Tuesday 14 November 2017

Karimun Island-Day 2

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SILANG BUDAYA ANTARA SEK KEB MALIM, MELAKA DAN SEKOLAH DASAR (DS) 001 KARIMUN, KABUPATEN PROVINSI, KARIMUN,INDONESIA

Wajah riang anak anak SD001 Karimun

Assalamualaikum.....dan bersambung kita lagi dengan hari ke 2 di Karimun Island.....yang merupakan matlamat sebenar kunjungan kami ke sini....
Aturcara untuk kali ni sebenarnya hanya akan bermula jam 10 pagi waktu Malaysia...dan sarapan hanya akan disediakan selepas jam 8am...Masa yang ada adalah untuk persediaan murid murid dari segi solekan dan rehersal di ruang lobby hotel....

Saya seperti biasa akan bangun pagi di setiap masa.dan aktiviti rutin ialah cari tempat menarik untuk diabadikan dengan FujiXt20.....lepas Suboh....berjalan di lorong belakang hotel dan lalu depan kawasan nelayan ...jumpa satu brader ni....bawa Go Jek....dia sorang je ada....Ajak dia pergi tempat costal area tepi laut untuk sunrise......tak berapa jauh....upahnya Rs30.000...




Nama Pakcik ni Ajistapi dia available sampai jam 7.30 pagi je....kira ok lah tu...


Gambar bila air surut-Costal area

Perjalanan pagi...lengang


Lighthouse



Replika Bot tentera



Hotel berdekatan sini

Papan Iklan siapa nak buat majlis kahwin atau kematian huhu

laluan depan Hotel Paragon

Uncle ni siapkan meja Mah Jong...Malam ni penuhlah customer...

Ada Psichiatrist di sini

Kitar Semula -ada 5

Jetty Tanjung Balai


lemon

Angkut -kenderaan macam teksi

Sambil tunggu masuk kerja-main Chess

Ni pun ada di Karimun

Setia menunggu Customer-tiap tiap masa depan Hotel Paragon

Selesai sudah...baliklah ke Hotel....Cuaca tak berapa cantik...Mendung...Jadi takada sangat gambar sunrise....Mungkin esok nak pergi lagi pagi....tapi jalan saja.....taklah jauh sangat.....


Selepas sahaja sarapan.....Peserta Peserta Boria SK Malim dah siap disolek oleh Cikgu Cikgu..dan berkumpul kat bawah dan berlatih untuk persembahan sekejap lagi...


Dah siap berlatih...jam 9.50am kami pun bergerak menuju ke Sek Dasar 001 KARIMUN , Kabupaten, Karimun..


Hari ni saya pulak bertukar tempat dengan GB...duduk depan....tengok tingkap dia...unik sekali

Anak anak SD 001 dah siap beratur dengan Kompang....

Pemandangan depan sekolah...mengadap Laut

Semua orang excited.......Retis datang hehehe

Tak menang tangan salam dengan murid murid di sini...

Comel comel budak kat sini

Friendship

Selamat Datang

YDP, Tok Sidang dan yang lain semua pakai tshirt seragam Kuning

Pasukan Boria mengambil tempat

Juru acara Majlis dan Cikgu Pengiring Muzik serba boleh SD001

Semua ruang penuh dengan adik adik...tak nak lepaskan peluang

Persembahan pembukaan tarian melayu oleh adik adik yang manis -manis bangat

Semua tetamu VIP dijamu dengan Sireh- Jemput Makan


Penuh Dewan

VIP

Persembahan Silat adik Beradik---Confirm ayah mereka pendekar

Cute adik ni...

Deklamasi Sajak-Persembahan ke 3 dari SD 001

Menanti dengan penuh sabar

Dah bersedia untuk persembahan Ulung

Backdrop

Puteri Silat SD001

Pandai Bergaya adik adik cilik ni....

Cikgu Hasri mengiringi Adik-Adik SK Malim untuk persembahan Boria

Lagi Joget Melayu dari SD001

Semua dengan cameraphone masing masing

Peserta Boria SK Malim berpecah dua kanan dan kiri sebelum naik pentas

The show Begins

Persembahan yang Hebat

Penonton yang tak dapat tiket

Berhenti rehat-kami dihidangkan dengan Laksa Karimun yang tersedap pernah rasa-tak tipu....Cikgu di sini prepare laksa sejak 3am.

Laksa ni siap dibungkus untuk kami bawa pulang Hotel

Seterusnya Persembahan Dondang Sayang-Hebat Pasangan Duet ni

Penyampaian Sijil Penghargaan


Bergambar Kenang Kenangan 

YDP menerima Sijil Penghargaan


Atas Permintaan Cikgu Cikgu di sana untuk bergambar bersama adik adik Boria SK Malim


Kami dihidangkan sekali lagi dengan Masakan Padang untuk makan tengahari sementara..Guru Guru di sini dan SK Malim termasuk Sidang menghiburkan penonton.....Gambar dan Video boleh minta Tok Sidang hehe..

Selepas itu kami di bawa melawat Hasil Kerja Pelajar Pelajar SD001 menggunakan bahan terbuang dalam menghasilkan produk produk kreatif....




...

Dah sampai ke penghujungnya...ada yang tak nak balik...macam yang kat bawah ni

Wahai Tok Sidang...marilah balik

Kelas kelas yang disusun dan dihias dengan cantik





Lagi gambar kenang kenangan

Memang cute adik ni...semua orang ambil gambar dengan mereka...


On the way balik ke hotel..singgah sebentar di sini untuk snap gambar---Costal area....

Dah banyak sangat aktiviti kat sekolah pada hari ni....aktiviti aktiviti seterusnya untuk hari ni saya sambung pada entry lain ya.....
Alhamdulillah......