Showing posts with label YOKOHAMA. Show all posts
Showing posts with label YOKOHAMA. Show all posts

Thursday, 15 January 2026

ITINERARI 7 HARI 6 MALAM - TOKYO & ROAD TRIP TO NEIGHBOURING CITIES

Jangankan Gunung Fujiyama 𝆕𝆔.. (Yama=GunungπŸ˜‰)
Iyashi-no Sato

Berjumpa kembali..untuk post penutup trip ke Jepun iaitu itinerary!YeayyπŸ•ΊπŸ’ƒ

Sebelum tu,let us clarify..walaupun 7 hari..trip sebenar cuma 5 full days je - sebab hari pertama kami sampai tengahari dan tiada aktiviti pada hari terakhir (departure day).

Seperti ramai orang,kami pun bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Jepun.Kami confident sebab ramai je Malaysian yang travel sendiri (without agent) ke negara ini.Thankfully,resources and references for visiting Japan are incredibly plentiful.

Pemilihan destinasi lawatan

As the first-timers,we had been considering - which cities in Japan would we like to explore first?Tokyo,Kyoto,Osaka,Mt Fuji,Nara,Hokkaido or Sapporo?These are most iconic destinations most Malaysian travellers would go.

Last-last,kami plan untuk visit Tokyo & Osaka.Tokyo dan Osaka..atau Tokyo je,atau Osaka je?πŸ€”

Selepas kaji selidik..heart-to-heart discussion dan 'bedah siasat' laki bini..kami putuskan Tokyo je lah.🀣🀣Plan 'neighbouring cities' tu muncul bila kami decide nak drive kat Jepun.

Kiranya overview trip Jepun 2025 kami adalah seperti ni

22nd-24th Nov - ⏩Arrival & Exploring Tokyo prefacture (city tour by public transport)

24th- 26th Nov - ⏩Road trip to  Mount Fuji & Gotemba (Shizuoka Prefacture)  

26th - 28th Nov - ⏩Road trip to Hakone & Yokohama (Kanagawa Prefacture) → Makuhari & Narita (Chiba Prefacture) ,then departure for Malaysia.

Prefacture adalah pembahagian pentadbiran wilayah di Jepun,lebih kurang negeri dalam konteks Malaysia.Maksudnya,kami dah explore 4 negeri lah..Emmm..not badπŸ‘!

Summary itinerari kami adalah seperti berikut (klik pada font merah untuk setiap entry)

Sebelum tu,baca intro dulu to get a glimpse of our trip.

Arrival & Day 1

Ketibaan di Narita Airport,naik train ke airbnb di Sumida City dan exploring neighbouring area pada waktu malam

Tokyo Skytree  adalah menara tinjau yang merupakan menara penyiaran yang tertinggi di Jepun..hanya beberapa langkah dari airbnb kami.

Tokyo Skytree

Sumida River - jalan-jalan di persisiran sungai,ramai yang berbasikal,main kasut roda,skate board ..dan berfoto-fotoan.Ada river cruise jugak.

Day 2 (Part 1) 

Healing kat Ueno Park,taman rekreasi awam dengan beberapa muzium dan taman bunga yang cantik.Ada zoo juga..

Explore Harajuku yang happening  (Takashita Street & Omotesando Avenue)

Takashita Street

Day 2 (Part 2)

Lunch & berhuru-hara kat Shibuya Crossing (lintasan pejalan kaki paling busy di dunia).



Night walk to Asakusa - Shenso-ji Temple (Tokyo oldest temple and a major Buddhist centre,famous for its Kaminarimon Gate.

Get a feel for old-school Tokyo at one of Japan's oldest shopping streets,Namikase Street- which dates back to 17th century.

Day 3

Road trip to Gotemba  bermula.

Penyaksian Mount Fuji dari Yamanakako.


Yamanakako

Feast on authentic Indian food at Gotemba India restaurant 

Window shopping di Gotemba Premium Outlet (GPO)..macam JPO tapi much bigger.

Gotemba Premium Outlet (GPO)

Check in ke Fujizakura Airbnb,Gotemba.

