The following day...salji masih lagi tebal..Hari ni plan nak gi Gyeongbokgung Palace and few other places.Boleh ke kitorang mengharungi snow kat city hari ni?Semalam dah meredah snow kat pulau (Nami Island),semoga dipermudahkan perjalanan hari ni..
View di luar airbnb selepas subuh |
Pagi-pagi semangat masih tinggi..he he
Gyeongbokgung Palace (경복궁)
Kami naik bas ke palace.Bas berhenti agak jauh dari palace punya main entrance (gate).So,terpaksa menapak dalam snow tebal untuk masuk ke palace.
Terpinga-pinga jap cari kedai untuk sewa hanbok,dari pembacaan ingatkan kedai-kedai tu betul-betul kat luar palace...rupa-rupanya kena menyeberang jalan.
Kami sewa hanbok kat kedai ground floor 15000 won/pax untuk 2 jam (tu dah termasuk coat bulu-bulu (sebab winter kan) dan accessory (head bands & hand bags).Kedai kat 1st floor bagi 32000 won/pax just for handbok..
Evolusi hanbok ..credit to asiasociety.org |
Ok,kami dah siap dressed up!
Adoi,kena menyeberang jalan dengan hanbok ni pulak..
Dari kedai sewa hanbok nak ke palace |
Palace ni sangat besar...tak berapa ramai visitors masa kami mula-mula masuk sebab kami tiba agak awal.Lama kelamaan makin ramai especially bila bas-bas yang membawa tourists sampai.
Walaupon 2 jam,kami tak sempat nak explore palace ni sepenuhnya..maybe sebab kami pakai stokin tebal dan sneakers biasa,jadi agak freezing nak berjalan dalam snow.
Acara changing of royal guards yang biasanya diadakan pada jam 10 pagi terpaksa di cancel sebab snow tebal.Frust jap!
Lepas pulangkan hanbok ke kedai,kami decide untuk berjalan ke Bukchon Hanok Village.Ntah macam mana boleh buat keputusan nak menapak...1.3 km dari palace tu,memang la weather sejuk nyaman..kami lupa berjalan dalam snow ni was neither easy nor pleasant..
Should've worn proper shoes |
Once kami melintas kat main entrance palace,ternampak plak guards kat situ.Alhamdulillah,walaupon tak dapat witness changing of royal guards kat dalam palace tadi..dapat tengok diorang kat sini.Jadilah..
Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을)
Semasa berjalan dari palace ke village ni,kasut anak kedua kami ternganga sikit kat bahagian belakang.Kesian dia menahan kesejukan akibat stokin basah.Kami singgah di salah satu kedai untuk membeli stokin baru.
Bukchon Hanok Village ni sebenarnya perkampungan tradisional Korea..kita boleh lihat rumah-rumah dan cafe dengan senibina tradisi Korea.Memang ada orang tinggal kat situ..so tak boleh buat bising kat sini.Ni kira macam perkampungan Morten kat Melaka lah..
Pas tu,kami naik bas (tukar bas 2 x) menuju ke Myeondong untuk lunch.
Musim sejuk memang cepat je lapar.
Myeongdong (명동)
Kami lunch kat restoren Kampungku.Memang penuh dengan Malaysians je lah..Lepas makan,kami solat di tingkat atas restoren.Ada surau berasingan untuk lelaki dan perempuan.
Menu kedai tomyam..ha ha..except for Korean fried chicken tu |
Bersebelahan dengan Kampungku,ada Halal Mart
Bila dah ada energy sikit..kita turun ke Myeongdong Underground Shopping Station..memang kebanyakan tourists especially Malaysians shop kat sini.Nah kata murah tak jugak..tapi definitely la lebih murah dari kat malls tu.
Berhasil beli sourvenir untuk diri sendiri |
Deli Manjoo..kaya ball berinti jem mangga |
Rehat jap..
Menjelang petang kami ke Myeongdong Street untuk tinjau diorang punya 'pasar malam'..kalau tengok postingan dari Malaysians,banyak juga street food yang halal kat sini.Tapi,kami was-was..nak bertanya dengan detailed,tak pandai cakap Korea pulak..takpe lah.Lagi pun dah kenyang.
Halal certified snacks |
Jamu mata je.. |
Namsan Tower (남산서울타워)
Ikutkan boleh je nak berjalan dari Myeongdong ke Namsan Tower..tapi,kami decide nak naik bas ke sana.
Magnificient view of Namsan Tower in winter |
Kami naik public bas je ke kaki menara Namsan Tower ni.Bas naik ke atas ni agak kerap..setiap 15 minit.Kalau nak hiking pon boleh,tapi cuaca tak mengizinkan.
Bus stop |
Lepak-lepak je kat sini..
Ada cafe kalau nak mengopi |
Tak sempat nak tunggu malam untuk tengok lampu tower dinyalakan.Kami dah terlalu penat Hari ni paling banyak melangkah..dalam 18000 langkah..
Steps in Korea..hari ni paling productive! |
So,kami pulang ke Hondae untuk berehat..
No comments:
Post a Comment