Saturday, 1 September 2018

A VACATION TO CHERISH - IRELAND & LONDON

Assalamualaikum...bertemu kembali.



Cliff of Moher

Kami sebenarnya baru sahaja pulang dari bercuti di Ireland & kota London pada 16-27 Ogos baru-baru ini.Sebenarnya,percutian kali ni sangat sweet and memorable...kerana ia agak lain dari percutian kami ke luar negara sebelum ini.

Trip ke Ireland ni memang dah lama kami cita-citakan apabila anak sulong kami melanjutkan pelajaran ke Dublin,Republic of Ireland.Setahun selepas Bang Bil settled di sana,Allah makbulkan hajat kami....kami sekeluarga telah menghantar  Bang Bil pulang ke Ireland selepas beliau bercuti panjang (3 bulan) di Malaysia...jadi,agak special apabila kami pergi berenam..tapi pulang semula berlima.



Flight ticket

Kami booked return ticket Emirates pada awal tahun lagi...masa tu ada New Year special offer from Emirates...alhamdulillah,harga berpatutan. Kalau nak booking Emirates ni selalu tengok hujung tahun dia ada offer one month dalam bulan January....Harga memang murah...KL-Dubai Dublin.
Kami book domestic flight Ryan Air untuk penerbangan Dublin-London-Dublin...Ryan Air ni macam Air Asia jer..tapi oklah. Kalau pandai pilih kekadang trip from Ireland to London boleh dapat serendah 10.50 Euro.

Perfect timing?


Moments together at Howth


Boleh dikatakan timing was appropriate apabila kami dapat bercuti cukup korum (6 orang)-kebetulan cuti semester IPT anak kedua kami kena pula dengan cuti penggal persekolahan adik-adiknya. Walaubagaimanapun kenalah buat adjustment and scarificing sikit bab masa tu....

Pada tempoh kami berada di Ireland pula,kawan-kawan Bang Bil masih bercuti di Malaysia.Jadi, dapatlah kami menumpang di penginapan student2 Malaysia ini sementara mereka di Malaysia.Kira jimat part accomodation.Tapi,kami tak duduk percuma lah...kami bayar juga some amount...maklumlah,mereka ni tetap perlu bayar sewa rumah dan bil2 walaupun tiada di Ireland...perlu diringankan beban anak-anak kita ini.

Accomodation

Kami tinggal di rumah students Malaysia (mama & anak2 perempuan tinggal di rumah students perempuan...manakala abah menginap di rumah Bang Bil).
Kami juga menyewa airbnb- 1 malam di Fanore,Galway (semasa trip ke Cliff of Moher) 1 malam di Ballymena (semasa trip ke Belfast) dan 2 malam di London.

350 year old cottage at Fanore

Fermoyle Farmhouse, Fanore, Clare

Pengangkutan


Kami menyewa kereta untuk ke Galway dan Belfast.Untuk di Dublin & London...kami gunakan public transport sahaja. Untuk hari pertama kami gunakan public transport untuk jalan jalan Dublin
From 18-21st August- Kami booked dari AVIS-untuk Opel Zafira -Large-muatlah utk 6 orang with Luggage. Booking done from Malaysia, harga rendah masa tu. Dan kami upgrade to premium insurance as per usual-headache free 0% liability. 21 hb kami return the car at Airport utk fly to London...Senangkan.
21-23August London
24-26 August- Kami booked another MPV- this time Ford Galaxy from Sixty Car Rental-However during the day we collected the vehicle-they allocated us BMW X5 !!!-wow teruja sikit..tak pernah drive BMW kat Malaysia~harga maitained at pre-booked price...Kami travel to Belfast.

Tempoh percutian?



Sempar Solat Suboh dan Jumaat di Masjid Dublin. Allahuakbar

Sebenarnya tempoh 10 hari (16-26 Ogos) tidaklah lama kerana ia termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik yang panjang dan memenatkan (8 jam KL-Dubai + 2 jam transit + 8 jam Dubai ke Dublin).Hanya 8 hari travelling day..

Itinerary?

Dari pembacaan blog,kami dapati jarang pelancong yang datang ke Ireland as part of their Europe tour,padahal Ireland sangat dekat dengan UK.Kalau ada pun,maybe hanya datang ke Dublin & berkunjung ke Cliff of Moher yang famous tu.
Ramai juga family yang datang untuk konvokesyen anak yang belajar di Ireland.
So.kebanyakan datang untuk short trip ke Ireland....agak susah nak cari referral for itinerary.


Dapat tour dalam college 

Itinerary kali ini dirancang sepenuhnya oleh Bang Bil ...with approval from abah dan mama.Trip kali ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian 1.Dublin & sekitarnya 2.London 3.Belfast,Northern Ireland.Kami tak gunakan peluang untuk kembara Eropah sekali (sebab ramai bertanya)...kerana kami nak bercuti santai-santai sahaja...dengan kekangan masa (& duit..wink!).Let's come & live like local (see how's our son's life di rantau orang).Dah tua-tua ni...the idea of travelling to 6-8 countries in 10-14 days.....just didn't appeal to us...macam touch n go...been there,done that..uh uh..

Irish man

So,let us share the highlights of the vacation...the details akan menyusul dalam entri-entri seterusnya.Inshaa Allah..


St Patrick Cathedral


St Stephen Green Park




Kilmainham Gaol


Cliff of Moher

Cliff of Moher from O Brien Tower



Pagi yang sejuk ditepi Fanore River, County Clare, Ireland.

Dublin City



Glendalough

Trekking to Glendalough Upper lake

Powerscourt Garden

Beautiful Eye of London

Buckingham Palace

My Ride at Belfast
We were lucky to get this BMW X5 when we were supposed to drive " Ford Galaxy MPV"(Ford was not available then)


The Ultimate Dark Hedges



11 comments:

  1. Tq for sharing.... I enjoyed reading this ...ada bakat menulis yg besar rupanya.

    ReplyDelete
  2. Mesti seronok yaye, rasa x cukup masa

    ReplyDelete
  3. betul Amran...apakan daya tu jer masa yang ado....

    ReplyDelete
  4. Moment yang indah.. Kita baca pun terasa santai dan seolah2 berada di situ. Part yang nak zoom bila ada picture "Irish Man" hahahha

    ReplyDelete
  5. Wow.... Amazing.. insyallah lau ade rezeki kte bjln ke London plak.. tq share info.. awesome!!!!

    ReplyDelete
  6. woah seronoknya. alhamdulillah sekeluarga dapat kesana. CT prefer perjalanan yang santai dan tak memenatkan. walaupun x dapat cover negara2 eropah yang lain tapi dapat cover satu kawasan tu puas2. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain citarasa..ada geng macam kami rupanya!

      Delete