Friday, 8 May 2026

36 JAM DI KOTA BHARU - BUAT APA JE?

Pantai Senok

Alhamdulillah,pada minggu pertama May,kami terbang ke Kota Bharu for a very short trip.Misi utama lawatan kali ini sebenarnya sama macam trip kami ke KB last year...nak visit saudara yang diuji dengan masalah kesihatan yang serius.

Awalnya,plan nak book tiket masa cuti Labour Day,Jumaat- Ahad.Tapi,return flight ke KB untuk weekend panjang tu dah mencecah RM600 lebih!So,kami book Ahad 3rd May & balik ke KL keesokan harinya...dapatlah RM200 plus,mahal sikit dari biasa..tapi acceptable.

Trip #lakibini kali ni ditemani oleh adik perempuan kami..ada cameo!😼

Entry kali ni kami share tempat-tempat yang kami pergi dalam tempoh 36 jam tu (fly ke KB pukul 7.30 pagi & balik KL 7.30 malam esoknya).Ziarah kasih tu,kami reserve bagi menghormati privacy family.

DAY 1

Arrival...breakfast di Lieney Nasi Kerabu,Kampung Baung

Last year,kami try nasi kerabu kat Wisma Lieney,berdekatan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu.Kali ni cuba yang kat Kg Baung..2.5 km dari airport je.

Disebabkan portion dia besar,kami order 1 nasi kerabu daging bakar dan 1 nasi dagang ikan aye (tongkol)...share 3 orang.


Sampai sekarang masih terkenang-kenang.Yummy😋

Pak Weil Akok Salor

Haa..ni wishlist yang tak kesampaian masa last trip.Masa tu,,kedai ni tutup untuk renovation,so sebagai alternatif kami ke Akok Padang Enggang.

Akok Salor ni memang lejen lah..akok dia lebih lemak dan kurang manis kalau dibandingkan dengan akok yang lain.Patutlah,orang sanggup beratur panjang.

Setengah jam gak beratur...kebanyakan order 50 bijik ke atas

Tengok je dah tau sedap..

Finally...

Berhasil!

Selepas visit saudara di Hospital KPJ,kami check in di penginapan di Apartment D'Perdana Sri Cemerlang.Last trip,kami menyewa di apartment ni jugak (tapi unit yang lain).

Kami decide untuk skip lunch sebab terlalu kenyang breakfast dan makan akok tadi. 

Petangnya kami ke Hospital USM pulak.

First time jejakkan kaki ke HUSM

Kedua pesakit (di HUSM & Hosp KPJ) adalah adik-beradik...semoga Allah limpahkan pahala kepada ibubapa mereka atas kesabaran dan keredhaan menghadapi ujian ini.Aminn ya Rabbal Alamin.

Pantai Senok (a.k.a Nami Island)

Ni kali kedua kami ke sana..banyak dah kemudahan kat pantai ni,dah ada public toilet dan surau yang baru.Kebersihan boleh dikatakan baik jugak.


Percubaan recreating pose di Nami Island,Korea😄

Dinner di Mok Lah Ikang Bakar

Berniaga sambil bersedekah..

Kedai ni kat Pantai Senok..tak viral di kalangan pelancong.Tapi cukup famous di kalangan locals.

Pengalaman yang mengujakan..


Appetizer..sedapppp

Sedap dooh ......Seafood nya fresh....

dan yang best..sebab free lah!Nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Terima kasih belanja..

DAY 2

Breakfast di Ayang Cafe


Pertama kali kami try makan kat sini.Konsep lebih kurang macam Kopitiam Kita,tapi milik orang Melayu.

Serba serbi pink dalam ni..staff dia baik lelaki atau perempuan,semua pakai baju pink!


Roti bakar + gulai daging = perfect combo

Nasi dagang ikan aye & telur rebus sebiji = RM5

Akok Khadijah

Stall ni kat luar Ayang Cafe.Tetaplah nak try jugak..yang ni akok pandan.RM5 untuk 6 bijik.

Akok pandan

Beli jangan tak beli

Pasar Siti Khadijah

Eh,mana boleh skip ni..wajib datang walau berapa kali turun KB pon.

Turun kat section kuih-muih di ground floor...rambang mata....macam-macam pilihan...sayang perut dah kenyang breakfast kat Ayang Cafe.

Selesai shopping..

Lepas tu kami balik ke penginapan untuk repacking barang-barang.As expected..memang bertambah kilo!!Lepas tu kami check out..

Masjid Kg Laut

Ni adik yang request nak datang sini...selalu lalu FYP dia kot.

Actually,kami berdua ingatkan Masjid Kg Laut ni sama dengan masjid yang kami pernah visit 2 tahun lepas..so,kami setuju je dengan plan tu.

2024- Masjid Ar Rahman (Masjid Pulau Cabang)

Rupa-rupanya Masjid Kg Laut ni kat Tumpat...dalam 10-15 km dari Kota Bharu,pemanduan dalam 30-40 minit (campur sesat sikit..ha ha).


Masjid tertua di Malaysia..dah 400 tahun,dibina tanpa sebarang paku

Pernah dipindahkan ke Nilam Puri sewaktu banjir besar pada tahun 1967
Dipulangkan ke lokasi asal pada tahun 2022
Listed under UNESCO

Laman Serunding Kg Laut

Bersebelahan masjid,jumpa tempat ni pulak..blessing in disguise lah.


Kalau kat Pasar Siti Khadijah,memang kebanyakan serunding yang dijual adalah produk Kg Laut.Sekali rezeki sampai ke kilang serunding..siapa sangka?

Tempat pembuatan bersih & modern

Belilah sebungkus ..sebab beg dah sempit kan?

Lepas tu,kami gerak semula ke Kota Bharu..seterusnya menuju ke airport untuk pulangkan kereta sewa.

Late lunch di Eddlee Fried Chicken (EFC)

On the way ke airport,kami singgah makan kat sini.Sebenarnya,kami plan nak gi lunch kat Kak Yah Ayam Percik..tapi kedainya tutup.


Selepas makan dan pulangkan kereta..kami terbang ke KLIA 2.

Walaupon rasa macam tak puas (sebab masa singkat)..mission accomplished.Syukur alhamdulillah.