Wednesday, 11 November 2026

SRI LANKA - AND THE JOURNEY STARTED..

New place..new adventure

Hari yang ditunggu akhirnya tiba.Ni trip terakhir tahun ni (after Hyderabad,Guangzhou & Yunnan) insya Allah...Kami fly ke Sri Lanka dengan Air Asia. Initially flight pergi was cancelled by Air Asia 3 weeks before (we got to reschedule).Dugaan...Tapi knowing Air Asia we were well prepared.

Dinner dulu di KLIA2

Kami boarded jam 8.50 malam waktu Malaysia & landed di Colombo Bandaranaike International airport pada jam 9.40 malam local time.Waktu di Sri Lanka 2 jam 30 minit ke belakang..penerbangan mengambil masa 3 jam 30 minit sahaja.Suhu malam tu 28 degrees

Kami dijemput oleh saudara Shazwan,pembantu peribadi kepada Ambassador TYT Badli Hisham  (sahabat SAS '88). Terimakasih banyak, especially dah malam-malam ni. Alhamdulillah..dah ada kereta menanti.Rezeki jangan ditolak..🤲

Sebelum tu keluarkan cash Sri Lankan rupees (LKR)  dari ATM machine...guna kad Wise.Kami tak tukar ke LKR di Malaysia.. hanya bawak cash ringgit & USD  standby.

Perkara paling penting..kena tekan "accept without currency conversion"...sebab kita nak Wise yang uruskan penukaran LKR kepada MYR,bukan allow ATM decide exchange rate.Kadar penukaran Wise lebih menguntungkan.

Perjalanan dari airport ke kediaman ambassador mengambil masa hampir 40-50 minit..walaupun jaraknya hanya 35 km.

Sampai je,kami disajikan dengan special welcoming drinks..ada kopi O & air kunyit.Yang air kunyit tu ada rasa lemak-lemak dan tinge of spice..

Kami dapat tidur lena malam tu,alhamdulillah.Esoknya,ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat suboh.Suboh masuk jam 4.40 pagi..Tapi kami sampai antara yang terawal.

View dari balcony

Decades of friendship..tq



Masya Allah..suasana awal pagi,dari bilik tidur..dapat layan view Lautan Hindi,kawasan bandar Colombo dan pembangunan modern Port City


Overlooking Galle Face Green area,view of Galle road,pedestrian walk sebelah pantai
dan bangunan-bangunan tinggi Colombo

View of Port City,Colombo - land reclaimation project..dah macam Dubai dah


Kemudian,kami bersiap-siap untuk breakfast di luar.



Breakfast di The Kingsbury,Colombo 

Hotel ni pernah jadi salah satu lokasi tragedi besar di Sri Lanka pada tahun 2019.Hotel Kingsbury, ShangriLa & Cinnamon Grand menjadi sasaran serangan bom bunuh diri pada tahun 2019,semasa serangan pengganas Easter Sunday.Dianggarkan hampir 300 orang terkorban..


Buffet breakfast..


Spoilt for choices

Yang ni namanya hopper (a.k.a appa or appam) - bowl shaped pancakes,kat luar crispy & tengah-tengah soft,spongy & thick.Rasa dia macam apam balik Malaysia versi nipis & crispy tu. 

Ada banyak variety..yg ni jenis telur pecah kat tengah-tengah

Terima kasih kerana menyantuni kami

Selepas tu kami kembali semula ke kediaman...layan view kat ground level pulak.



Pagi ni kami berdua akan bergerak ke Nuwara Eliya dengan private car yang dah kami book dari Malaysia lagi. Driver akan pick up kami dari sini..

Adalah sikit masalah teknikal..driver salah location...tersasar dan lewat sejam dari masa yang dijanjikan.. .

Disajikan fresh,cold coconut drinks..untuk menyejukkan tekak
& meredakan kegelisahan (menunggu driver..hu hu)

Jadi,bermulalah road trip kami..dari Colombo ke Nuwara Eliya...pada jam 10 pagi Jarak perjalanan hanya 160-170 km,tapi masa perjalanan dalam 5 jam...sebab had maksima kelajuan hanya 50km jalan bandar dan 70km jalan biasa ,traffic jam sebelum keluar dari Colombo .Lebih lebih lagi kawasan yang berbukit-bukit dan sempit. Perjalanan memang uphill jer la .

Kat Sri Lanka,memang macam tu lah..kalau jarak 1 km pon boleh ambil masa dalam 10-15 minit.

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

سُبْØ­َانَ الَّذِÙ‰ سَØ®َّرَ Ù„َÙ†َا Ù‡َذَا ÙˆَÙ…َا ÙƒُÙ†َّا Ù„َÙ‡ُ Ù…ُÙ‚ْرِÙ†ِينَ، ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙ‰ رَبِّÙ†َا Ù„َÙ…ُÙ†ْÙ‚َÙ„ِبُونَ.

 Semoga dipermudahkan..aminnn...




















No comments:

Post a Comment