Salam semua.
Untuk entries on South Korea,kami akhiri dengan post on itinerary.Sebenarnya,dah ramai yang share itinerary S.Korea - samada Seoul,Busan atau Jeju - berlambak,tinggal pilih je mana yang bersesuaian.Tips dan panduan pon ada banyak..
Itinerary kami mungkin bukanlah yang terbaik.Tapi,saya tulis juga untuk ingatan dan kenangan kami di kemudian hari.Kami juga blogwalking dan bloghopping here & there sebelum dapat susun itinerary yang betul-betul serasi dengan pilihan dan priority kami.
Masa 6 hari memang tak cukup untuk pergi ke semua tempat.Tapi,as first timers - tentulah kita nak pergi semua tempat-tempat 'wajib' kan,walaupon ada feedback yang kata overrated,takyah pegi pon takpe.Ada juga tempat-tempat yang dicanang untuk pergi,tapi kami decide tak pergi.Senang citer,tepuk dada tanya selera masing-masing.There's no right or wrong in this..
Susunan itinerary biasanya mengikut tempat penginapan masing-masing samada di Myeondong,Dongdaemun atau Seoul - ni area yang paling common pilihan Malaysians.Ada juga yang menginap sekitar Itaewon (penginapan agak mahal tapi dekat dengan tempat makanan halal) atau di Hongdae (macam kami).
Draft itinerary Seoul kami tunjuk kat anak sedara yang sedang study di Seoul untuk final approval.Anak sedara kami ni ada buat part time jadi tour guide kat sana,biasanya masa cuti semester lah.Kami pulak yang tak berpeluang menggunakan service dia sebab dia balik bercuti ke Malaysia masa kami ke Korea..ha ha.Salah timing!Tapi kami takde pilihan,sebab kami travel ikut cuti semester anak.
Ok..so ni lah itinerary kami.
Flight kami jam 11 pagi Malaysia.Touch down Incheon Airport jam 6.30 petang waktu local.
Naik all stop AREX (Airport Railroad Express Train ) from airport to Hongik University Station.
Walk 550 meter ke airbnb di Hongdae.
DAY 2 - Jalan-jalan berdekatan airbnb..Warming up!
Hongdae Shopping Street - dicadangkan pergi selepas 10.30 pagi bila kedai-kedai dah buka atau pon gi malam sebab lebih happening
EWHA Woman's University - kawasan universiti yang sangat cantik senibinanya.
Yeouido Hangang Park - boleh pilih mana-mana antara 11 park berhampiran Hangang River.Boleh naik cruise,berbasikal,berpiknik (kalau bukan time winter lah) atau just chill around.
Noryangjin Fish Market - tak jadi ,ahli rombongan sebulat suara tak nak gi.
+ Itaewon (plan day 4 added here ) - Lunch di Eid Restaurant & solat jama' Zohor-Asar di Masjid Itaewon
Balik airbnb - solat,dinner,rest & sleep.
DAY 3 - NAMI ISLAND
Nami Island - kami kat sini whole day
Lunch & solat jama' Zohor-Asar di Asian Family Restaurant
Gangchon Rail Bike - tak pegi sebab terlalu sejuk nak buat another outdoor activity
Elysian Gangchon Ski Resort - tak pergi sebab agak jauh (walaupon 1 hala)
Balik airbnb - solat,dinner,rest & sleep.
Gyeongbokgung Palace - palace terbesar antara 5 palaces in Seoul
Bukchon Hanok Village- we think this is skippable,sebab agak jauh nak berjalan dari palace..dan takde apa sangat la,kecuali melihat rumah-rumah tradisional Korea.Maybe,kalau bukan winter ok kot.Jalan kat kg ni agak curam dan slippery masa winter.
Myeongdong- Lunch & solat jama' Zohor-Asar di Kampungku Restaurant,Window shopping at Myeondong Market
Starfield's Library at Coex Mall - tak pergi sebab out of way,kat Gangnam
+ Namsan Tower- plan Day 5 added here sebab ada masa
Balik airbnb - solat,dinner,rest & sleep.
+ Cheonggyecheon Stream -plan Day 4 added here
Dongdaemun Design Plaza
Namdaemun Market
Myeongdong - repeated.Lunch & solat jama' Zohor-Asar di Kampungku Restaurant (repeated).Window shopping at Myeondong Underground Shopping
Itaewon - repeated
Balik airbnb - solat,dinner,rest & sleep.
Check out from airbnb
Naik AREX to airport
Back to home sweet home.
Begitulah itinerary kami di Seoul selama 6 hari 5 malam..santai-santai je.Aktiviti tak terlalu padat - tak nak berlama-lama kat outdoor sebab kesejukan.Mungkin lain jadinya kalau kami pergi masa spring atau autumn.Mungkin..mungkin..๐kalau ada rezeki boleh repeat,insya Allah.Aminnn..