Masuk hari ketiga di Krabi.
Hari sebelumnya,kami ingat nak gi ke Emerald & Blue Pools.Tapi,jaraknya agak jauh dari Apple A Day Resort - dalam 70 km (1 jam 30 min).Pas tu entrance fee sekarang dah naik ke 400 baht sorang (x 4 adults = 1600 baht).Tu belum masuk lagi transportation ke sana.
Kami juga dapat tau di antara bulan May hingga October,Blue Pool ditutup supaya tidak mengganggu musim mengawan /membiak burung-burung dan unggas yang mendiami kawasan ni.Kiranya ,macam tak berbaloi if we come all the way just untuk visit Emerald Pool saja.
Lepas menggoogle,terjumpa this attraction -Din Daeng Doi (Doi dalam Bahasa Thai bermaksud gunung).Jaraknya cuma 14 km dari hotel kami.Entrance fee murah dan hiking trail,short and easy.
Minivan untuk ke Din Daeng Doi datang pick up kami di hotel |
Kami dapat deal dengan sorang Muslim driver,Abdullah - 850 baht untuk transport pegi balik.Plannya,selepas Din Daeng Doi - kita akan singgah kat Elephant Shelter pula.
Kami gerak dari hotel jam 7.50 pagi.Kejap sangat dah sampai ke base Din Daeng Doi.Kalau nak hiking - dalam 100 meter to the top,dalam masa 10-15 mins.
Kami decide tak hiking,tapi naik 4 wheel car ke puncak.Harga entrance fee ke DDD cuma 50 baht/pax & harga naik jeep 30 baht/pax.
Melompat-melompat jugakla dalam jeep sebab jalan yang berliku dan agak rough.
Turun dari jeep,kena mendaki sikit..
Sampai ke puncak...memang tak sia-sia...cantik giler!
Ada small cafe run by Muslim family..& tentunya halal.Tapi kami masih kenyang sebab baru breakfast kat hotel pagi tadi.
View dari cafe |
Thai tea & crispy rotee cicah susu pekat |
Ada pondok-pondok kecik..boleh makan minum kat sini (kalau tak nak kat cafe)
We spent about one hour plus kat atas ni..pas tu kami turun semula dengan jeep.
Ok,jom balik |
Abdullah bawak kami ke Elephant Shelter..
Sampai kat situ, kami decide tak masuk sebab walaupon 'free entrance',kita tak dibenarkan masuk melainkan kita pilih aktiviti-aktiviti yang nak dibuat di situ.Setiap aktiviti ada kos berasingan dan cheapest aktiviti ialah memberi makan gajah - 300 baht /person.Kami rasa macam tak berbaloi..sangat berbeza ketika kami melawat Mae Taeng Elephant Camp di Chiang Mai dulu.
We skipped aktiviti gajah ni.Abdullah menyarankan kami brunch kat local restaurant.
Kami singgah kat Jah Sai Rice Noodle Restaurant - makan goreng-goreng je.Alhamdulillah,untuk makanan yang sedap ni,harganya cuma 410 baht.
Nasi goreng tomyum |
Complimentary ulam-ulaman |
FYI - trip kat Krabi ni kami cuma makan kat restoren-restoren mana yang jumpa je.Kami tak pegi pon restoren-restoren yang di listkan / direkemenkan oleh orang-orang Malaysia yang dah ke Krabi.Walau bagaimana pon,semua kedai yang kami makan tidak mengecewakan.
Kami balik hotel untuk rehat (ha ha ..actually takde buat apa-apa yang penat pon).Saja lah nak mengoptimakan our stay kat hotel..
No comments:
Post a Comment