Senja di Pantai Aonang |
We boarded Air Asia plane on 13th July (Saturday) at 12.40 noon..penerbangan kejap je..1 jam setengah dah mendarat kat Krabi Airport...nak makan nasi lemak Pak Nasser pon tak berbaloi,ha ha.Kami dapat tiket KL-Krabi return tak sampai RM300,okla tu - alhamdulillah.
The cab driver |
Kami book airport transport dari driver yang dicadangkan oleh member yang selalu gi Krabi..dapat rate 500 baht.Apple A Day Resort yang kami book ni jauhnya dalam 27 km dari airport - 30 - 40 mins drive.Driver yang menyambut kami ni katanya 30% je skill English..tapi takde masalah pon.Rajin jugak dia melayan kami sepanjang perjalanan.
Apple A Day Resort
Kami pilih hotel ni sebab lokasinya di tengah-tengah Aonang..cuma 5 minit jalan kaki ke pantai Aonang & pantai Nopparat Thara.Harga untuk 2 bilik termasuk breakfast-untuk 4 hari 3 malam cuma RM1208.
Welcoming drink |
Bilik quite selesa..ada balcony
Lunch at Rezeki Halal Restaurant
Selesai solat jama' Zohor-Asar di bilik,kami keluar untuk cari makan tengahari.Kita cari kedai makan yang dekat-dekat je.Restoren Rezeki ni dekat sangat dengan hotel,jalan kaki 2 minit je.
Kecik je kedainya..tapi macam-macam ado |
Mama & abah order Pad Thai (kue tiaw).Kat sini diorang letak kacang tumbuk |
Berdekatan dengan hotel kami,banyak betul restoren-restoren makanan India.Ada juga restoren non vegetarians..cuma tu lah,hampir kesemuanya menjual arak...ni memang tarikan utama untuk non-Muslim tourists.
Tapi ada jugak kedai makan halal |
Aonang Beach
Petangnya,kami berjalan ke arah Pantai Aonang.Ingatkan nak tengok sunset.Tapi,langit agak mendung..sunset pon tak berapa nak jadik.
Aonang Muslim Street
Dari Aonang Beach,kami naik tuk tuk ke Aonang Muslim Street.Kami dapati ramai juga kaum hawa yang memandu tuk-tuk ni.
Berbeza sungguh dengan pengalaman naik tuk-tuk di India.Kat Krabi,pemanduannya jauh lebih berhemah.Sama macam kat Malaysia,bunyi honk memang jarang kedengaran.Lagi satu,tuk tuk di Krabi ni lebih besar dan selesa berbanding kat India...kat sini boleh muat 4 orang.Kalau kat India,maximum cuma 3 orang per tuk tuk,tu pon agak berhimpit.(Psttt..kat India tak panggil tuk tuk..kita panggil auto rickshaw)
Kami noticed walaupon motor riders ramai yang tak pakai helmet,diorang bawak motor dengan berhati-hati..takde pulak cilok-mencilok macam kat Malaysia.Pemandu-pemandu di Krabi menghormati dan memberi priority kepada pedesterians.So,kalau nak melintas jalan... lintas je lah,power of hands orang Malaysia tak diperlukan kat sini!
Oleh kerana kami lunch lewat tadi,kat Aonang Street Market ni,kami cuma mencari kudapan-kudapan ringan bagi mengalas perut.
We were spoiled for choice at this halal street market.
Rolled Oreo-Banana ice cream |
Grilled potato with cheese |
Nutella pancake |
Alhamdulillah,walaupon makanan simple je..kenyang jugak.(Ada minuman & few makanan lain yg tak sempat ambik gambau😉)
Back to hotel
Kami balik ke hotel naik tuk tuk.Balik untuk rest and sleep...kena reenergize for tomorrow's adventure...terdengar-dengar 'panggilan pulau'...💃💃
No comments:
Post a Comment