Thursday, 5 November 2026

SRI LANKA - HOW DID WE END UP HERE?

Overlooking Little Adam's peak
Kami baru pulang dari trip Sri Lanka 27/10/26 - 1/11/26.This was actually our first oversea trip together,tanpa anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

How it started

Of all the places we thought we'd visit,Sri Lanka wasn't one of them.Tapi,nak dijadikan cerita,ada seorang sahabat yang dah bertugas di Sri Lanka selama 3 tahun mengajak kami ke sana.Disebabkan tempoh tugasan beliau di Sri Lanka hampir tamat hujung tahun ni (insya Allah)...kami pikir ada baiknya kami gunakan kesempatan untuk visit beliau & family kat sana.

Ravana waterfalls

Jadi,ni lah step-by-step preparation untuk merealisasikan trip ke Sri Lanka..

       A) Book flight

Kami book AA return dengan harga yang reasonable mengambil kira situasi semasa (konflik Timur Tengah..lonjakan harga minyak mentah which indirectly affects harga flight tickets & kos operasi airlines).Kami travelled light,as usual..hanya dengan cabin baggages dan extra 1 handcarry.Kami tak beli checked-in luggage.

       B) Sri Lanka ada apa?

So,nak tengok apa sebenarnya..jom decide.

👉Naik train retro...open air coach,bergayut tepi pintu
👉Hilly areas ..sejuk,ada ladang-ladang teh.Ceylon tea memang famous

Pedro Tea Plantation

👉Hiking di Adam's Peak,Little Adam's Peak,Ella Rock atau Horton's Plain
👉Bangunan bersejarah..Sri Lanka pernah dijajah oleh Portugis,Belanda & British.Warisan penjajah masih ada.
👉Pantai-pantai cantik..kampung nelayan,'stilt fishing' yang unik,nak snorkelling atau surfing..makan seafood..atau blue whale watching (kawasan perairan Sri Lanka merupakan laluan migrasi paus biru) 
👉Wildlife & safaries
👉Tempat-tempat keagamaan - kuil Buddha (70% penduduk beragama Buddha) dan kuil Hindu,gereja serta masjid yang cantik.

Jami Ul-Alfar Mosque (Red Mosque)

       C) Draft itinerary

Tak ramai orang perseorangan (Malaysian- especially Melayu) yang travel ke Sri Lanka.Muslim-friendly travel agent pun tak banyak yang organize tour ke sana...ada tapi boleh dibilang dengan jari.
Hanya segelintir yang share kat social media.Jadi,referrance agak terhad.


Kami tak minat sangat itinerary yang terlalu touristy..
Mat & Minah Salleh pulak..ramai yang backpacking ke Sri Lanka,tapi style diorang stay berminggu-minggu or berbulan-bulan.Ni..lagilah tak sesuwaiii..

Sri Lanka ni saiznya half Semenanjung Msia je.Our routes yg warna biru

Setelah revise itinerary berkali-kali,akhirnya kami decide untuk road trip ke 3 bandar je (sesuai dengan tempoh cuti staff gomen..ha ha).

i) Colombo - 2 nights (first & last day)
ii) Nuwara Eliya - 2 nights
iii) Ella - 1 night

Our confession..sebenarnya kami takde itinerary yang concrete (unlike other overseas trips)..mostly,go with the flow je.Tapi,nanti kami akan share where we went and what we actually did.

Chicken Kottu Rice 
       D) Book hotel

Kami book hotel melalui Trip.com

Malam pertama,kami tumpang bermalam di kediaman sahabat di Colombo.Kami sampai pada jam 9.40 malam.

i)   Yara Hotel,Nuwara Eliya  with breakfast- 2 malam.Hotel di tengah-tengah bandar Nuwara Eliya
ii)  Bridge Front Inn,Ella with breakfast - 1 malam.Rumah 2 tingkat in the middle of jungle

Breakfast with nature view🌴🌳🌴🌳


iii) Morven Hotel,Colombo with breakfast - 1 malam.Hotel di tengah-tengah bandar Colombo

       E) Book Train

Kami naik train untuk fraction of route je...dari Stesen Nanu Oya di Nuwara Eliya ke Stesen Ella.One of scenic,beautiful routes.Journey ambik masa 2 jam 30 minit lebih kurang..cukuplah untuk experience.


