Thursday 29 June 2023

MYSORE PALACE - CANTIKNYA SETARA TAJ MAHAL?

Hari ketiga - kami day trip ke Mysore (atau nama barunya Mysuru).Memang dah plan dari Malaysia lagi.Untuk Mysore tour ni,kami booked Ranjith,driver hotel yang jemput kami dari airport masa mula-mula sampai Bangalore ari tu.

Mysore ni terletak 150 km dari Bangalore.Kalau drive dalam 2 jam 40 minit atau lebih,depends on traffic.Ranjith bagi tau...sekarang ni dah ada highway baru dari Bangalore ke Mysore.PM Narendra Modi baru je rasmikan 2 bulan lepas.So,the travel time between these 2 cities had been reduced to less than 90 minutes from current 3 hours.Alhamdulillah,rezeki kami.

Bangalore-Mysore Expressway

Toll charges from Bangalore to Mysore for cars.Single trip ₹135 & return trip ₹205

Kami bertolak dari hotel jam 6.45 pagi.Suhu pada hari kejadian adalah 26 degree,lazimnya suhu di Mysore sekitar 21 degree.

Breakfast on the way

Vegetarian restaurant - Saravana Bhavana di Sriragapatna.

Masala dosa

Bru coffee,,,don't forget to ask for less sugar,less milk (kurangkan bau susu lembu) & strong coffee
..and you're good to go!

St Philomena's Cathedral

Berhenti jap kat sini - hanya untuk photostop.



Cuma kat pintu masuk..just to catch a glimpse

Gereja ni dibina pada tahun 1936 dan merupakan gereja kedua tertinggi di Asia.

Tipu Sultan's Summer Palace

Actually Tipu Sultan palace ada di Bangalore & di Mysore.Yang di Sriragapatna (dalam perjalanan ke Mysore) - dikenali juga sebagai Dariya Daulat Bagh.

Entrance fee untuk locals adalah ₹20 & untuk foreigners ₹250.Ni yang latest ketika kami sampai ke sana (dah naiklah tu...sebab check ngan pakcik Google ₹15 untuk locals & untuk ₹200 untuk foreigners)

After second thought and brief discussion (with anak-anak),we decided to skip this tour.Tak jadi masuk palace sebab

💢 Kawasan nampak kecik je,tapi fee mahal

💢 They don't accept cash,instead kitorang kena scan QR code untuk bayaran tiket masuk

💢 Bila scan code,tak boleh bayar guna international banking pulak..coding hanya untuk local bank 

💢 No other option for payment?Ntahla.

💢 Better reserve duit untuk entrance fee ke Mysore Palace yang lebih besar (maybe fee jauh lebih mahal - which turned out lebih murah sebenarnya.

Bergambar kat luar je lah...bukti dah sampai..hu hu

Mysore Palace / Maharajah Palace

Dikenali juga dengan nama Amba Villa Palace.Merupakan kediaman rasmi Dinasti Wadiyar yang memerintah Kingdom of Mysore.Istana lama yang dibina pada kurun ke 14 di atas tapak yang sama, hangus terbakar.

Mysore Palace yang ada sekarang telah siap dibina semula oleh arkitek Inggeris bernama Henry Irwin pada tahun 1912 untuk pemerintah Dinasti Wodiyar yang ke 24.Istana ni mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan.

Tersenarai antara 10 istana di seluruh dunia yang  lebih gah dari Buckingham Palace
Entrance fee as of June 2023- ₹100 for adults irrespective of Indians and foreign nationals

This palace is an example of Indo-Saracenic style of architecture,beautifully blended with elements of Hindu,Muslim,Rajput and Gothic achitecture.

Jom masuk..

Melangkah masuk ke istana..terasa bak dalam set Bollywood movie!Epik & glamour..

First halls of the palace

Lawatan ke Mysore Palace kali ni sangat berbeza dari lawatan mama 30 tahun dulu

👉 Dulu pelawat tak seramai sekarang.(Fakta- Mysore Palace ni adalah tempat pelancongan yang kedua paling kerap dikunjungi pelancong,selepas Taj Mahal...iaitu lebih 6 juta pelawat setahun.Kalau congak dah 16,000 pelawat sehari!👀👀)

Beginilah ramainya visitors on that day!

👉Dulu bebas je roaming around inside the palace.Sekarang ada queue barrier belt- semua visitors kena bergerak sehala

👉Dulu boleh view exhibit dekat-dekat.Sekarang mostly tengok dari jauh..ada yang disimpan dalam bilik kaca.


The golden howdah -tempat duduk atas gajah semasa Jamboo Savari (Elephant Procession) of the famous Mysore Dasara.

Inlaid with 84 kgs of gold & was insured for ₨ 27 crore

Kalyana Mantapa a.k.a Marriage Hall

Ni hall yang mula-mula kita jumpa.


Hall berbentuk octagon

Mewah & megah..

Bukan senang nak ambik gambar..banyak cabarannya

Ambavilasa

Gold used on glided column.Credit to Google (kami tak capture hall ni kot)

Durbar Hall

This is the reception hall place where Maharajah used to address the public.Maharajah used the balcony to talk to his people.Festivals and celebrations were also performed in the area in front of the balcony.

The hall is fully painted in pink,yellow & turquoise.
Cantiknya hiasan siling

Tak pasti kawasan apa ni..

Ok,,selesai,jom keluar..tak tahan sebab crowded sangat


Cornetto dulu

Ok,it's a wrap..jom makan

Lunch at Big Grill

Mutton biryani..nyum nyum

Chicken plum

Brindavan Garden

Entrance fee for adult ₹50/pax

Brindavan Garden ni dibina dalam kawasan Empangan Krishnaraja Sagar (KRS) merentasi Sungai Cauvery.Spread over 60 acres,this garden is divided into north and south parts.



Angin kuat...




KRS Dam-Boat ride in a lake

Kami pulang ke Bangalore lewat petang.Feeling grateful and contented as we were able to visit places that are the treat to tourists eyes.Syukur