Then we had lunch at Haseeyah Halal Food di Aonang Street Market.Kedai ni dicadangkan oleh beberapa pemandu tuktuk yang beragama Islam.
Alhamdulillah,makanannya sedap dan lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai berhampiran (kami dah survey harga pada malam pertama).
Tomyum - wajib! |
Udang goreng tepung |
Siakap steam lemon |
Pulut mangga |
Kenyang..
Selapas tu,kami pulang ke bilik dan berehat...penat jugak aktiviti island hopping ni,walaupon sempat 3 pulau je.
Oleh kerana malam pertama,kami dah pergi Aonang Street Market,malam ni kami decide untuk explore pasar malam di Aonang Landmark Night Market.Pasar malam ni jaraknya cuma 1 km dari hotel Apple A Day...kalau jalan kaki kejap je sampai.Tapi disebabkan hujan gerimis,kita naik tuktuk.
Macam-macam ada kat sini.Bolehlah shopping barang-barang kraftangan Siam.
Untuk makanan pula,ada Muslim Food Zone yang dikhaskan menjual makanan halal.
Seafood segar...harga di atas termasuk kalau nak bakar.Kalau nak masak 3 rasa,sweet and sour atau sambal kena add 50 baht |
Ada khemah khas beserta kerusi meja...boleh dine in makanan pasar malam kat sini |
Alhamdulillah.
Sebelum pulang ke hotel,kami singgah di 7 Eleven untuk beli sedikit makanan untuk kudap -kudapan.7E kat Thailand ni memang another level..banyak variasi makanan.Dan harganya,jauh lebih murah dari 7E kat Malaysia.
Meiji susu pisang & strawberry |
Burger halal |
Ice cream |
Selesai membeli,kami berjalan kaki pulang ke hotel untuk beradu.
End of Day 2...
No comments:
Post a Comment