Kami book 2nd class reserved seats dengan harga  3570 LKR (RM42.50) untuk 2 orang.Murahhh..
3rd class no seatings untuk yang adventurous sebab pintu terbukak..1st class ada aircond & tingkap tak boleh bukak,takde feel pulak.

Unleashing your inner child

Kami book melalui official website,Kalau pakai 3rd party macam Booking.com harga boleh cecah RM118/pax.Banyak beza harga,kan?

       F) Book car with driver

Kami book private car plus driver untuk road trip Colombo ➤ Nuwara Eliya ➤ Ella ➤ back to Colombo.Semasa kami naik train dari Nuwara Eliya ke Ella,driver akan bergerak dengan beg-beg pakaian kami ke Ella.Jadi,kami naik train bawak backpack je...nanti driver akan pick up kat train station Ella.

Highway

Nama company kereta Drivers in Sri Lanka.Ada email address & contact number kat website dia.In our case,company ni ikut itinerary kami.The company usually offers its own itinerary,if you're not sure where to go and what to do.Pas tu adjustlah mana yang nak gi,mana yang tak nak.

Kereta Honda Fit Shuttle - kereta jenis compact station wagon ..macam Honda Jazz/Fit but extended kat bahagian belakang...okla spacious leg room,sesuai untuk perjalanan jauh.

Toyota Fit Shuttle - ngamlah untuk 2 passengers

Bayaran private car,samada
i) cash in LKR or USD 
ii) card - ada extra 4% bank + government charges  
iii) Wise to company bank account
Kami bayar cara i) & iii)

       G) Simcard / E-sim

Seperti biasa,kami roaming je.Tapi car company tu ada bagi complimentary 1 local sim card with free data (10GB)

       H) Sri Lankan Rupees (LKR)

Tak perlu tukar ke matawang LKR kat Malaysia sebab kadar tukaran sangat rendah...dan beberapa money exchanger takde wang LKR langsung.
Withdraw cash LKR di Sri Lanka itself...melalui ATM machine Commercial Bank,BOC atau HNB.

BOC (Bank of Ceylon) ATM machine,Nuwara Eliya

Kalau guna Wise,the first 2 withdrawals (in that month) are free as long as cumulative amount doesn't exceed RM1000.Kalau guna kad ATM (Maybank contohnya),caj pengeluaran adalah RM12 setiap kali,regardless jumlah yang dikeluarkan.Untuk kedua-dua kad Wise dan kad ATM,caj local ATM adalah sama.

Colourful notes

Info

RM 10 = 840 LKR (Sri Lankan Rupees)

General💡- kalau duit rupees tu beratus-ratus,means nilainya setara dengan single digit to belas-belas RM.(999 LKR = RM12).Kalau ribu-ribu rupees = puluh-puluh ringgit kita

        I) PickMe app

Ni aplikasi macam Uber atau Grab ride.Kami book private car untuk road trip ke Nuwara Eliya & Ella - 4 hari.PickMe ni untuk book transport  masa last one and half days kat Colombo.Kitorang navigated with tuktuk je  sebab 2 orang & senang nak bergerak dalam city especially masa traffic jam.

PickMe app

App ni user friendly.In case nampak banyak tuktuk around & tak nak guna app sbb tak nak tunggu lama..kita boleh refer estimated harga kat app.Pastu approach tuktuk driver & mintak dia hantar dengan harga PickMe app.Most drivers akan agree..lagipon PickMe app ni ada caj  tambahan untuk tax .

       J) E-visa

Bermula 25 Mei,2026,visa pelancong Sri Lanka adalah FREE untuk pemegang pasport Malaysia.Apa-apa pun,ETA masih kena apply sebelum berlepas.

