Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, 9 October 2026

DON'T GATEKEEP TEMERLOH!

Taman Tasik Temerloh

Alhamdulillah,kami terima jemputan dari sahabat kami ke majlis perkahwinan anak lelaki beliau di Temerloh pada 1 Ogos,2026.Kami belum pernah singgah apatah lagi bermalam di Temerloh.Maybe,lalu ada lah..

Kami bertolak ke Temerloh sehari lebih awal..plan nak explore bandar Temerloh sebelum ke wedding keesokan harinya.First stop,semestinya..makan ikan patin.

Kancil Raja Patin (KRP)

Lokasinya kat Bukit Desa Semantan,kedai corner lot...senang nak cari..parking pun banyak.Lokasi lama KRP terletak kat tepi Sungai Pahang..

Promosi set ni hanya untuk riders motor,kalau datang dengan kereta harga lain
Konsep self service
Patin pais & gulai patin tempoyak..sedappp

Memang lain rasa patin kat Temerloh ni..katanya sebelum ditangkap dan dihantar ke restoren,ikan-ikan ni akan 'dipuasakan' selama 2-3 minggu dulu..

Masih teringat-ingat

Hotel Green Park

Selesai makan kami check in ke Hotel Green Park,Temerloh.Hotel ni dah lama..Ada 2 block bangunan,satu block tanpa lift (4 tingkat-ada tangga je) dan 1 lagi ada kemudahan lift.

Kami book melalui official website Green Park Hotel.Sebab kalau book via 3rd party (macam Booking or Agoda),tak nampak option untuk block berlift atau block dengan tangga.

Tempat parking pun ada banyak

Bilik dengan basic facilities,okla 1 malam je

Cendol Talib

Petangnya kami keluar untuk cari minuman petang,jumpa lah kedai cendol legend kat Temerloh.

Ada banyak cawangan kami jumpa


Rasanya ok-ok aje

Go Bang Maju Tol

Kami sebenarnya mencari frozen pais patin (ready to eat) untuk dibawak balik ke Melaka.Kami biasa beli kat Restoren Mabiq di Kuantan.

Kami jumpa 2 option je 

1) Ikan Patin Tempoyak Frozen by Kak Nab,Kg Nuar - 23 km dari hotel..jauh pulak.

2) Laziz Mart di R&R Temerloh,laluan keluar ke Lebuhraya Pantai Timur.Kami tak lalu sini untuk balik ke Melaka

So,kami try jenguk kat Go Bang Maju Tol,kot-kot ada jual frozen pais patin

Menyelerakan,tapi kami masih kenyang

Misi tak berjaya 😒

Kopi Empat Petang

Ada sahabat yang baru sampai kat Temerloh...so,kami gi jumpa diorang yang tengah mengopi kat kedai Kopi Empat Petang.Kedai ni agak tersorok..kat Jalan Ahmad Shah,belakang Maybank / Family Mart.

Tak tau la kenapa namanya 4 petang.Kedai ni beroperasi dari 9 pagi sampai 7 malam.

Catching up with friends!

Taman Tasik Temerloh

Kemudian another member update kat WhatsApp group..dia dah sampai Temerloh & tengah berjogging kat Taman Tasik Temerloh.Kami pegi pulak ke sana..saja lah nak jumpa.Esok masa wedding..takut tak sempat nak sembang lama-lama.

Best jugak taman ni

Lepak Lorong (Pasar Anak Muda)

Kemudian kami pegi ke Lepak Lorong..kot-kot ada makanan yang boleh di tapau untuk makan kat hotel.Dekat je dari Kopi Empat Petang dan Taman Tasik Temerloh.


Sesuai namanya,memang penjual dan pengunjung mostly anak muda.


Kebanyakan yang dijual tu..makanan-makanan yang digemari oleh anak muda.Dessert and drinks yang sugar loaded..food dengan cheese meleleh dan deep fried stuff.Emm..takde yang kena dengan cita rasa pakcik makcik nih..it's okay.

Penjual-penjual dengan tema klasik..ala2 zaman 1950an & 60an..vibes sangat

Walau bagaimana pun,congrats atas usaha menggalakkan anak-anak muda berniaga.Keep it up!

Anakdol Pizza

Katanya best local pizza di Temerloh.

Kedai agak suram..tapi pelanggan boleh tahan


Pizza dibakar guna kayu arang.

Dalam kedai agak stuffy (maybe sebab lampu malap)..kami makan kat luar kedai,dekat dengan tasik..

