NAMI ISLAND (남이섬)
Destinasi yang wajib dikunjungi oleh 1st timer ke South Korea adalah Nami Island.Okey,yang ni kami dah masukkan dalam itinerary hari kedua.. semalam bila dah try naik bas dan subway...rasa confident nak gi jauh sikit.Nami ni 55 km dari Seoul,dalam 2 jam perjalanan. (kalau naik public transport)
Betul seperti dalam weather forecast,hari ni ada snow..yahooo..alhamdulillah.
Ada 3 cara nak pergi ke Nami Island - naik shuttle bus (boleh book kat Klook atau go through travel agent),naik train atau sewa kereta.Kami pilih naik train (subway - tapi ada pertukaran train) According to Navermap - dari Hongik University Station kami akan stop kat Mangu Station.Dari Mangu Station tukar subway ke Gapyeong Station.Gapyeong Station adalah stesen terdekat untuk ke Nami Island.
So,jam 6.30 lagi,kami dah keluar dari airbnb (suboh dalam 5.50 pagi).Kami sampai di Hongik University Station & boarded subway at 7 am.Subway makin lama makin penuh dengan penumpang - semua masuk je,takde yang keluar..time orang nak gi kerja masa tu.
Rush hour waktu pagi - train padat |
Few moments later,anak kami perasan yang kami dah ternaik coach yang salah!Kami dah naik subway menyongsang arus..kiranya bukan menghala ke Gapyeong Station,tapi back to Hongik University Station.
So,kami decide untuk turun je kat mana-mana station train..
Kami bertanya pada beberapa local people direction ke Nami.Memang ada masalah komunikasi kerana mereka tak boleh berbahasa Inggeris.Nasib kami baik sebab ada seorang pakcik tu tolong tunjuk train yang kami patut naik (walaupon tak paham sepatah perkataan pon..kami berjaya grasp apa yg nak disampaikan).
Kami naik Korail terus ke Gapyeong city..
Selesa..bila dapat duduk |
Ghisau jugak kot-kot kami terlewat sampai ke Gapyeong Station sebab naik salah train tadi.Tapi,alhamdulillah - kami sampai dalam jam 10.30 pagi.
View landasan bersalji..sebaik saja kami turun dari train |
And bila kami tap T-money,caj cuma 1500 won (dalam RM5).Berbaloi sangat untuk perjalanan yang hampir 2 jam.
Bus stop kat Gapyeong..dalam pondok kaca,bangku dia ada warmer..bila duduk rasa warm je |
Kami naik public bas 10-4 dari Gapyeong Station ke jetty Nami Island...5 min ride je.
Kat Gapyeong Wharf..nak naik ferry dah ni..
Cuak jap tengok signage immigration kat jetty,ingatkan diorang mintak tunjuk passport ....rupanya tak yah |
Pastu,beli tiket ferry kat mesin ni.Rupa-rupanya tak boleh guna T-money untuk bayar tiket ferry.Cash pon diorang tak accept.Kami guna credit card (bila nampak pelancong Malaysia swipe cc masing-masing).
16000 won/pax untuk dewasa |
Kena 'sign' (dengan jari) kat skrin sebelum swipe credit cash.Jakun jap.. |
Ferry dah nak jalan...selpie dulu!
Ferry ni cuma 5-10 minit je perjalanan dia.
Sampai kat Nami Island,it started snowing heavily...rasa sejuk sangat.
Gerbang masuk |
General Nami merupakan komander berani yang terkenal ketika pemerintahan King Sejo.Beliau dibunuh kerana difitnah melakukan khianat. |
Cantik betul dalam ni..
First Kiss Glass Sequoia Bridge |
Takde tempat berbumbung untuk berlindung dari snow....kalau nak kena masuk ke kedai-kedai (kebanyakan kedai kopi atau arak - to keep warm).So,kami cuma berlegar-legar kat luar je.
Unggun api untuk menghangatkan badan |
Tak nampak orang berbasikal sejuk-sejuk ni |
Beriya-iya kami posing kat depan ni..ingatkan ni la deretan pokok ikonik Winter Sonata.Rupa-rupanya bukan,patutla takde orang..ha ha!
Puas jugakla main salji kat sini,even though no skiing or snow sledding
Kami dah kebasahan dan kesejukan dengan snow...perut pon dah berkeroncong...ingat nak masuk restoren untuk lunch..tiba-tiba ternampak poster & patung Winter Sonata.
Ok..gi la ambik gamba kejap.
Recreate pose Winter Sonata..jadi la... |
Kemudian kami lunch kat Asian Family Restaurant Dongmun...restoren ni halal certified.
Rice with spicy octopus,Chinese fried rice & jjajangmyeon (noodle in blackbean sauce) |
Lepas makan,kami solat dan berehat jap kat surau dia.Ada surau berasingan untuk lelaki dan perempuan dan ada tempat wudhu' khas.Telekung dan sejadah juga disediakan.Kat tempat wudhu',ada bilik air yang ada bidet (restroom di restoren tak ada bidet).
Credit to havehalalwilltravel |
Selepas makan dan solat..kami melangkah pulang menuju ke arah terminal feri.
Realiti..lencun |
Hari ni,kami habiskan masa di Nami Island saja.Tak sempat pergi tempat-tempat berhampiran seperti Petite France or Gangchon Rail Bike.Plan asal untuk main ski di Elysian Gangchon Ski Resort pon kami tak proceed sebab dah kesejukan.Lagipun jauh perjalanan nak balik ke rumah..takut kemalaman pulak.
Alhamdulillah...selamat sampai ke Hondae sebelum malam.
Dinner Korean rice,telur mata...sambal malas dan ayam kicap berempah..straight dari paket!Yummy😋.syukur!
salam kak, kalau ke nami island naik charted car, kena naik feri jugak ke? nak masuk tu kena bayar berapa per head? tq
ReplyDeleteKalau naik bas atau charted car,dia akan stop kat jeti Nami Island.
DeleteDari jeti ke Nami Island - ada 2 cara je.Naik feri atau bergayut kat Zipline (ala2 flying fox) terus ke pulau.
tqvm kak
DeleteKalau tengok gambar resit tiket feri tu - 64000 won untuk 4 orang dewasa
Delete