviti yang famous & must-do untuk sape-sape yang datang ke sini.
Untuk jadi driver Desert Safari ni,diorang memang kena trained dan kena ada lesen khas.Bukan semua orang boleh pandu 4 x 4 kat padang pasir ni.
SAND DUNE BASHING STARTS..
Driver pesan kat kitorang to buckle up..pas tu dia start drive...zasss!!
Drifting to the fine sands of Dubai |
This dune bashing was honestly a hilarious experience.Kami dilambung atas bawah..ke kiri kanan..macam naik roller coster.
Rasa pening & nak muntah pun ada..tapi nasib baik,towards the end of the drive..semua orang ok.Nasihat untuk yang nak mencuba,better la bawak beg plastik..manalah tau,kan?
This sand dune bashing is definitely NOT for everyone..terutamanya yang ada motion sickness.
Anak perempuan kami dok seat belakang sekali.This is the worst seat - sebab kita tak nampak apa-apa kat depan,jadi tak boleh nak 'enjoy' sangat the experience.So,otw balik,saya pulak yang duduk di belakang sekali & anak duduk di seat tengah.
Tips - just 'lembutkan' badan & allow yourself 'dihempas' ke kiri dan ke kanan.Kalau kita cuba melawan,badan akan rasa lebih sakit-sakit after the ride.
Untuk beri gambaran yang lebih jelas,kami share video ride..
After the ride..kereta pon stopped.They let us have few photo takings..ok,tenanglah kejap menyaksikan matahari terbenam di padang pasir.
Beautiful & serene...
Few moments later.. we were back to the car.The heart-pounding ride continued..tapi yang herannya,otw balik..pemanduannya agak 'aman' dan kejap je (driver took different route obviously).
Driver park kereta kat pit stop di mana engine,tayar & bahagian dalam kereta dibersihkan dari pasir-pasir.
EXPERIENCING THE TRADITIONAL BADOUIN LIFESTYLE
After dune bashing,we made our way to Badouin Camp.Ingat lagi masa sekolah dulu ..ada belajar pasal orang Arab Badwi / Badui - kaum yang hidup di gurun dan suka berpindah-randah?
Kem Badwi ni dibina menyerupai khemah pengembara dulu-dulu..bila diorang penat merentas gurun,diorang akan stop semalam dua untuk berehat.So,bukan kem orang Badwi yang sebenar lah..mimik je
Desert Safari & Badouin Camp ni memang come under 1 package.Kat camp ni,selain BBQ dinner yang disajikan ada macam-macam aktiviti untuk dicuba - menunggang unta,buat ukiran henna dan...hisap shisha (yang ni jemaah kami tak join lah)
Anak kami cuba ukiran henna |
Untuk tunggangan unta,free untuk 1 bulatan kecik.Kami tak naik sebab dah gelap,nak ambik gamba unta pun tak nampak sangat.Kalau sampai masa sunset,maybe cantik lah gambar naik unta.Dah malam..unta pon dah penat,kesian.
BBQ dinner..semua duduk atas bean bags & meja rendah ala Jepun |
Sewaktu makan,kami disajikan dengan fire show,tanoura dance (sama macam yang kami tengok masa naik cruise)...dan belly dancing.(yang ni kami tak tengok..dikhuatiri kurang mabrur umrah😒Nauzubillah)
Fire show |
BBQ tu rasa macam biasa je lah..
Selepas selesai dinner,kami pulang ke hotel.Tamatlah sesi ziarah dan bermulalah perjalanan umrah kami.
Esok kami akan meninggalkan UAE & menuju ke bumi Haramain..
PERJALANAN MENUJU KE MADINAH
Dubai..naik bas ke 👉Abu Dhabi...naik flight ke👉Jeddah....naik bas ke 👉Madinah
Otw ke Madinah,kami stopped untuk solat dan makan.
Insya Allah..akan menyusul entries on umrah pula.Doakan