Sunday 26 March 2023

MOH LER KE PERAK - TRIP TO LUMUT & TAIPING

Selepas trip ke Johor sebulan yang lalu,kami berkesempatan bercuti ke Perak pula.Alhamdulillah,kali ni kami bawa kid #2 & #4 …kedua-duanya dah abis exam.Si kakak tengah cuti semester manakala adik bongsu baru abis SPM.

Kami memilih untuk bercuti ke Lumut & Taiping..he he,kenapa bukan Ipoh?Pertamanya kami memang plan nak ziarah kawan di Manjung dan keduanya memang suka Taiping.We love the laid back atmosphere and old charm of Taiping.Dah lebih 10 tahun tak datang kedua-dua bandar ni.

Kami memulakan perjalanan dari kampung di Semenyih.Singgah breakfast kat gerai tepi jalan (tak sure nama) di Kuala Selangor.



TELUK BATIK

Kami sampai di Manjung pukul 12 tengahari.Awal lagi untuk check in ke Damai Laut.Jadi kami singgah dulu ke Pantai Teluk Batik.

Pantainya masih putih bersih seperti 20 tahun yang lepas.Perghh..lama betul tak ke sini.Kami just lepak-lepak & ambik gambar.Nak lunch..masih kenyang sebab breakfast lambat .




Pastu ternampak ada brother ni sewakan tuk tuk...wah rare ni.Tak penah lagi cuba bawak sendiri tuk tuk ni.Kalau kat Thailand atau India..biasalah naik.

Kita kasi budak lepas SPM jadi supir.Lesen keta pon takde lagi..try praktis bawak tuk tuk dulu..he he.


Dari Teluk Batik,kami drive ke Marina Island Jetty Complex..tak jauh pun dari Teluk Batik..dalam 5 km macam tu

MARINA ISLAND JETTY COMPLEX

Tujuan kami ke sini nak meninjau tempat ni..Marina Island ni man made island,dah ada sejak tahun 2012.Tapi sebab kami dah lama tak datang ke Lumut (dalam 20 tahun),belum lah sempat kami berkunjung ke sini

Taking the Marina Island- Pangkor Ferry is an alternative way to reach Pangkor and faster than old Lumut-Pangkor Ferry.





Kalau dari Marina ke Pangkor cuma 10 mins ride jer,berbanding dari Lumut ke Pangkor - makan masa dalam 30-45 min (depends pada keadaan laut).

Ok,dah survey..kita gerak ke penginapan kami di Double Tree by Hilton,Damai Laut untuk check in.Cerita lanjut di entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment