Monday 4 December 2023

CELEBRATING OUR GIRL' S CONVOCATION - 27th November,2023

You did it!

Syukur alhamdulillah...akhirnya anak kedua kami telah berjaya menamatkan pengajiannya selama 5 tahun di IPTA.Hari  ini hari yang bermakna bagi kami semua especially yang empunya diri.

Semalam,kami dah buat pre covo photoshoot di Taman Botani Perdana,KL.Fokus hari ini adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen dan meraikan kejayaan anak.

Seperti biasa majlis konvokesyen hanya memberi jemputan tetamu seramai 2 orang (parents/penjaga /family) untuk setiap graduan.So,mama dan abah saja yang dapat masuk dalam dewan..anak-anak yang lain tengok live melalui YouTube.Diorang akan join right after majlis selesai.

Sesi graduasi pagi ni dikhaskan untuk penganugerahan ijazah sarjana untuk fakulti pergigian,perubatan dan kejuruteraan sahaja.Majlis berjalan lancar dan selesai pada jam 11.15 pagi (ada sesi untuk petang juga).

Alhamdulillah..

Selesai majlis,adik-beradik dah ready kat luar untuk menyambut graduan baru dalam family.

Ramai juga pelajar dari Palestine yang graduate kali ni.Kesemua mereka memakai keffiyeh (chequered black and white scarf) dan diberi tepukan hangat ketika menerima sijil.Selepas upacara penerimaan sijil,group Palestinian berkumpul di luar dewan dan meraikan hari 'kemenangan' mereka.

Ambik je gambar di mana-mana.Tak boleh nak expect takde orang kat background.

Berlatar belakangkan masjid universiti..

Meriah suasana outdoor..

Caklempong  'menghidupkan' suasana outdoor 



Bermacam-macam jualan di food trucks

Sungai Gombak dalam U

Everyone's happy despite cuaca dah panas masa ni..


Landmark wajib ambik gambar.

Oklah,dapatlah kami ambik few gambar untuk diabadikan sebagai moment yang manis untuk family.

To our dear daughter..you have made us immensely proud.As you step into the next chapter of your life,just remember we are here,cheering you on every step of the way.

Insya Allah😍




































No comments:

Post a Comment