Dari Sugeh Hills Eco Resort,Janda Baik kita beralih ke penginapan kedua di Lenggeng,Negeri Sembilan.
Kenapa pilih Lenggeng?Dari Janda Baik kami singgah di Gombak untuk hantar anak #3 balik kolej.Jadi destinasi kedua kami perlu menghala ke arah selatan - supaya berdekatan dengan rumah kami di Melaka & rumah anak sulong di Muar.
Mula-mula kami bercadang nak cari tempat bersantai-santai kat Hulu Langat..sebab banyak yang best best.Tapi,pas tu kami terjumpa resort ni...walaupon tak viral (sebab baru setahun lebih beroperasi)..nampak macam best jer..nama tempat ni Arawana Resort.
Selepas check in,mama dan abah keluar ke pekan Lenggeng cari kudapan petang.Anak-anak dah singgah mengopi kat cafe di Eco Majestic,Semenyih otw ke Lenggeng.
Mama & abah singgah gerai untuk mengeteh..style kampung.
Kecik je gerainya,menu pun limited |
Cekodok lembut cicah sambal bilis - sedap! |
Kami menginap kat sini pada hari Isnin & Selasa - 1 malam je.Kitorang je yang stay kat resort masa ni..ha ha... mungkin sebab weekdays dan bukan cuti sekolah.
According to the owner Madam Ju,hari sebelumnya ada family day staff RHB- so all rooms fully occupied.Jom,kami bawak jalan-jalan kawasan sekitar resort.
Jalan masuk ke resort.Pintu pagar resort sentiasa ditutup untuk safety. |
Owner bagi kami pegang remote control autogate - jadi senang untuk kami keluar masuk resort.
Banyak kawasan untuk lepak-lepak..semua green je.
Ada buaian |
Gazebo |
Rabbit & chicken farm pun ada..sesuai kalau bawak budak-budak.
Ada public swimming pool - shared by penginap-penginap resort.Tapi,ada beberapa bilik / rumah yang ada private pool
Sekitar kawasan pool..
Boleh mandi sampai pukul 10 malam...we had pool all for ourselves |
Separate shower for man & woman |
Jom tengok bilik yang kami book..
Mula-mula kami book Alamanda Connecting Room which can accomodate 4-8 pax (sesuai lah kot untuk kami berenam).
Alamanda Connecting Room |
Beranda depan bilik Alamanda |
Satu bilik ada 1 queen bed & satu lagi ada 2 single beds...dan 4 mattress FOC.
Kedua-dua bilik dihubungkan oleh satu ruang yang luas..
Di sebelah kiri ruang ada bath tub & shower room dan di sebelah kanan ada toilet & shower.
Kemudian rasa kesian pulak dengan 2 girls yang kena tidur atas tilam di lantai (sebab bilik takde karpet) dan ruang bilik taklah seluas yang kami sangka..
Jadi on the spot,abah bookla additional room berhadapan dengan Alamanda Connecting room..nama bilik ni - Vanda Premium Room...bilik untuk abah & mama lah.
Kami berjaya mengecek owner supaya kasi 'harga cincai' 😁 memandangkan hanya kami yang menginap di sini malam ni..so,owner kasi harga Rahmah RM200/night ✌...harga sebenar Vanda Premium Room di sini.
Queen bed & sofa bed |
Bilik ni ada jacuzzi...maklumlah premium..
Laluan di antara Alamanda dan Vanda rooms...
Takde air kat water fountain ni |
Bangunan dengan atap Minangkabau..tu lah bangunan dapur resort. |
Meh tinjau keadaan common kitchen dia..luas dan lengkap
Kat bahagian luar dapur,ada kemudahan untuk barbecue..kali ni kami decide dinner kat luar je,sebab dah bertungkus lumus berbbq hari sebelumnya di Sugeh Resort.
Tempat bbq & masak pizza..bersih |
Petangnya,acara swimming di kolam..
Suasana resort waktu senja menjelang maghrib.
Hill view from swimming pool area |
Depan Alamanda connecting room |
Selepas solat maghrib..kami keluar ke pekan Lenggeng untuk dinner.Kena drive sejauh 2 km baru sampai ke jalan utama...jalannya bertar baik,cuma agak gelap.Dari jalan luar,cuma 5 km ke pekan Lenggeng.
Pekan Lenggeng agak sunyi pada waktu malam..hanya ada 2 kedai tomyam.Pengalaman kami makan di salah satu kedai tomyam (nama dirahsiakan) - tidak begitu memuaskan.So,we just kept this to ourselves.
We think it's wiser to have bbq or cook at the resort.
Balik dari dinner,ada satu kejadian pulak.Lampu belakang kereta Estima couldn't turn off.Lama jugaklah abah dan anak-anak cuba untuk off kan lampu..tengok YouTube,tiktok..tanya ChatGPT,semua takde hasil...dah lah minyak kereta tinggal berapa bar je lagi.
Bila dah pukul 11 malam,kami decide untuk tido je lah..mana ada bengkel bukak malam-malam.Kalau ada pon,jauh dari resort.
Jam 3 pagi,abah dan mama bangun untuk panaskan engine kereta untuk beberapa minit.Takut jugak kalau lampu kereta menyala sepanjang malam,bateri kong..kereta tak boleh start pulak.
After Subuh,mama n abah drive ke stesen Petronas di Mantin - 13 km away ..untuk isi petrol.This is nearest petrol station dari resort.
Paginya kami breakfast kat kedai Nasi Lemak Ikan Sembilang,Lenggeng- tempat persinggahan favourite apabila balik kampung di Semenyih.
Lepas check out jam 12 tengahari,kami bergerak ke Seremban dan singgah kat Kedai Cendol Haji Shariff
Selepas tu,kami berpecah menuju ke destinasi masing-masing - Melaka & Muar.Alhamdulillah,family trip kali ni dipermudahkan..walaupon ada sedikit hiccup,adatlah.
Semoga ada rezeki..diberi kesempatan masa dan kesihatan untuk kami berkumpul anak-beranak.Insya Allah..aminnn.
Pssttt..kalau berminat,boleh contact owner sini.
No comments:
Post a Comment