Day 4

Melawat Chureito Pagoda (5 storied pagoda on the mountainside overlooking Fujiyoshida and Mount Fuji)

Chureito Pagoda

Quiet moment near Lake Kawaguchi.Solat at Masjid Kawaguchiko

Admiring beautiful gardens at Oike Park and Oishi Park

Oishi Park

Donning kimono at Iyashi-no-Sato (reconstructed traditional Japanese village).

Day 5

Stop by Hakone Owakudani Ropeway.

Enjoying stunning views of smoking Owakudani Valley,serene Lake Ashinoko and Majestic Moint Fuji You might want to hop aboard on Hakone Railway gondola (which we didn't do).

Singgah di Mirato Mirai,Yokohama which means harbor of the future.

Shopping at AEON & Mitsui Outlet Makuhari

Checking into Hotel Nikko Narita

Last Day (Part 1)

Walking through Edo-Era Japan at Little Edo of Sawara and Naritasan Temple.

Little Edo of Sawara

Naritasan Temple

Last Day (Part 2)

Strolling down the traditional and historical street of Naritasan Omotesando

Last kopek shopping at AEON Narita.πŸ’ΈπŸ’Έ

28th Nov- Babai Jepun.✋✋

Oh ya..ada special post pasal Driving di Jepun

Accomodation

1st 2 nights at airbnb at Sumida City
2 bedrooms - 1 queen bed & 2 single tatami matresses
Separate toilet and shower (ada bath tub jugak) rooms
Kitchen with utensils,cooking stove,fridge,microwave,washing machine and dryer

Pro

Dekat dengan Honjo Azumabashi Station 150 meter & bus stop.Dari Honjo Azumabashi Station,ada train terus ke Haneda and Narita Airport.
Dekat dengan Tokyo Skytree (500 meter) & Asakusa.
Banyak convenient stores around airbnb.

Cons

It's a 3 stories apartment (airbnb ni kat 2nd floor).Takde lift,tapi tangga taklah tinggi sangat.

𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇

The next 2 nights at Airbnb Fujizakura di Gotemba

1 bedroom.The living area can be converted into 2nd sleeping area,separated by a curtain
2 single beds & 2 single tatami matresses
Separate toilet and shower (ada bath tub) rooms
Kitchen with utensils,cooking stove,fridge,microwave &washing machine 

Pros

Boleh nampak view Mount Fuji dari balkoni (kalau kena weather & season)- ni BONUS
Free parking for compact car 
Ada manual heater (sebab Gotemba malam-malam sangat sejuk)
Quiet neighbourhood

Cons

Airbnb kat tingkat atas,tangga besi kat luar (can be slippery)

Luar AirBnb
Toilet takde bidet (suprisingly)
Tak boleh on banyak electrical items serentak,nanti electric tripping.

𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇𑽇

Last 2 nights at Hotel Nikko Narita

Kami book Japanese style family room
Studio room with 4 tatami matresses,1 Japanese table with 4 chairs
1 shared bathroom
Fridge & kettle provided

Pro

Dekat dengan Narita airport 2.3 km,ada free shuttle bus ke airport.6 km dari Narita city
Ada 24 hour Lawson kat ground floor
Ada water & ice cubes dispenser kat setiap tingkat
Ada 4 pyjamas 😍

Cons

Takde cooking facility
Parking kereta berbayar 500¥ per dayπŸ˜’

Total expenses revealed...

Alhamdulillah tripTokyo → Gotemba → Hakone → Yokohama → Makuhari → Narita berjayaπŸ‘πŸ‘
Total expenses for flight,accomodation,train,car rental,petrol,toll and parking...πŸ₯πŸ₯πŸ₯RM13k for 4 pax!
Shopping & makan excluded..

Trip hacks?πŸ’‘

Trip ni memang jimat sebab kita customise with our needs and kemampuan poket.Affordable trip sebab

i) most of our activities are free or minimal fee.We didn't go to Disneyland or DisneySea (7900-10900¥ per adult iaitu RM203-RM280 per adult) atau lain-lain aktiviti yang mahal.

ii) we ate out once daily masa lunch.Breakfast and dinner with food yang bawak dari Malaysia.Snacking from convenient stores like lawson or 7E.

