Saturday, 20 July 2024

AKHIRNYA ,KAMI KE KRABI!

Panoramic view at Din Daeng Doi

Salam semua..

Kami baru balik dari short getaway di Krabi,percutian singkat selama 4 hari je..over the weekend.Krabi memang tak perlu diperkenalkan lagi...pelancong dari Malaysia antara yang paling ramai dan regular berkunjung ke sana.

Tak tau la kenapa,baru sekarang kami nak pegi.Mungkin sebab destinasi dekat..so kita bertangguh-tangguh?Nanti-nantila boleh pergi.Mungkin juga sebab utamanya...we never consider ourselves as big fan of 'beach vacation'..

Tak ingat dah bila last time bersnorkelling??

Bila dah dalam air,memang auto lupa 'daratan'

Kami pegi tanpa sebarang 'planned itinerary' seperti kebiasaannya..dan tanpa sebarang expectation.Bukan sebab kami underestimate this destination.Tapi sebab rasa Krabi so close & familiar to us..walaupon belum penah sampai..tapi most of our friends and family members dah pegi & cerita- cerita Krabi 'macam kami dah tau' (at least kami tau tomyam & pulut mangga dia memang power!!)



Which turned out to be wrong!Banyak juga kejutan (pleasant suprise) yang menanti kami..😊😊

We were stunned by this world class fire show.

We found this hidden gem..

Percutian kali ni berempat je..bersama-sama kid #3 & #4..dua-dua sedang cuti semester.Anak sulong,his wife dan anak kedua kami dah keja & masih dalam internship,jadi susah sikit lah nak join.Takpe lah,ada rezeki nanti,insya Allah kita dapat bercuti bersama.

Enjoy je 2 badik nih..

Kami menginap di Apple A Day Resort yang terletak di tengah-tengah Aonang..strategic location - only 5 minutes walk to Aonang and Nopparat Thara beaches and 15 mins by long tail boat to Rai Lay.Kami request 2 rooms with interconnecting door..tapi tak dapat.Takpe lah,bilik kami dan anak-anak sebelah-menyebelah je.

Sebenarnya bulan Julai bukanlah best month to visit Krabi..masa ni musim hujan.Kami memang aware tentang timing ni.Kalau nak bercuti ke negara-negara 4 musim pulak,masa ni tengah summer..so,kurang best.Tapi yang bagusnya,disebabkan 'low season',flight tiket dan hotel-hotel jadi lebih murah...and less tourists.Paling penting,masa ni bukan musim cuti sekolah di Malaysia..jadi kuranglah orang Malaysia berbondong-bondong ke Krabi 😁😄!Apa-apa pon,we tried to make the best out of it.

Trip kali ni kami plan untuk santai-santai je.Island hopping tu wajib sebab ni 1st visit..tapi tak perlu lah tiap-tiap hari nak hop island..dan tak perlu pergi ke SEMUA island tu.Kami cuma nak aktiviti yang santai-santai..makan-makan,jalan-jalan and enjoy each other's company.

Sharing few pics as a reminder that we've been to Krabi & how we really cherished our moments there.

This is how we got around Krabi..mostly

Nak healing di tepian pantai

........atau di atas gunung?Bolehhh jer

Discover gastronomic trail...from stalls,restaurants..

to pasar malam..

Our girls rated the trip 9/10..wow!.Alhamdulillah untuk trip yang sempoi tapi enjoyable. 






5 comments:

  1. Din Daeng Doi tu nampak macam benda baru.. hurmm tapi last pi Krabi pun 8 tahun lepas hihiii.. Mestilah banayk perubahan skrg ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pon tau bila dah sampai sana..dalam 14km je dari hotel kami

      Delete
  2. Kalau takde planning pun kan.. tapi kalau pernah jejakkan kaki ke Krabi.. redah jer la tau la apa nak buat kat sana nanti ... once dalam air mmg lupa daratan.. betul la tu hahahaa

    ReplyDelete
  3. percutian yg menarik...simple but enjoyyy 👍😁

    ReplyDelete
  4. Krabi mmg best, dah jd event tahunan

    ReplyDelete