![]() |
| Yuexiu Park |
Sambungan dari Part 1
Alhamdulillah...selesai penceritaan pasal our 'mini shopping' di Guangzhou.Kami sekadar berkongsi tempat-tempat shopping yang kami pergi je..ada yang kami datang membeli...ada yang kami cuci mata je.So,kalau nak cari info pasal shopping haul di Guangzhou..kena cari kat tempat lain lah.
Entry kali ni nak cerita pasal aktiviti selain shopping..iaitu makan-makan 🍚🍛dan sightseeing..
Restaurant halal di Guangzhou
Senang rupanya nak cari restoren halal kat sini.Cari je 清真 Qingzhēn pada papan tanda hijau (mostly kaler hijau,tapi ada jugak warna lain)
Qingzhēn refers to Chinese Muslims,Chinese Islamic cuisines or Hui ethnic groups.
Abdullah Restaurant (Qinghai Hotel)
Halal authentic Chinese Muslim cuisine.
Kena datang awal,by pukul 12 dah penuh.Especially,bila travel agent bawak tourists 1 bas!
Kami tersesat masa nak cari restoren ni..ikut Amap,last-last sampai ke tempat lain.
Mujurlah terjumpa dengan sorang cikgu ni...yang boleh speaking English.
Dia hantar kami sampai kat depan restoren..berjalan dalam 400 meter jugakla.Kedai ni dekat je dengan Wanguo Outlet.
Pro
Senang cari restoren halal...berderet-deret kedai halal...street food Xinjiang/Arab/Turkish
Ramai komuniti Muslim (Uyghur,Hui,Middle Eastern)
Cons
Harga agak mahal - maybe sebab ramai foreigners especially Pak Mak Arab
Ramaiii pengemis!(and they're Muslims)
Ada halal mart berhampiran yang menjual makanan kering yang halal
Street food pun banyak..
Sightseeings
Selain dari makan-makan dan beli-belah,kami ambik kesempatan untuk visit beberapa tempat yang menarik di Guangzhou.
Canton Tower
Ikon Guangzhou...macam orang datang Malaysia,wajib ambik gambar kat KLCC..
Menara setinggi 600m.Kat atas tu ada orservation deck,boleh view bandar Guangzhou 360 degree.Ada bubble tram (kabin kaca berpusing kat atas menara)
Ada banyak pilihan kalau nak naik cruise.
Meriah dan berkerlipan pada waktu malam.
Ada vibe Dubai jugak
Kami ni ada angan-angan dan keberanian nak naik atas tower..tapi,tu lah..duit yang tak berapa nak ada!😆
Yuexiu Park
Masuk free je
Taman terbesar di Guangzhou
Ada tasik yang cantik...ada boat,tapi pukul 10 baru boleh sewa
Suasana redup dengan pokok-pokok..
Ikon penting dalam park ni - Five Rams Statue,kami tak jumpa sebab kena hiking sampai ke puncak
Huaisheng Mosque
Ni agenda wajib kalau pergi travel mana-mana pun mesti nak cari masjid.
Jalan menuju ke masjid..melewati lorong-lorong dan rumah-rumah keci...boleh tengok sisi lain bandar Guangzhou
![]() |
| Wayar letrik berselirat |
Antara masjid tertua di China,nama Huaisheng (怀圣) merujuk kepada 'Mengingati Nabi (Muhammad S.A.W)
Masjid ni menunjukkan yang komuniti Muslim telah wujud di Guangzhou sejak lebih 1000 tahun yang lalu hasil perdagangan antara China dan dunia Arab
Dalam masjid...
Dafo Temple,Beijing Street
Kawasan ni sangat happening malam-malam.Temple yang berusia 1000 tahun ni terletak di tengah-tengah city.
Menariknya sebab boleh tengok temple dengan senabina klasik dikelilingi bangunan-bangunan modern.
Shamian Island
Asalnya kawasan pelabuhan penting Guangzhou sebagai pusat perdagangan antarabangsa sejak zaman Laluan Sutera Maritim.
Selepas 1st & 2nd Opium War,British dan Perancis memperolehi konsesi untuk kawasan ni.Sebab tu kat sini boleh nampak banyak British /French style buildings.
Tiba hari untuk pulang..
Sebelum terbang,makan dulu fast food di restoren halal di airport.
Kat dalam,selepas kaunter imegresen pun ada halal restoren..
Trip ke Guangzhou ni merupakan 'learning experience' untuk kami...nak familiarize dengan sistem Allipay,macam mana nak naik Metro or Didi..macam mana nak guna Amap...maybe nak bawak anak-anak travel ke China (tempat lain) pulak lepas ni.
![]() |
| Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan |


















.jpeg)


