Cuma make sure,apply kat ETA official website...kalau tersilap klik kat link 3rd party,caj yang dikenakan boleh sampai 112 USD!Kami nyaris terbabas🤯

       K) E-konsular

Lastly,jangan lupa register di website /app E-konsular.Manalah tau..kalau jadi apa-apa di luar negara,Malaysian embassy kat negara yang kita lawati boleh trace...situasi dunia pun tak menentu sekarang.Kami pun baru register sejak trip ke Guangzhou June lalu.

Yes,we went to The Embassy
We were delighted to have His Excellency Badli Hisham grace us with his presence.Alhamdulillah.💐

Kami ke Sri Lanka tanpa apa-apa expectation...kami cuma nak enjoy moments together.Plot twist of the year - it turned into the most enjoyable and fun trip ever!

Ambewela Farm,Nuwara Eliya
No Regrets 

Was Sri Lanka on our bucket list?Nope. 
Were we glad we came?Absolutely! 🤩🤩
Sometimes the best travel decisions are the ones you never planned.

Tunggu cerita selanjutnya,hokay?

Friday, 9 October 2026

DON'T GATEKEEP TEMERLOH!

Taman Tasik Temerloh

Alhamdulillah,kami terima jemputan dari sahabat kami ke majlis perkahwinan anak lelaki beliau di Temerloh pada 1 Ogos,2026.Kami belum pernah singgah apatah lagi bermalam di Temerloh.Maybe,lalu ada lah..

Kami bertolak ke Temerloh sehari lebih awal..plan nak explore bandar Temerloh sebelum ke wedding keesokan harinya.First stop,semestinya..makan ikan patin.

Kancil Raja Patin (KRP)

Lokasinya kat Bukit Desa Semantan,kedai corner lot...senang nak cari..parking pun banyak.Lokasi lama KRP terletak kat tepi Sungai Pahang..

Promosi set ni hanya untuk riders motor,kalau datang dengan kereta harga lain
Konsep self service
Patin pais & gulai patin tempoyak..sedappp

Memang lain rasa patin kat Temerloh ni..katanya sebelum ditangkap dan dihantar ke restoren,ikan-ikan ni akan 'dipuasakan' selama 2-3 minggu dulu..

Masih teringat-ingat

Hotel Green Park

Selesai makan kami check in ke Hotel Green Park,Temerloh.Hotel ni dah lama..Ada 2 block bangunan,satu block tanpa lift (4 tingkat-ada tangga je) dan 1 lagi ada kemudahan lift.

Kami book melalui official website Green Park Hotel.Sebab kalau book via 3rd party (macam Booking or Agoda),tak nampak option untuk block berlift atau block dengan tangga.

Tempat parking pun ada banyak

Bilik dengan basic facilities,okla 1 malam je

Cendol Talib

Petangnya kami keluar untuk cari minuman petang,jumpa lah kedai cendol legend kat Temerloh.

Ada banyak cawangan kami jumpa


Rasanya ok-ok aje

Go Bang Maju Tol

Kami sebenarnya mencari frozen pais patin (ready to eat) untuk dibawak balik ke Melaka.Kami biasa beli kat Restoren Mabiq di Kuantan.

Kami jumpa 2 option je 

1) Ikan Patin Tempoyak Frozen by Kak Nab,Kg Nuar - 23 km dari hotel..jauh pulak.

2) Laziz Mart di R&R Temerloh,laluan keluar ke Lebuhraya Pantai Timur.Kami tak lalu sini untuk balik ke Melaka

So,kami try jenguk kat Go Bang Maju Tol,kot-kot ada jual frozen pais patin

Menyelerakan,tapi kami masih kenyang

Misi tak berjaya 😒

Kopi Empat Petang

Ada sahabat yang baru sampai kat Temerloh...so,kami gi jumpa diorang yang tengah mengopi kat kedai Kopi Empat Petang.Kedai ni agak tersorok..kat Jalan Ahmad Shah,belakang Maybank / Family Mart.

Tak tau la kenapa namanya 4 petang.Kedai ni beroperasi dari 9 pagi sampai 7 malam.

Catching up with friends!