Onagiri dari Lawson

Kos makan di restoren halal lebih kurang 1000-1600¥ (RM40-RM60) untuk 1 portion.Ni untuk makan berat seperti nasi,udon atau ramen.Kalau wagyu atau yakiniku (grilled meat) boleh cecah sampai ratusan ringgit..


Mahal,jadi tak boleh lah nak makan pagi petang siang malam kat luar..hu hu

iii) kami tak shopping high end products kat sana (maybe sikitttt🀫)

Tapi nak pukul rata ni trip jimat cermat sangat..pun tak jugak sebab

i- kami guna public transport untuk first 2 days in Tokyo,the rest 4 days kami sewa kereta.

Road trip to Yokohama city

ii- kami tak ikut toll-free route untuk menjimatkan kos ETC (toll) sebab nak kejar masa (banyak beza distance and hours of driving)

iii- kami parking kat parking berbayar jugak.Bila tak de pilihan,memang terpaksa parking kat tempat berbayar..dah memang cam tu kos parking kat sana.Cuma,maybe kos parking di luar Tokyo tidak semahal kat city.

Travelling makes you more patriotic πŸ’ŒπŸ’Œ

Bila kita travel,kita nampak apa negara lain buat lebih baik..kadang-kala bila balik,baru rasa "Oh,benda ni sebenarnya bagus kat negara kita".

Tak pun..kadang-kadang baru kita sedar,negara kita sebenarnya tak seteruk yang kita sangka

Sayang pada negara tanpa menafikan kelemahan.Kritik dengan niat membaiki,bukannya membenci.
Malaysia bukanlah most developed..most canggih.But,we think most convenient..at least for us!

Travel yang reflektif boleh menumbuhkan cinta pada negara yang mendalam.

Semoga kita semua mengambil ibrah dalam setiap permusafiran di bumi ini.Insya Allah.

Sharing captured beautiful travel moments in Japan..πŸŽŽπŸ―πŸ—Ύ


















Tuesday, 30 December 2025

JAPAN DAY 5 - ROAD TRIP TO YOKOHAMA , MAKUHARI & NARITA

Osanbashi Piers,Minato Mirai,Yokohama

View sekitar airbnb di Gotemba

Airbnb Fujizakura

Alhamdulillah,hari ni kami akan check out dari airbnb di Gotemba ..dan teruskan perjalanan ke Narita.Kami akan pulang ke Malaysia melalui Narita Airport.

Usai solat subuh,seperti biasa abah akan explore neighbourhood sekitar airbnb

Dari balcony airbnb

Nearby playground


Selepas breakfast & check out,sempat kami snap gambar untuk kenang-kenangan,ya lah bukan selalu dapat stay kat airbnb dengan view Mount Fuji cam ni.

View dari balkoni airbnb

Kat playground

Hakone Owakudani

Kami stop kejap kat sini.Hakone Owakudani adalah sebuah lembah volcano aktif yang unik.

Parking area

Parking 500¥ per entry.

Boleh nampak pancuran stim belerang..berasap-asap kat belakang tu.Cantik betul dalam gambar..tapi realitinya,bau sulfur tu memang tak enak!

Dari sini boleh view Mount Fuji jugak..nasib baik cuaca menyebelahi kami.

Sini ada cable car jugak..sambil layan view Mount Fuji,boleh experience cable ride merentasi kawah-kawah yang terbentuk oleh letusan Gunung Hakone 3000 tahun dulu..

Sayup-sayup nampak cable car

Ada kedai yang menjual kuro-tamago (telur hitam) iaitu telur ayam direbus dalam sulphurous hot springs..turning their shells black due to chemical reaction with iron.

Replika Kuro-tamago

Rasa macam telur rebus biasa je

Menurut kepercayaan orang Jepun,sebiji telur yang dimakan akan  add 7 years to your life.

Sekali lagi malang tak berbau...kaki anak kami terseliuh pulak kat sini.Bermula dengan kaki mama cramp kat Asakusa,anak bongsu terpelecok kat airbnb Gotemba..sekarang kakaknya pulak!Ujian betulπŸ˜”

Nasib baik our pilot (abah) spared dari sebarang kecederaan dan dilindungi sepanjang trip ni.

Minato Mirai,Yokohama

Dari Hakone Owakudani kami sambung perjalanan ke Yokohama,bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo.Ia juga merupakan bandar pelabuhan utama dan pintu masuk maritim utama ke Teluk Tokyo.