Okla rasa pizza..tapi takde saiz kecik,tak abis pulak..so,kami tapau

Keesokan hari...wedding day!

Lempeng Bangau Tanjung

Paginya,kami breakfast kat kedai legend di Kampung Bangau..nama kedai Lempeng Bangau Tanjung.

Dah ramai orang walaupun masih awal pagi

Speciality diorang semestinya lempeng..

Ada macam-macam variasi lempeng

Selain lempeng,ada jugak nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang dan sebagainya.Kuih-muih tradisional pun ada..

Sedappp

Kat luar kedai ada stall jual akok kedut..kami beli sikit.

Usai breakfast,kami drive sekitar Kg Bangau..banyak betul kedai-kedai makan yang menjual patin.Kami pasti masakan kat kedai-kadai ni lagi sedap dari kedai-kedai yang viral tu.

Kebanyakan kedai ada sangkar-sangkar di mana ikan-ikan patin dipelihara. 

Kat belakang tu sangkar-sangkar ikan patin

Kedai-kedai kampung masih belum buka sebab masih pagi.

Patin Bangau Ori

Kami jumpa kedai Patin Bangau Ori di Jalan Ibrahim..orang kedai setuju masakkan kami pais patin fresh pagi tu.Nanti lepas wedding,kami akan pick up..diorang akan freeze kan lauk tu supaya kami dapat bawak balik.Alhamdulillah..

The Wedding

Alhamdulillah..pada usia ini,wedding anak-anak sahabat merupakan venue untuk kami berkumpul..sort of 'mini' reunion (sebab tak semuanya dapat hadir).Nak suruh organize reunion event..haa,masing-masing takde energy dan kerajinan nak menguruskan.😅

27 Sept 2026 - sahabat kesayangan kami telah kembali ke negeri abadi..

Ya Allah,ampunkan segala dosa sahabat kami ini,luaskan kuburnya,terangkan liang lahadnya dan tempatkan rohnya bersama para Syuhada' dan Solehin.
Kami redha melepaskanmu,walaupun hati ini sangat berat..

Walaupon rupa bentuk dah berbeza..hati tetap sama & ukhwah dipertahankan

Terima kasih tuan rumah atas jemputan ini

Pengalaman kami berada di Temerloh sangat seronok sebenarnya..tempoh sehari semalam tak cukup untuk explore bandar ni.

Walaupun bandar Temerloh ni nampak agak laid back..tapi banyak je tempat-tempat makan dan aktiviti yang boleh dibuat.

Semoga #triplakibini di Temerloh tak terhenti di sini.Insya Allah kami akan kembali jika diizikanNya😊

Friday, 8 May 2026

36 JAM DI KOTA BHARU - BUAT APA JE?

Pantai Senok

Alhamdulillah,pada minggu pertama May,kami terbang ke Kota Bharu for a very short trip.Misi utama lawatan kali ini sebenarnya sama macam trip kami ke KB last year...nak visit saudara yang diuji dengan masalah kesihatan yang serius.

Awalnya,plan nak book tiket masa cuti Labour Day,Jumaat- Ahad.Tapi,return flight ke KB untuk weekend panjang tu dah mencecah RM600 lebih!So,kami book Ahad 3rd May & balik ke KL keesokan harinya...dapatlah RM200 plus,mahal sikit dari biasa..tapi acceptable.

Trip #lakibini kali ni ditemani oleh adik perempuan kami..ada cameo!😼

Entry kali ni kami share tempat-tempat yang kami pergi dalam tempoh 36 jam tu (fly ke KB pukul 7.30 pagi & balik KL 7.30 malam esoknya).Ziarah kasih tu,kami reserve bagi menghormati privacy family.

DAY 1

Arrival...breakfast di Lieney Nasi Kerabu,Kampung Baung

Last year,kami try nasi kerabu kat Wisma Lieney,berdekatan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu.Kali ni cuba yang kat Kg Baung..2.5 km dari airport je.

Disebabkan portion dia besar,kami order 1 nasi kerabu daging bakar dan 1 nasi dagang ikan aye (tongkol)...share 3 orang.


Sampai sekarang masih terkenang-kenang.Yummy😋

Pak Weil Akok Salor

Haa..ni wishlist yang tak kesampaian masa last trip.Masa tu,,kedai ni tutup untuk renovation,so sebagai alternatif kami ke Akok Padang Enggang.