Taman Tasik Temerloh

Kemudian another member update kat WhatsApp group..dia dah sampai Temerloh & tengah berjogging kat Taman Tasik Temerloh.Kami pegi pulak ke sana..saja lah nak jumpa.Esok masa wedding..takut tak sempat nak sembang lama-lama.

Best jugak taman ni

Lepak Lorong (Pasar Anak Muda)

Kemudian kami pegi ke Lepak Lorong..kot-kot ada makanan yang boleh di tapau untuk makan kat hotel.Dekat je dari Kopi Empat Petang dan Taman Tasik Temerloh.


Sesuai namanya,memang penjual dan pengunjung mostly anak muda.


Kebanyakan yang dijual tu..makanan-makanan yang digemari oleh anak muda.Dessert and drinks yang sugar loaded..food dengan cheese meleleh dan deep fried stuff.Emm..takde yang kena dengan cita rasa pakcik makcik nih..it's okay.

Penjual-penjual dengan tema klasik..ala2 zaman 1950an & 60an..vibes sangat

Walau bagaimana pun,congrats atas usaha menggalakkan anak-anak muda berniaga.Keep it up!

Anakdol Pizza

Katanya best local pizza di Temerloh.

Kedai agak suram..tapi pelanggan boleh tahan


Pizza dibakar guna kayu arang.

Dalam kedai agak stuffy (maybe sebab lampu malap)..kami makan kat luar kedai,dekat dengan tasik..

Okla rasa pizza..tapi takde saiz kecik,tak abis pulak..so,kami tapau

Keesokan hari...wedding day!

Lempeng Bangau Tanjung

Paginya,kami breakfast kat kedai legend di Kampung Bangau..nama kedai Lempeng Bangau Tanjung.

Dah ramai orang walaupun masih awal pagi

Speciality diorang semestinya lempeng..

Ada macam-macam variasi lempeng

Selain lempeng,ada jugak nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang dan sebagainya.Kuih-muih tradisional pun ada..

Sedappp

Kat luar kedai ada stall jual akok kedut..kami beli sikit.

Usai breakfast,kami drive sekitar Kg Bangau..banyak betul kedai-kedai makan yang menjual patin.Kami pasti masakan kat kedai-kadai ni lagi sedap dari kedai-kedai yang viral tu.

Kebanyakan kedai ada sangkar-sangkar di mana ikan-ikan patin dipelihara. 

Kat belakang tu sangkar-sangkar ikan patin

Kedai-kedai kampung masih belum buka sebab masih pagi.

Patin Bangau Ori

Kami jumpa kedai Patin Bangau Ori di Jalan Ibrahim..orang kedai setuju masakkan kami pais patin fresh pagi tu.Nanti lepas wedding,kami akan pick up..diorang akan freeze kan lauk tu supaya kami dapat bawak balik.Alhamdulillah..

The Wedding

Alhamdulillah..pada usia ini,wedding anak-anak sahabat merupakan venue untuk kami berkumpul..sort of 'mini' reunion (sebab tak semuanya dapat hadir).Nak suruh organize reunion event..haa,masing-masing takde energy dan kerajinan nak menguruskan.😅

27 Sept 2026 - sahabat kesayangan kami telah kembali ke negeri abadi..

Ya Allah,ampunkan segala dosa sahabat kami ini,luaskan kuburnya,terangkan liang lahadnya dan tempatkan rohnya bersama para Syuhada' dan Solehin.
Kami redha melepaskanmu,walaupun hati ini sangat berat..

Walaupon rupa bentuk dah berbeza..hati tetap sama & ukhwah dipertahankan

Terima kasih tuan rumah atas jemputan ini

Pengalaman kami berada di Temerloh sangat seronok sebenarnya..tempoh sehari semalam tak cukup untuk explore bandar ni.

Walaupun bandar Temerloh ni nampak agak laid back..tapi banyak je tempat-tempat makan dan aktiviti yang boleh dibuat.

Semoga #triplakibini di Temerloh tak terhenti di sini.Insya Allah kami akan kembali jika diizikanNya😊