Salam semua!
Hari ni nak share 1 restoren yang dah masuk carta favourite kami setiap kali hantar anak balik belajar.Restoren ni mungkin dah dikenali ..tapi bagi yang datang dari luar KL or Selangor,mungkinlah ada yang belum pernah tau..
Nama restoren - Mohammad Chow - chinese muslim,terletak di tepi Karak Highway atas Bukit Guling Ayam!
Dia ada cawangan kat Ampang & Damansara Perdana jugak
Tak lama lagi,budak-budak SPM akan abis exam & maybe ada yang bercita-cita nak melanjutkan pelajaran ke UIA Gombak?Hopefully,perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk parents yang pertama kali menghantar anak ke U ni..& lepas pendaftaran tak tau nak makan kat mana..restoren ni memang sesuai lah sebab lokasinya cuma 3 km dari UIA.
Kami jumpa restoren ni pon secara tak sengaja...
Landmark untuk ke sini adalah Petronas or Shell Lingkaran Karak..perasan tak nak dekat-dekat masuk UIA Gombak tu..kat sebelah kiri ada 2 petrol station ni?
Macam kami yang datang dari selatan,lepas Plaza Tol Sentul..dalam 7 km kita akan jumpa pintu gerbang ni.
Pintu Gerbang Kuala Lumpur |
Tak jauh selepas pintu gerbang..akan nampak Shell-->McDonals-->Petronas -->Starbucks sederet!Ha..macam-macam kan pilihan kalau lapar..memang kawasan ni considered as kawasan 'Rawat & Rehat' yang selesa dan sering jadi tumpuan.
Selain dari fast food..ada banyak gerai-gerai makanan di kiri kanan..
Pada hari kejadian (terjumpa restoren)..kami rasa lapar nak makan nasi & not keen for fast food..pastu ternampak signage Mohammad Chow
Nampak tak sayup-sayup signage Mohammad Chow? |
Kami redah je naik ke lereng bukit..follow je signage..masa tu dah senja..agak seram & tak confident sangat ada ke restoren kat atas bukit yang cerun ni?
Tapi memang ada!
Konsep open air |
Pada saya,makanan kat sini sangat reasonable harganya,food portion ..dan yang penting sedap!
Ramai yang review serving lambat,tapi dari pengalaman kami,waiting time still acceptable..boleh layan lagu-lagu rock kapak dulu sambil menunggu makanan.
Boleh order sup kosong as kuah- yg ni tak tulis dalam menu (kalau tak nak order tomyumla - langkah berjimat sebab kami tak ramai).1st visit diorang caj RM1..tapi kali ni dapat FOC |
Ni yang kami order..tak banyak sangat sebab bertiga.
Lemon chicken & sweet & sour fish fillet |
At our previous visit,kami order..
Salted egg sotong goreng tepung & lemon chicken |
Kami nampak rider Foodpanda pon sampai ke atas bukit ni..student UIA boleh jugak order food delivery dari Restoren Mohammad Chow ni.
Sekian,review tak berbayar dari kami..semoga bermanfaat 😊😉..
No comments:
Post a Comment