![]() |
| Trip adik-beradik |
Assalamualaikum & ni hao! 你好
Kami kembali mengunjungi negara China selepas 14 tahun..hu hu,lama betul dah😂.Trip ke Beijing pada tahun 2012 melalui travel agent Honey Vacation (masih wujud ke?) merupakan titik permulaan kami travel ke luar negara..masa tu kami belum berani travel DIY lagi.
Kali ni kami pergi bersama abang dan adik (plus pasangan masing-masing).Geng 5 series yang dah takde anak-anak kat rumah (in our case 2 anak dah berkahwin dan 2 lagi masih study,tapi tinggal di kampus).Rumah diibaratkan sarang burung yang ditinggalkan anak-anak.So,these 6 empty nesters telah memanfaatkan situasi ni untuk travel & have 'we-time".Let's gooo 💃🕺
![]() |
| Babai anak-anak ✋ |
Trip 5 hari ke Guangzhou pada 1st-5th June,2026 lebih pada shopping tour..dan jalan-jalan & makan-makan.Kami ni bukan peniaga atau pemborong,trip ni lebih pada shopping barang personal je..
Fly with China Southern Airlines (CSA)
Ni pengalaman pertama kami naik China Southern Airlines,tiket dalam RM1200,kami rasa reasonable lah dengan situasi sekarang..sebab harga tu dah masuk hand carry 8 kg,checked in baggage 23 kg & in flight meal (moslem meal).
![]() |
| Sedap |
![]() |
| Ada ice cream jugak.. |
Yang uniknya,sebelum main meal...penumpang-penumpang dalam airlines ni masing-masing hulur botol air untuk stewardess isi air.Botol-botol pun bukan kecik-kecik.Mostly 1.5 & 2 liter punya!
First time tengok senario mcm ni atas flight..
Airport ke Hotel
Mendarat di Baiyun International Airport pada 1 Jun,2026 jam 7.30 malam.Custom clearing dan tuntutan bagasi selesai dalam 1 jam lebih.Lancar je..walaupon sangatlah ramai umat manusia kat airport.
Disebabkan kami sampai malam..6 orang dan dengan luggage yang besar,kami pilih untuk naik airport teksi ke hotel.Didi belum familiar lagi..tak pasti pick up point kat airport tu kat mana.
Rupa-rupanya naik teksi airport bukanlah pilihan yang tepat..sebab driver teksi dah memeras harga..3 kali ganda.😠Setelah 'nego',dapatlah turun sikit.Ni merupakan pengalaman yang agak pahit bagi kami.Apa-apa pun,yang baik jadikan tauladan..yang buruk jadikan sempadan..
Good International Hotel,Tianhe
Tianhe ni area modern dan selamat.Lokasi strategik sebab dekat dengan shopping mall (Grandview Mall,Teemall etc) dan banyak Metro line (Station Metro terdekat,Shipaiqiao - 5-10 mins walking).Nak cari makanan halal berdekatan pun senang.
Kat lobby,ada free flow coffee,tea and water (hot or cold - with ice cubes).Tak pastilah ni welcoming drinks ke apa..tapi kami dok mengulang setiap pagi dan setiap kali balik dari shopping..staff lobby pun tak berbunyik..ok la kot.
![]() |
| Bilik besar,katil king...bawah RM200/malam |
![]() |
| Vending machine hotel - bukan sekadar snacks & drinks..ada jarum,benang,sanitary pads,first aid kit..hu hu,terasa macam dalam Mr DIY.Indomee Indonesia pun ada |
![]() |
| Nak karaoke pun ada.. |
Navigating in and around Guangzhou
Kami try naik Metro,Didi,tram (1 x),ferry (1 x) dan jalan kaki..
Ferry
![]() |
| Ferry gomen..2 yuan je.Jadiklaa.. |
![]() |
| Dalam ferry |
Metro memang senang dan super efficient..Tiket Metro harga dalam 2-3 yuan (RM1.20 - RM1.80) je,even for 10-stops ride..murah gila!
Ada option beli token kat machine...atau scan QR code Allipay kat gate.