Kami decide untuk stop kat Minato Mirai iaitu waterfront district town yang famous di Yokohama.



Ada ferris wheel kat tengah-tengah city

Budak sekolah Jepun ada template beg sekolah & botol air kot?Semua seragam je

Yokohama Marine & Walk 

Selepas parking kereta,kami jalan-jalan kat Yokohama Marine & Walk iaitu kompleks belah-belah terbuka (open airmall)..ada banyak cafe,restoren dan butik-butik pakaian.Lebih kurang macam kat Port Dickson Waterfront lah..


 Osanbashi Pier

Ni jeti tempat kapal persiaran international berlabuh.Jeti ni sepanjang 400 meter..very walkable.

View dari sini sangat cantik..






Dari Osanbashi Pier,kami nak gi ke World Potters (shopping mall) ..untuk ke sana kena guna Shinko Circle Walk.

Menuju ke jejantas bulatan

Shinko Circle Walk

Gambar dari Google,rupa bentuk Shinko Circle Walk secara full

Ia adalah jejantas / laluan pejalan kaki yang berbentuk bulat.

Dari atas ni,boleh nampak pelabuhan Yokohama dan kapal-kapal dan view bandar Minato Mirai dengan bangunan-bangunan modern termasuklah shopping malls (including World Potters).

Gambar-gambar shot dari jejantas..

Yokohama Marine & Walk kat belakang tu

View Minato Mirai Skyline (Landmark Tower,Queen's Tower & Cosmo Ferris Wheel) 



Tempat kami park kereta..luas

Ferris wheel

Kat World Potters...jalan-jalan je

Oleh kerana dah lapar,kami makan dalam kereta kat parking area je..makan nasi goreng kampung dengan telur puyuh sambal dan sambal ikan bilis.

Kat Jepun,semua air botol atau air tin ada 2 versi - sejuk (kat chiller) atau panas (kat warmer)

Tak sempat singgah ke Red Brick House

Gudang pelabuhan yang diubahsuai jadi kompleks perniagaan

Sebelum sampai ke Narita,on the way kami stop kat Makuhari untuk shopping

Disebabkan takde hasil dapatan semasa kunjungan ke Gotemba Premium Outlet (GPO) ari tu,jom cuba Mitsui Outlet Park,Makuhari pulak.

AEON Makuhari

Kami pegi ke AEON Makuhari sebab takde prayer room kat Mitsui Outlet Makuhari.

Besar gila  AEON Makuhari ni..bukan biashe-biashe.Luasnya 402000 m² dan ada 4 zon / extended building iaitu Grand Mall,Family Mall,Active Mall and Pet Mall.Dah macam shopping city!Bayangkan tempat parking  dia je boleh accomodate sampai 7000 biji kenderaan😱

Kami gi kat Grand Mall  untuk solat jama' takhir asar-zohor.

Ada separate area untuk lelaki & wanita.Ni tempat ambik wudhu'

Ada sejadah saja.Telekung bawa sendiri

Sejam lebih gak shopping kat sini..tu baru 1 bahagian je (kat Grand Mall).Tak sempat nak explore Family Mall,Active Mall dan Pet Mall.




Mitsui Makuhari

Mitsui & AEON Makuhari ni sebelah menyebelah..tapi,kena naik kereta lah.Jauh nak menapak.

Tak banyak ambik gambar kat sini.Kami sampai sini pun dah dekat senja...

 Shopping mission accomplished!



Kami terus ke penginapan seterusnya di Narita..iaitu Hotel Nikko Narita.

Hotel Nikko Narita

Kami pilih hotel ni sebab jaraknya ke Narita Airport cuma 2.3 km dan ada free shuttle bus dari hotel ke airport.

Kami akan pulangkan kereta a day before checking out dan gunakan kemudahan transportation ke airport.

Kami stay kat Japanese style Family Room.

Depan lift ada water and ice cubes dispenser

Dari lift menuju ke bilik

4 tilam tatami

Japanese table & chairs

Ooops..belum habis lagi.Kami stay sini 2 malam,so esok ada 1 hari lagi untuk explore Narita sebelum balik Malaysia...