Sunday, 3 March 2024

S.KOREA DAY 1 - ARRIVAL & WANDERING AROUND CITY

Hongdae - beautiful neighbourhood

Heading to S.Korea..

Kali ni kami fly ke Seoul dengan menaiki AirAsia XX.Penerbangan memakan masa selama lebih kurang 6 jam.Landed at Incheon International Airport at 6.55 malam local time.Local temperature at that time was 4 degree,sejok!

Selepas claim baggage,kami turun ke basement (B1) untuk beli T-money dan ambik train menuju ke Hongik University Station (stesen paling hampir dengan airbnb yang kami sewa) - exit 3 is the nearest.

Beli T-money dari vending machine

Kami naik all stop AREX (Airport Railway Express Train) dari Incheon Airport ke Hongik University Station.Alhamdulillah,semua berjalan lancar.

Untuk non stop AREX - ada assigned seat.Kalau all stop AREX - free seating

Pastikan jangan duduk kat seat elderly/disabled persons (seat kuning) or pregnant lady (seat pink)

Sampai ke Hongik University Station,barulah kami pakai puffer jacket untuk ke airbnb,kena berjalan dalam 550 meter,freezing kat luar tu.Dalam subway agak warm.

First time nak sampai ke airbnb,rasa agak jauh dari Hongik Station..nak-nak lagi kena mengheret beg malam-malam.Tapi,hari-hari seterusnya rasa macam dekat je bila dah biasa..

Airbnb di tingkat 1.Glass door main entrance kat ground floor ada code,pintu airbnb pun ada code.Totally feel secured.

Self checking in sangat senang.

1st bedroom ada 2 queen beds.

2nd room - ada 1 single bed.Laptop provided too..

Dapur yang lengkap - fridge,dapur gas,microwave,washing machine.

It has a floor heating system,which is a life saver in winter!

Kalau berminat boleh click di sini

The next day..

Pagi ni lepas breakfast roti sandwich,kami keluar jalan-jalan.Plan hari ni nak jalan dekat-dekat dulu.Need to familiarize ourselves with transportation in Seoul.

Hondae Shopping Street (홍대)

Kami decide untuk berjalan kaki saja ke sini,jaraknya dalam 1 km dari airbnb.Tapi disebabkan cuaca sangat best (6 degree & belum ada salji masa ni),okla nak menapak..rasa santai-santai dan nyaman je.Seoul ni very walkable.

Kalau ikutkan Hondae ni lebih meriah & happening dari Myeondong.Aktiviti utama kat sini adalah shopping - disebabkan kawasan ni famous di kalangan pelajar universiti,maka baju-baju dan aksesorinya lebih comel dan lebih murah dari kat Myeondong.

Kami sampai kat sini pagi-pagi sangat...agak sunyi sepi.Kedai-kedai pon masih tutup...biasanya diorang buka pukul 10 pagi.

'Vacuuming' street

Hongik University sangat terkenal dengan pelajar-pelajar yang ambik course 'fine arts',jadi malam-malam biasanya sangat meriah dengan aktiviti busking dan street performance.

EWHA Woman's University (이화여자대학교)

Dari Hondae Shopping Street,kami naik bas ke EWHA Woman's University.

University ni merupakan institut pengajian wanita yang pertama di Korea.Menariknya ia adalah underground campus yang terbesar kat Korea - dari basement 6 ke tingkat 1 semua underground, gempak kan?

The iconic huge stairways that split the hill in two

Yeouido Hangang Park (여의도한강공원)

Again,naik bas ke Yeouido Hangang Park.

Han (or more popularly known as Hangang among locals) River adalah salah satu sungai yang terpanjang di semenanjung Korea.Ada 11 hangang parks untuk resident Korea ber 'chill out'.

The top 3 popular parks are Yeouido,Ttukseom and Banpo Hangang Parks.

So,kami pun lepak-lepak kejap kat sana sambil tengok orang berbasikal di sekeliling park & naik cruise.Kalau bukan winter,ramai orang akan berpiknik kat sini.

Ni salah satu drawback travel masa winter...nak tak nak tengahari wajib makan luar kat restaurant. Kalau masak makanan sendiri ..takde tempat nak makan,sebab outdoor ni sejuk sangat.

Ikut itinerary asal,kami sepatutnya pergi ke Noryangjin Fish Market untuk lunch.Tapi ahli rombongan tak keen sangat..mungkinkah sebab tak yakin Noryangjin ni dapat menandingi ikan bakar kat Melaka??Ha ha ha..

Jadi kami tukar plan gi ke Itaewon.

Itaewon (이태원)

Naik subway dari Hangang River ke Itaewon

Keluar je dari underground subway station,jumpa kedai halal..


Oleh kerana banyak berjalan dari pagi,perut dah mula berkeroncong.So,kami decide nak lunch dulu kat Eid Restaurant.

Eid..Malaysian restaurant

Korean fried chicken,grilled mackerel,bulgogi,rice & kimchi

Lepas lunch kami gi solat kat Masjid Itaewon - satu-satunya masjid di Seoul..tapi kena mendaki sikit.

Masa ni dah start  hujan renyai-renyai..memang sejuk sangat..

Usai solat,pekena pulak mango ice cream kat Turkish cafe kat luar masjid

Banyak restoren-restoren halal kat Itaewon ni.Groceries dan butchery shops pon banyak..senang sangat kalau nak beli bahan-bahan mentah untuk masak sendiri.Tapi,kami dimaklumkan penginapan di Itaewon ni agak mahal berbanding Myeondong dan Dongdaemun,betul ke?

Kami singgah kedai runcit halal,beli telur 4000 won (dalam RM15) untuk 10 biji..vegetable oil 1 kg dalam 6000 won (RM20).Gitulah harganya...jadi janganlah convert!😅

Otw balik ke rumah,kami singgah di convenient store (ada  nearby 7E & CU Mart) untuk beli ready to eat nasi.

Ahaks!Makanan tersedap kat Korea😋..Korean rice (beli kat 7E),telur mata,ready-to-eat dendeng
& sambal tumis bawak dari Malaysia

Alhamdulillah..first day yang smooth.Esok xpdc ke Nami Island,insya Allah.🙌




2 comments: