Thursday, 21 March 2024

S.KOREA DAY 4 - CITY TOUR, DAY5 - DEPART FOR MALAYSIA

As usual,bila masuk entri terakhir,mood menulis dah ke laut.Tapi,gagahkan jugak untuk menyempurnakan cerita travel edisi Korea ni..

Hari ni snow dah clear..tapi weather masih sejuk,suhu 1 degree..

Jalan depan airbnb dah dibersihkan..takde salji dah

Cheonggyecheon Stream (청계천)

Naik bas

Kami keluar agak lewat dari hari-hari sebelumya.Destinasi pertama..ke Cheonggyecheon Stream.Kami naik bas dan berhenti di Dongdaemun Station.

Sungai ni panjangnya 11 km..it is created as part of an urban renewal project.Pemuliharaan  Cheonggyecheon Stream dilakukan selepas Korean War (1950-1953).Sungai ni sebenarnya dah ada sejak zaman Joseon Dynasty (1392-1910) lagi...it was once hidden underground and covered by elevated road.

Untuk sampai ke sini..kita kena menuruni anak-anak tangga.Kiranya kat bawah tu..ada relaxing and calming river dan 1 level above - hustling highways.

Dahulunya sungai ni tak visible..ada jalan kat atas sungai

Kawasan agak bersih..walaupon terdapat banyak tompokan salji yang dah mula mencair.

Kalau malam,lagi happening..dengan hiasan lampu-lampu dan kadangkala ada band performance.

Di mana-mana kat Seoul ni,ada kemudahahan berbasikal.Tapi tak pastilah macam mana nak guna..mungkin kena ada app

Dongdaemun Design Plaza (동대문디자인플라자)

Disebabkan dah dekat dengan DDP,kami decide nak berjalan je kat sana and tengok apa yang ada.

We are generally not the artsy people,but  we admit that the futurustic design of this DDP is quite impressive.

Not much going on at the time we went..except for one exhibition on Pixar Animation Studio..our girls tak minat,dah besar - tak excited nak tengok animasi ni.

Cuma ada 1 figura pink yang menarik perhatian kami..(nampak banyak gambar-gambar dia di kat tepi-tepi jalan kat city)

Hechi - maskot bandar Seoul

Hechi adalah makhluk dalam mitos Korea- known for overcoming fires and disasters.It also symbolizes justice,discerning between right and wrong.

Kami duduk berposing kat bench ni..tak aware pon tulisan kat belon tu.

Keesokan harinya,kami dapat tau rupa-rupanya ada exhibition on Design Dreamland : Fall in Kpop kat situ.Ada history of Kpop's evolution.Ada stage costumes,Kpop books and merch and photo zones.!

Kempunan 2 orang peminat K-pop tak dapat tengok exhibition..he he

Namdaemun Market (남대문시장)

Then,kitorang gerak ke Namdaemun Market.

Namdaemun Market is the oldest and largest market in South Korea,dated all the way to the year of 1414.Kalau Dongdaemun bermaksud East Gate,Namdaemun membawa makna South Gate.Kedua-duanya pernah mengelilingi tembok kota Seoul lama.

Kat sini,tempat yang ideal untuk tourists membeli souvenirs Korea sebab harganya yang 'lebih murah' berbanding tempat-tempat lain di Seoul.

Myeongdong (명동)

Menjelang tengahari,kami dah lapar.So,kami decide untuk repeat Myeongdong lagi (baru je gi hari sebelumnya..he he).Lagi pon,Myeondong ni sangat dekat dengan Namdaemun.

Mula-mula nak try makan kat Kimseri..restoren Malaysia yang baru bukak.

Kimseri..dekat dengan Daiso Myeongdong yang 12 tingkat tu

Tapi tak jadi sebab diorang ada limited menu je (sebab masih baru kot)soo..kami datang lagi ke Kampungku!Yeszaa..kali ni tak ambik gamba makan😀

Dessert lepas lunch..

Akhirnya dapat makan Bungeoppang 😋(fish-shaped pastry stuffed with sweetened red bean paste).Lazimnya dimakan masa winter

Selepas lunch,kami turun ke Myeondong Underground Shopping Station untuk shopping sekadarnya.Untuk trip kali ni,kami tak beli banyak ole-ole dari Korea memandangkan family dan ramai rakan-rakan dah pon sampai ke sini.

Repeat Deli Manjoo 😅

Itaewon (이태원 )

Selesai shopping,kami berkunjung ke Itaewon sekali lagi...anak-anak nak try Korean snacks.

Manis Kitchen - halal Korean streetfood bar.The entrepreneur is a Korean revert and staff at Masjid Itaewon.


Tteokbokki & cekodok sayur

Pas tu,kami pulang ke airbnb..dah malam dah masa ni.Memang happening malam di Hongdae - ada orang busking.Kami pun lepak-lepak kejap menikmati angin malam dan suara busker menyanyi.

Last day in Korea

Pagi ni kami check out dari airbnb jam 11 pagi.Leaving memorable airbnb

Taehyo..very attentive host
Ada rezeki,boleh stay sini lagi

Singgah kat park layan busking dulu..dalam sejam.Cuaca nyaman..



Sempat singgah beli Rotiboy kat Hongik University Station,sebelum naik AREX.

Pastu naik AREX terus ke airport..

Flight pulak delay 1 hour...nasib baik tak lama.

Order kopi kat cafe airport

And makan Kembara Meals..

Alhamdulillah,syukur di atas rezeki yang dikurniakan Allah - dapat kami menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan..semoga ada rezeki datang ke sini lagi,insya Allah.

See you next time (다음에 봐요)!




1 comment:

  1. syurga nak shopping dan cari makan makanan halal mmg Namdaemun la selaiin di itaewon :D

    ReplyDelete