Akok Salor ni memang lejen lah..akok dia lebih lemak dan kurang manis kalau dibandingkan dengan akok yang lain.Patutlah,orang sanggup beratur panjang.

Setengah jam gak beratur...kebanyakan order 50 bijik ke atas

Tengok je dah tau sedap..

Finally...

Berhasil!

Selepas visit saudara di Hospital KPJ,kami check in di penginapan di Apartment D'Perdana Sri Cemerlang.Last trip,kami menyewa di apartment ni jugak (tapi unit yang lain).

Kami decide untuk skip lunch sebab terlalu kenyang breakfast dan makan akok tadi. 

Petangnya kami ke Hospital USM pulak.

First time jejakkan kaki ke HUSM

Kedua pesakit (di HUSM & Hosp KPJ) adalah adik-beradik...semoga Allah limpahkan pahala kepada ibubapa mereka atas kesabaran dan keredhaan menghadapi ujian ini.Aminn ya Rabbal Alamin.

Pantai Senok (a.k.a Nami Island)

Ni kali kedua kami ke sana..banyak dah kemudahan kat pantai ni,dah ada public toilet dan surau yang baru.Kebersihan boleh dikatakan baik jugak.


Percubaan recreating pose di Nami Island,Korea😄

Dinner di Mok Lah Ikang Bakar

Berniaga sambil bersedekah..

Kedai ni kat Pantai Senok..tak viral di kalangan pelancong.Tapi cukup famous di kalangan locals.

Pengalaman yang mengujakan..


Appetizer..sedapppp

Sedap dooh ......Seafood nya fresh....

dan yang best..sebab free lah!Nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Terima kasih belanja..

DAY 2

Breakfast di Ayang Cafe


Pertama kali kami try makan kat sini.Konsep lebih kurang macam Kopitiam Kita,tapi milik orang Melayu.

Serba serbi pink dalam ni..staff dia baik lelaki atau perempuan,semua pakai baju pink!


Roti bakar + gulai daging = perfect combo

Nasi dagang ikan aye & telur rebus sebiji = RM5

Akok Khadijah

Stall ni kat luar Ayang Cafe.Tetaplah nak try jugak..yang ni akok pandan.RM5 untuk 6 bijik.

Akok pandan

Beli jangan tak beli

Pasar Siti Khadijah

Eh,mana boleh skip ni..wajib datang walau berapa kali turun KB pon.

Turun kat section kuih-muih di ground floor...rambang mata....macam-macam pilihan...sayang perut dah kenyang breakfast kat Ayang Cafe.

Selesai shopping..

Lepas tu kami balik ke penginapan untuk repacking barang-barang.As expected..memang bertambah kilo!!Lepas tu kami check out..

Masjid Kg Laut

Ni adik yang request nak datang sini...selalu lalu FYP dia kot.

Actually,kami berdua ingatkan Masjid Kg Laut ni sama dengan masjid yang kami pernah visit 2 tahun lepas..so,kami setuju je dengan plan tu.

2024- Masjid Ar Rahman (Masjid Pulau Cabang)

Rupa-rupanya Masjid Kg Laut ni kat Tumpat...dalam 10-15 km dari Kota Bharu,pemanduan dalam 30-40 minit (campur sesat sikit..ha ha).


Masjid tertua di Malaysia..dah 400 tahun,dibina tanpa sebarang paku

Pernah dipindahkan ke Nilam Puri sewaktu banjir besar pada tahun 1967
Dipulangkan ke lokasi asal pada tahun 2022
Listed under UNESCO

Laman Serunding Kg Laut

Bersebelahan masjid,jumpa tempat ni pulak..blessing in disguise lah.


Kalau kat Pasar Siti Khadijah,memang kebanyakan serunding yang dijual adalah produk Kg Laut.Sekali rezeki sampai ke kilang serunding..siapa sangka?

Tempat pembuatan bersih & modern

Belilah sebungkus ..sebab beg dah sempit kan?

Lepas tu,kami gerak semula ke Kota Bharu..seterusnya menuju ke airport untuk pulangkan kereta sewa.

Late lunch di Eddlee Fried Chicken (EFC)

On the way ke airport,kami singgah makan kat sini.Sebenarnya,kami plan nak gi lunch kat Kak Yah Ayam Percik..tapi kedainya tutup.


Selepas makan dan pulangkan kereta..kami terbang ke KLIA 2.

Walaupon rasa macam tak puas (sebab masa singkat)..mission accomplished.Syukur alhamdulillah.