Disebabkan kami 6 orang,kami banyak naik Didi 6 seaters,setiap kali naik Didi...rasa macam orang kaya je..ha ha!
![]() |
| Kalau pompuan yg book Didi,akan dapat female driver..betul ke? |
![]() |
| Driver pakai uniform,siap dengan tie..segak dan kemas dari pagi sampai ke malam |
![]() |
| Ada few kereta yang ada kerusi urut (seats tengah) |
![]() |
| Premium.. |
Tips💡
Elakkan rush hour 7.30-9.30 pagi dan 5.30 petang -7.30 malam
Guna Amap,Google Map tak berapa tepat di China
Scenic Tram
Kami naik tram dari Canton Tower ke Wengshengwei Station (last station).Ni adalah scenic railway yang menyusuri tepian Pearl River sepanjang 7.7 km
Beautiful waterfront views and top city landmarks.
Very affordable,leaisurely way to sightsee..2 yuan je!!
![]() |
| Dalam tram |
Wishlist yang tak kesampaian...naik basikal,kena bayar guna WeChat pay
Shopping Places Worth Mentioning
Kami bukanlah expert pasal tempat-tempat yang murah or berbaloi untuk shopping,maklum je kami ni first timers.Boleh refer kat orang-orang Malaysia yang kaki shopping dan regulars to Guangzhou.
So,kami share je antara tempat-tempat yang kami pegi.
Grandview Mall
Best sebab selesa - aircond,no wholesale chaos.Barang premium,branded.Harga - fix dan tak boleh bargain
![]() |
| Sebelum sampai Grandview Mall,lalu kat AEON dalam TeeMall...jumpa duyann |
![]() |
| Local brand..tak de la murah sangat |
Kat mall ni,ada 'indoor zoo' - pameran real animal yang diawetkan
Kagum ada..seram pun ada..
Wanguo Outlet
Outlet mall,konsep macam Johor Premium Outlet
Barang branded yang original,kalau ada sale -berbaloi lah beli
Baiyun World Leatherware Trade Centre
![]() |
| Misi mencari barang 'copy ori' 😄 |
![]() |
| Ok..dapat dah..he he |
Dashatou Market
Tempat jual alat-alat elektronik,accessories.Vibe macam Plaza Lowyatt je..
![]() |
| Agak chaotic dalam ni.. |
Barang worth beli - phone accessories (cable,charger,powerbank,earphones),audio accessories dan LED gadgets/small electronics.
Verdict - kalau datang Guangzhou lagi,maybe kami akan skip sini..
Liuhua Plaza.
Barang worth beli - Tshirt plain/oversize,jeans,baju harian,hoodie/sweater dan baju kanak-kanak.Basic quality,jangan expect high end.
Walaupon gedung barang borong,plaza ada aircond,selesa...kedai tersusun.Tuan kedai tak pushy..
![]() |
![]() |
| Selesai shopping..tunggu Didi |
Tips💡
Beli 2-3 helai,cuba bargain untuk harga borong
One Link Plaza
Locals panggil Wanling Plaza..He he,One Link jadi Wanling..High Sea jadi Hixie..begitulah
1 building ni jual souvenirs (magnets,keychains,small gifts,gadgets,toys dan local trinkets) dengan harga borong
Lepas shopping..muka dah berlengas,letih...
Akan selalu ada orang yang nak menjual pengilat kasut..punya lah mahal dalam 100-200 yuan,siap demo lagi.
![]() |
| Yang ni,bila kita tak nak beli & nak kasi duit sedekah..dia tak nak pulak |
Begitulah pengalaman kami berenam di Guangzhou...
Untuk hardcore shopper atau peniaga/pemborong,kami rasa Guangzhou ni memang berbaloi sangat.Tapi kalau sekadar nak membeli sikit-sikit,boleh je shopping online dari Msia..beli je kat Shopee,Lazada,Shein,Temu,Taobao dan sebagainya...sebab masih murah lagi.
Tapi,untuk experience wholesale hunting...boleh la datang sini.
Cukup sampai sini,sambung ke Part 2 pulak.








































